December 31, 2009

Entri Terakhir 09

Ok, ini adalah entri terakhir bagi tahun 2009. Begitu cepat masa berlalu kan? Tanpa kita sedari, usia kita makin bertambah, usia dunia juga terus bertambah. Peristiwa manis mahupun pahit sudah tentu kita lalui hari demi hari. Semua inilah yang mematangkan dan mendewasakan kita sebenarnya.

Antara benda best tahun ni, dapat berkawan dengan bloggers yang cool & sporting. Seronok dapat berkongsi macam-macam dengan mereka. Dapat result exam yang agak baik. Dapat jumpa kawan lama yang sudah terpisah selama 9 tahun. Dapat CD Malique, siap ada autograf dia. Hehe. Dan banyak lagi. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan atas nikmat yang dikurniakan.

Benda yang tak best pula, disebabkan jarak dan masa yang tidak mengizinkan, hubungan persahabatan dengan beberapa orang kawan, makin lama makin longgar. Rasa kecewa memang ada, tapi kita sememangnya tidak berdaya untuk berbuat apa-apa.

Apa-apapun, tahun baru atau tahun yang sebelumnya, yang membezakan cumalah nombor. Saya mengharapkan agar kita semua dilindungi oleh Allah s.w.t dari sebarang anasir jahat. Moga-moga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

December 18, 2009

Kosong

Jika kau pisahkan dirimu dengan Tuhan, hidup ini jadi kosong

Janganlah kau terus menerus seperti dahulu

Berubahlah, dan kau akan merasai kemanisannya

Carilah dirimu yang sebenar

Semoga hijrah menjadi misimu ke akhirat

December 11, 2009

Terima Kasih Tuhan.

Result exam dah keluar. Alhamdulillah. Keputusan yang agak baik. Harap-harap semester depan akan lebih baik dimana saya perlu berusaha dengan lebih gigih. Saya sedar akan beberapa perkara yang akan membuatkan saya terleka. Saya nekad mahu berubah.

Hidup ini sememangnya penuh dengan persaingan. Terima kasih Tuhan atas segala-galanya!

December 8, 2009

MARAH

Selama dua hari membantu ibu saudara di sebuah kedai makan, banyak memberi pengajaran kepada saya. Macam-macam jenis perangai orang yang saya jumpa. Jika makanan sedikit lambat dihantar, pelanggan marah. Jika tidak ada yang melayan, pelanggan marah. Mungkin itu kelemahan kami kerana kami baru sahaja beroperasi. Baru sehari dua, bukannya sepuluh tahun. Tapi tidak mengapalah, itu hak mereka sebagai pelanggan. Yang kami boleh lakukan hanyalah berdiam diri dan buat yang terbaik.

Tetapi keadaan ini membuatkan saya sedar, betapa benarnya kenyataan "cuba letakkan diri anda di tempat mereka".

Mungkin anda pernah menghadapi situasi sebagai pelanggan di mana makanan anda lambat sampai, mungkin juga anda geram kerana tidak ada yang melayan anda. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin kelambatan itu disebabkan oleh tukang masak yang tidak cukup, atau mungkin beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Cubalah seketika anda fahami situasi mereka, jangan mudah hilang kesabaran. Bukankah sabar itu separuh dari keimanan? Betapa beruntungnya kita jika kita benar-benar mengamalkan kesabaran. Tidak ada yang rugi. Bahkan kita akan berasa tenang dan aman.

Jika anda masih mahu marah, saya ajak anda untuk berada di tempat mereka. Kalau hari ini anda sebagai pelanggan yang marah, cubalah anda bekerja sebagai pelayan restoran. Pasti anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Be patient and understanding. Life is too short to be vengeful or malicious. -phillip brooks.

December 4, 2009

Pemergian

Sebelum ini, saya mendapat berita bahawa Cikgu Nurul Huda sedang sakit tenat akibat kanser rahim. Dan hari ini, beliau telah pergi. Beliau merupakan guru Sejarah saya ketika saya berada di Tingkatan 3. Antara guru yang saya hormati kerana sifat keibuan beliau ketika mengajar.

Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kepada Allah lah jua tempat kita kembali.


November 27, 2009

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha,
sama-sama kita hayati erti pengorbanan.

November 19, 2009

Setahun Sudah

Hari ini genap setahun saya menjadi blogger. Blog ini mungkin masih belum matang, dari segi penulisan dan sebagainya, tetapi sangat berjasa kepada saya. Melalui blog, saya belajar macam-macam dan berkenalan dengan ramai kawan blogger. Saya sedar, untuk menjadi blogger, bukannya mudah. Mesti ada pengetahuan terhadap benda yang ingin disampaikan. Lainlah kalau yang ditulis itu mengenai hal peribadi.

Blogwalking, sudah menjadi kemestian saya tiap hari. Setiap update dari bloggers lain, saya akan baca dan bagi komen jika berkesempatan. Tapi ada masanya, saya lebih suka menjadi silent reader. Saya suka dengan cara penulisan mereka-mereka yang bersahaja tetapi amat menarik. Antaranya Nami, Basuh Baju, AnakBumi, Akukopi, Budak_Pensel, Dammit.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pembaca dan juga followers, atas kesudian anda singgah di blog saya ini. Begitu juga dengan komen yang anda berikan, saya sangat hargainya. Moga-moga kita semua akan terus menulis, untuk dikongsikan bersama-sama.

writing is an exploration. you start from nothing and learn as you go. -E.L Doctorow

November 14, 2009

Selesai.

Ok, selesai.
Lepas ni, cuti!

Banyak benda yang nak dibuat sempena cuti ini. Harap-harap semuanya jadi, tak macam dulu. Satu pun tak jalan.

November 3, 2009

Vendetta.




Remember, remember the 5th of November, the gun powder treason and plot. I know of no reason why the gun powder treason should ever be forgot.

October 21, 2009

Exam Mode.

Exam dah dekat, first paper 29hb Oktober ni. Ada 6 paper. Banyak lagi chapter tak cover. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja.

Goodluck untuk rakan-rakan semua!

October 20, 2009

Kembali

Setelah 5 hari hilang, sagwa pulang balik. Saya gembira. Tapi kesedihan masih ada. Kalau berjalan, badannya tidak stabil. Pandai terjatuh. Lemah. Mengikut cakap doktor haiwan, sagwa mengalami dehydration. Mungkin kerana tidak diberi makan atau minum, atau sagwa sendiri tidak mahu. Saya memikirkan, jika benar sagwa dicuri orang, tidakkah orang itu melihat betapa seksanya sagwa? Setelah hampir 5 hari dikurung, barulah dilepaskan. Seolah-olah orang itu mendera kucing. Tidakkah orang itu mendengar rayuan sagwa meminta untuk dilepaskan?

October 13, 2009

Kehilangan

Kucing saya hilang, sudah dua hari. Sedih. Rindu. Tercari-cari. Macam-macam bermain difikiran saya. Saya tidak tahu nasibnya. Mungkinkah dilanggar kereta? Atau dicuri orang? Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Saya dan keluarga sudah berusaha mencarinya, tapi gagal.

Mungkin ada yang memperlekehkan perasaan saya ini, tapi sememangnya saya sangat sayang kucing saya. Kalau benar kucing saya itu tidak akan kembali, saya sudah berjanji, selepas ini, saya tidak mahu memelihara haiwan lagi, termasuk kucing. Kerana saya sangat benci dengan perasaan seperti ini. Saya tidak mahu perkara sama berulang lagi. Dan tidak ada yang dapat menggantikan Sagwa saya.

October 12, 2009

Konvokesyen

Kepada rakan-rakan yang akan dan telah menghadiri konvokesyen, saya ucapkan selamat buat anda. Selamat maju jaya dan semoga anda terus berjuang mencari ilmu.

p/s: Saya juga akan berada di Kuala Lumpur pada 14 - 18 Oktober ini untuk menghadiri konvokesyen. Harap-harap kita dapat berjumpa di sana!

October 11, 2009

Dasar & Perlaksanaan

"Dasar itu sudah digubal dengan sangat bagus, tetapi masalah wujud dari segi perlaksanaan"



Apa pendapat anda tentang kenyataan ini?

October 3, 2009

MASA

Sejak akhir-akhir ini, beberapa perkara membuatkan saya berfikir. Betapa cepatnya masa berlalu. Sangat pantas. Hari itu, kita berpuasa. Sekarang, kita di bulan Syawal. Esok, kita sudah di bulan yang lain pula. Terus terang, saya menjadi takut. Takut kalau saya gagal menggunakan kesempatan yang diberi oleh Tuhan. Saya manusia yang sangat-sangat lemah lagi tidak berdaya. Semakin lama saya berfikir, saya dapat rasakan bahawa hari itu akan tiba. Saya takut kalau peluang itu akan tertutup selama-lamanya.

Ketakutan saya itu bertambah apabila sejak kebelakangan ini juga, pelbagai bencana menimpa negara-negara lain. Dulu, ketika saya belajar Geografi, cikgu meyakinkan murid-muridnya bahawa Malaysia sangat bernasib baik kerana terlindung dari bencana. Sekarang, saya sedar. Tidak ada apa-apa yang selamat kerana kerana kalimat Tuhan "Kun Fayakun! Jadi, maka jadilah!". Apa-apa boleh berlaku kerana Allah s.w.t itu maha berkuasa.

Benarlah, masa itu emas. Dalam sehari, kita ada 24 jam. Adakah setiap saat kita itu, kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya? Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Atau mungkinkah ini cuma sekadar perasaan saya sahaja?

September 18, 2009

Salam Buat Semua

Ramadhan akan melabuhkan tirainya.

Saya belajar erti kesabaran. Dan dari kesabaran itu, saya belajar keperluan kita menghormati orang lain. Bila timbul perasaan respek, kita saling memahami dan hidup akan jadi lebih mudah.

Syawal pula bakal tiba.

Dengan ini, saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran perbuatan mahupun kata-kata saya yang telah menyinggung perasaan anda. Semoga anda semua bergembira dan berhati-hatilah di jalan raya.

September 9, 2009

090909

Hari itu, 080808.

Dan hari ini, 090909.

Betapa cepatnya masa berlalu.

p/s: wake me up when september ends.

September 5, 2009

Kad Raya

Masih saya ingat lagi dahulu, kedatangan posmen sudah semestinya ditunggu-tunggu. Bila ada kad raya, cepat-cepat dibuka sampul itu. Ingin tahu siapa yang menghantarnya. Isi kandungan kad raya biasanya hampir sama. Bertanya khabar, balik kampung mana tahun ini, baju raya warna apa, kuih dibuat sendiri atau ditempah, semuanya mengenai persiapan raya. Yang pasti, kad raya itu akan dibalas secepat mungkin. Terasa bangga juga apabila jumlah kad raya yang diterima lebih dari yang lain. Iyalah, bila ada yang menghantar kad raya, itu tandanya dia ingat pada kita.

Namun, peredaran masa menyebabkan kad raya sudah digantikan dengan alternatif yang mungkin lebih baik; SMS. Lebih cepat. Tidak perlu menunggu masa berhari-hari untuk sampai kepada si penerima. Lebih murah. Nak beli kad raya, sekurang-kurangnya RM2 lebih untuk 5 keping. Lagi cantik, lagi mahal lah kad raya itu.

Mungkin kad raya sudah ketinggalan zaman. Apa-apapun, cara manapun yang kita gunakan untuk mengucap selamat hari raya, yang penting adalah keikhlasan kita. Kan?

p/s: masih sempat lagi kah untuk menghantar kad raya?

September 1, 2009

Ajaran Sesat

Dunia makin canggih, pengamal ajaran sesat pun sudah tahu menggunakan blog.

Sila ke blog Doin Dawa, ada pesanan bagaimana untuk menghapuskan blog si pengamal ajaran sesat.

Terima kasih.

August 30, 2009

Merdekakah Kita?

Mengikut kamus, merdeka didefinisikan sebagai bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, tidak bergantung pada yang lain, berdiri sendiri.

Dan itulah yang biasanya dijawab oleh orang ramai apabila ditanya pengertian merdeka bagi mereka.

Persoalannya, merdekakah kita?

p/s: Baru-baru ini, saya terlihat sesuatu di televisyen. Seorang pemuda ditanya apa yang menarik tentang Malaysia, dan jawapannya: makanan yang sedap.

Apa guna makanan yang sedap kalau ianya tidak dapat dikongsi oleh semua lapisan masyarakat? Masih ada yang dibelenggu kemiskinan. Inikah yang dikatakan merdeka?

August 21, 2009

Ramadhan

Syaaban telah berlalu pergi, dan Ramadhan kini menjelma. Hopefully we will be a better person during and after Ramadhan. Marilah kita sama-sama mengejar nikmat yang dirindu ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Selamat berpuasa.

August 18, 2009

Pelajaran Berharga

Selama tiga hari berkampung di sebuah daerah, terdapat banyak pelajaran berharga yang saya peroleh. Tempat yang saya maksudkan ini adalah sebuah perkampungan kecil, agak jauh dari pekan.

Saya lihat, seorang anak kecil berusia 12 tahun dengan sendirinya membasuh kasut sekolah, menjemur kain, mengangkat kain, memasak, semuanya tanpa disuruh oleh sesiapa pun. Kanak-kanak di bandar, harapan dan pergantungan mereka adalah ibu atau orang gaji mereka.

Saya lihat, sekumpulan kanak-kanak, bermain basikal dengan riangnya. Yang ada cumalah imaginasi 'taman permainan' mereka. Ketika itulah saya terfikir apakah mereka-mereka yang tinggal di bandar ini terlalu manja? Manja dengan kehidupan yang terlalu selesa dan mewah? Kanak-kanak di bandar ada PSP, TV, panggung wayang, komputer dan segala-galanya. Malah, seawal darjah 2, mereka sudah mempunyai handphone yang canggih-canggih.

Saya lihat, kanak-kanak di kampung itu, mengisi masa lapang mereka dengan bermain gong di acara-acara keramaian, selain bersekolah. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di bandar? Cybercafe adalah rumah kedua mereka.

Betapa bertuahnya kita yang hidup di bandar ini kerana dengan mudahnya kita akan dapat apa sahaja yang kita mahukan. Mahu makan makanan sedap seperti KFC, pergi sahaja ke lokasi yang berdekatan. Mahu hilangkan kebosanan, laptop ada di sebelah. Mahu membasuh kain, gunakan sahaja washing machine atau paling mudah, pergi sahaja ke laundry.

Ada ketikanya kita harus mengingati mereka yang tidak pernah hidup mewah dan selesa seperti kita. Bersyukurlah dalam kita menikmati kurnia-Nya. Kadang-kadang, kita terlalu enjoy dengan segala-galanya hingga kita terleka semuanya itu hanya pinjaman semata-mata.

August 12, 2009

H1N1

Marilah kita sama-sama berdoa dan melakukan solat hajat, memohon kepada Tuhan agar dilindungi dari wabak ini. Tidak lupa, memohon agar Tuhan memberikan kita hidayah dan peluang untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Mungkin ini satu petanda dari-Nya bahawa hari itu makin hampir...

August 6, 2009

1 Ogos

1 Ogos, ramai yang menghantar sms untuk mengucapkan "Happy Friendship Day". Tetapi didalam banyak-banyak sms yang diterima, saya agak tersentuh dengan yang ini.

How Friendship Break?

both friends will think the other is busy
and will not contact thinking it may be disturbing
as time passes both will think let the other contact
after that each will think why should I contact first?

here your love will be converted to hate
finally without contact the memory becomes weak
they forget each other

so keep in touch with all
i don't want to be one of this kind...

July 31, 2009

Tag!

Di tag oleh sno0p.

1. Bekas Kekasih Saya Adalah
seorang lelaki yang kini menjadi kawan saya

2. Lagu Yang Sedang Saya Dengar
oasis-wonderwall

3. Mungkin Saya Patut
berehat seketika dari dunia Internet, fokus dengan pelajaran

4. Saya Suka
membaca self-help books!

5. Sahabat Baik Saya
adalah seseorang yang paling saya hargai dalam hidup ini

6. Saya Tak Faham
tentang mengapa orang boleh berubah dengan cepatnya

7. Saya Kehilangan
sesuatu yang tidak mungkin akan kembali

8. Ramai Yang Kata
saya seorang yang skema

9. Makna Nama
sharifah nursyahidah - yang mulia cahaya saksi

10. Cinta Itu
abstrak lagi universal

11. Di Suatu Tempat, Seorang Sedang
melakukan sesuatu yang tidak kita ketahui

12. Saya Akan Cuba
untuk menjadi orang yang lebih baik

13. Ayat Selamanya Bermaksud
kekal abadi

14. Telefon Bimbit Saya
sgh e-200

15. Bila Bangun Dari Tidur
ucaplah alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melihat dunia

16. Saya Paling Meluat
apabila ada yang suka merendah-rendahkan orang lain

17. Pesta / Parti Adalah
tempat yang tidak saya gemari kerana sesak dengan orang

18. Haiwan Yang Paling Comel Pernah Saya Temui Adalah
sagwa-kucing saya!

19. Peringkat Umur Yang Menyeronokkan
ketika masih kanak-kanak lagi

20. Hari Ini
hari terakhir cuti

21. Malam Ini
cuba siapkan assignment yang berlambak

22. Esok Pula Saya Akan
pergi ke library dan selesaikan beberapa perkara

23. Saya Betul-Betul Inginkan
$$$

24. Ketika Melihat Wajah Anda Di Cermin Pagi Ini
rasa bersyukur kerana dikurniakan wajah yang sempurna

25. Pusat Beli-Belah / Arked Permainan
dulu suka, sekarang tak suka

26. Makanan Barat / Jepun
western food!

27. Bilik Gelap / Terang
bergantung kepada situasi

28. Ayat Terakhir Saya Katakan Pada Seseorang
ok, nanti malam saya bagi confirm

29. Anda Ingin Tag
Wea, Husna, Frodo, Aken

July 28, 2009

Terima Kasih Wea!



Mendapat award lagi. Kali ini dari sahabat jauh, dari Banjarnegara, Indonesia. Moga-moga dengan pemberian award ini, akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Dan mudah-mudahan tidak terputus hubungan itu dan kita akan terus saling bertukar pendapat dan idea. Saya sangat menghargai pemberian ini. Terima kasih Wea!

July 25, 2009

Law of Attraction

Menurut Michael J. Losier, apabila kita mengaplikasikan Law of Attraction (LoA), kita akan mendapat lebih apa yang kita mahukan. Terdapat pelbagai pendapat tentang perkara ini. Ada yang menyokong, namun ada juga yang mempersoalkan. Saya ada mencuba LoA ini dan ternyata ianya berkesan! Perkara pertama yang saya lakukan adalah mengenalpasti kemahuan saya. Kemudian, saya berikan perhatian terhadapnya. Akhir sekali, saya harus membenarkan kemahuan saya itu.

Antara kemahuan saya adalah untuk lebih mengambil bahagian ketika di dalam kelas. Pada hari pertama saya mencuba LoA ini, saya benar-benar terkejut kerana saya banyak memberi pendapat ketika berdiskusi dengan rakan-rakan dan pensyarah. Bukan satu dua subjek, tapi semua subjek! Entah dari mana datang keberanian itu sedangkan sebelum ini saya lebih gemar berdiam diri.

Apa yang saya dapat simpulkan dari LoA ini adalah kita harus sentiasa berfikir positif. Jadi optimistik. Bayangkan perkara yang baik-baik sahaja. Kalau anda mahu berjaya, bayangkan kejayaan anda itu, jangan bayangkan kegagalan. Mungkin inilah yang cuba ditunjukkan didalam lagu Fikirkan Boleh. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Semuanya terletak didalam pemikiran kita. Bak kata Dr. Joyce Brothers, "success is a state of mind. if you want success, start thinking of yourself as a success".

jika kau fikirkan kau boleh
kau hampir boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu-ragu
usahamu tidak menentu

July 18, 2009

Menjaga Alam Sekitar

Saya mendapat tahu dari seorang profesor bahawa terdapat 3 intipati utama yang ditekankan di dalam Al-Quran iaitu aqidah, pemakanan dan alam sekitar. Kita adalah khalifah yang diamanahkan untuk menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya. Maka apabila kita membuang sampah merata-rata atau melakukan apa-apa pencemaran yang merosakkan bumi ini, kita sebenarnya sudah melakukan satu kesalahan yang besar. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar ini. Demi kepentingan bersama, untuk kita dan masa yang akan datang.

July 9, 2009

Saya Sudah Kembali!

Hari ini saya menginjak ke fasa baru. Persekitaran itu tetap sama. Tiada apa yang berubah. Cuma, saya dapat rasakan suatu kehilangan. Tapi saya sedar, sekuat mana pun kehilangan itu dirindukan, saya harus pandang ke depan. Ada lagi perjuangan yang belum selesai yang harus saya sudahkan. Saya telah memasang azam untuk lupakan waktu dahulu dan bangkit sebagai orang yang baru. Sakit, memang sakit. Tapi saya harus merasai kesakitan itu kalau saya mahu berjaya. Kata orang, no pains, no gains.

Pada mulanya, saya sebenarnya agak kurang bermotivasi. Entah bagaimana, saya bagaikan ditiup satu semangat. Saya menjadi berkobar-kobar dan tidak sabar-sabar untuk memulakan hari saya. Setiap hari adalah hari yang baru bagi saya. Saya tidak mahu ianya menjadi hari yang sama seperti kelmarin. Memang benar, setiap perkara ada hikmahnya dan saya sedang merasai hikmah itu. Saya mahu buktikan sesuatu dan saya ingin cari keberanian yang sudah lama menghilang itu. Iya, saya sudah kembali! Terima kasih Tuhan!


it ain't about how hard ya hit. it's about how hard you can get it and keep moving forward. how much you can take and keep moving forward. that's how winning is done! now if you know what you're worth then go out and get what you're worth.
- rocky balboa

July 4, 2009

Saya Ingin Mengubah Dunia!

*Yahoo! Image

Kebelakangan ini, saya seolah-olah mendapat idea untuk melakukan sesuatu. Saya terasa seperti hendak mengubah dunia ini. Angan-angan kosong saya ini memang suatu yang mustahil untuk direalisasikan. Anda mungkin ketawa terbahak-bahak mendengarnya. Tapi, siapa tau, cita-cita tinggi saya ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti. Mungkin anda lupa bagaimana orang mentertawakan impian Orville dan Wilbur Wright, tetapi akhirnya mereka terdiam dan kagum kerana impian itu betul-betul menjadi!

Saya rasa saya terpengaruh dengan beberapa filem yang saya tonton sepanjang cuti semester ini. Contohnya,
Pay It Forward. Saya benar-benar tertarik dengan jalan ceritanya. Pay It Forward bermaksud apabila seseorang berbuat baik kepada anda, jangan balas balik kepada orang itu, tetapi Pay It Forward, iaitu berbuat baik kepada tiga orang yang lain dan mereka harus membalasnya dengan berbuat baik kepada tiga orang yang lain pula dan begitulah seterusnya sehingga kebaikan dapat disebarkan dan dunia dapat berubah.

Saya pernah terdengar satu ungkapan bahawa "everybody wants to change the world, but nobody thinks about changing himself". Maka dengan itu, untuk mengubah dunia, kita perlulah mengubah diri sendiri terlebih dahulu. Sebenarnya, secara tidak langsung, apabila kita membantu orang lain, kita juga turut membantu diri kita sendiri. Kita menjadi orang yang penuh dengan keikhlasan. Kita menjadi orang yang cintakan keamanan. Kita menjadi orang yang lebih baik. Bukankah suatu yang sangat indah jika semua orang bersifat sedemikian?

Saya benar-benar berhasrat untuk melakukan sesuatu yang mampu memberikan kesan positif kepada hidup seseorang. Mungkin ianya tidaklah sesuatu yang besar, hanya pertolongan kecil sahaja. Saya percaya "small miracles inspires living everyday". Tetapi sebelum itu, saya harus melalui proses-proses pembaikan diri. Hari ini, saya ingin menjadi lebih baik dari hari kelmarin agar hari esok saya mampu mengubah dunia ini. Doakan saya berjaya dalam proses ini dan sudah tentu, saya juga turut mendoakan anda semua. Apabila proses ini selesai, saya akan kembali dengan entri kejayaan saya. Mungkin proses ini hanya sekejap, mungkin juga memakan masa bertahun-tahun. Tetapi, selama mana pun proses itu, yang penting adalah hasilnya. Insya Allah.

June 30, 2009

Seven Pounds


Pernahkah anda menonton Seven Pounds? Hari ini, saya berkesempatan untuk menontonnya. Sebenarnya cerita ini sudah lama ditayangkan di panggung wayang, iaitu pada sekitar awal tahun ini. Dalam cerita ini, Tim Thomas (Will Smith) terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 7 orang termasuk isterinya sendiri. Dia merasa sangat tertekan dan berdosa kerana kemalangan itu berlaku gara-gara kelalaiannya menggunakan telefon bimbit. Lalu Tim mengambil keputusan untuk memberikan 'kehidupan' yang baru kepada 7 orang sebagai ganti 7 nyawa yang maut kerananya.

Tim mencuri kad identiti adiknya, Ben Thomas, yang bekerja di Internal Revenue Service (IRS). Dia mahu mendapatkan maklumat 7 orang yang layak menerima pertolongannya itu. Tim menghulurkan pertolongan dengan menderma organ dan menghadiahkan rumah tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dia juga jatuh cinta kepada Emily Posa, salah seorang penama dalam senarai yang mahu dibantunya. Diakhir cerita, Tim mati kerana membunuh diri. Cerita ini tidak laku sangat dipasaran U.S.A mungkin kerana jalan ceritanya yang agak lambat dan merapu. Tetapi, pada pendapat saya, cerita ini sangat bagus dan memerlukan konsentrasi yang mendalam. Terus-terang, saya berasa sedih dan terharu ketika menonton cerita ini. Macam-macam pengajaran yang boleh kita peroleh dari cerita ini.
  1. Hargailah sesiapa sahaja. Keluarga, kawan, guru atau mungkin kucing peliharaan anda. Luangkanlah masa yang lebih bersama-sama mereka.
  2. Hulurkanlah pertolongan yang mampu dilakukan dengan ikhlas dan rendah diri. Kita akan menjadi senang hati apabila orang yang kita bantu itu berasa gembira.
  3. Jangan pentingkan diri sendiri. Fikir perasaan orang lain. Adakah keputusan kita itu akan membantu atau membantutkan?
  4. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Oleh itu, jangan berputus asa. Percaya pada diri sendiri.

Percubaan Pertama

Puisi adalah sesuatu yang sangat indah. Seringkas manapun puisi itu, ia sebenarnya mempunyai maksud yang amat mendalam kepada si penulisnya. Mungkin puisi itu mempunyai kisah yang tersendiri. Mungkin juga si penulis hanya menulis berdasarkan pengamatannya kepada dunia luar. Apa-apapun, kesanggupan si penulis untuk berkongsi puisi dengan yang lain adalah suatu yang amat disenangi dan dihargai kerana perkongsian itu akan menghasilkan idea-idea baru.


we don't read and write poetry because it's cute. we read and write poetry because we are members of the human race. and the human race is filled with passion. and medicine, law, business, engineering, these are noble pursuits and necessary to sustain life. but poetry, beauty, romance, love, these are what we stay alive for.

-dead poet's society.



Sudah lama saya tidak menulis puisi. Minat saya ini muncul kembali setelah melihat kehebatan rakan-rakan blogger dalam berpuisi. Terutamanya mr.berett yang baru sahaja saya kenali beberapa hari yang lalu. Puisi di bawah ini adalah percubaan pertama saya di dalam dunia blog.


HILANG - Sh. Nursyahidah

kau hilang entah ke mana
aku jadi tertanya-tanya
tiada khabar, tiada pesan,
cuma kesakitan yang kau tinggalkan

sudah aku ceritakan segalanya
namun kau bagaikan pekak
kau terus menjauh dan menjauh
seolah-olah aku yang khilaf

kalau itu maksudmu
aku mula mengerti
kau sudah berubah
kau bukan seperti yang dulu!

June 25, 2009

Let Me Take You There




friendship growns out of chance
meeting a mere glance and then a smile
that touches the heart in more ways than one
isn't it great how we have grown
from being complete strangers to who we're today
i am so fortunate to have found a wonderful friend like u!

a friend is a single soul dwelling in two bodies

the hardest part of being a friend
is knowing when you need it a little
and when you need it a lot
so just in case you're in need of a friendly "hi" today
i wanted to let you know i'm here still caring
still thinking about you
and still being your friend.

June 24, 2009

Tentang Kawan

Kita punya ramai kawan. Tapi berapa ramai di antara mereka yang benar-benar kawan? Kata orang, proses mencari dan mendapatkan kawan itu memakan masa yang lama. Tapi yang sangat payah apabila kita sudah bertemu dengan kawan kita itu, tetapi mereka terpaksa pergi. Kata orang, kawan itu boleh bertukar-tukar. Tidak semestinya kawan di tempat lama akan tetap jadi kawan bila kita di tempat yang baru. Tapi bagi diri saya, amat susah untuk saya tinggalkan yang lama demi sesuatu yang baru.

Kali ini, saya ingin menulis tentang salah seorang kawan saya. Terus-terang, saya tidak mengingati sangat bagaimana saya boleh berkawan dengan dia dan terus menjadi rapat sehingga sekarang. Yang pasti, sebelum saya berkawan dengannya, saya ada mendengar cerita bahawa dia ialah seorang yang agak sombong dan memilih kawan. Saya tidak mempercayai cerita itu kerana bagi saya itu adalah cakap-cakap kosong.

Apa yang menarik tentang kawan saya ini adalah sikapnya yang bersungguh-sungguh. Pada awal perkenalan saya dengannya, dia jarang ke kelas. Keputusan peperiksaannya juga tidaklah bagus. Entah dari mana timbul kesedaran apabila tiba-tiba sahaja dia mula bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Dia mula rajin datang ke kelas. Saya dapat lihat di dalam dirinya satu semangat yang kuat. Magiknya, keputusan peperiksaannya menunjukkan peningkatan yang baik. Ini yang saya kagum. Dia tidak pernah kenal putus asa sehinggakan saya sendiri mula tercabar dengannya. Mungkin dari segi keputusan, saya menang. Tetapi dari segi usaha, dia patut dipuji.

Satu hari tidak sah tanpa mendengar gelak tawanya. Kalau dia gembira, saya juga begitu. Ada kalanya dari raut wajahnya, saya tahu dia sedih dan tertekan. Kalau dia jadi begitu, saya merasa bingung dan tertanya-tanya. Tetapi saya tidak berani untuk bertanyakan punca masalahnya kerana saya rasa saya tidak ada hak untuk itu.

Apabila dia mengatakan bahawa dia ingin sangat sambung belajar di tempat lain, saya rasa seolah-olah saya akan kehilangan kawan yang selama ini saya cari. Sebagai kawan, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri atau menghalang dia dari berbuat sedemikian. Oleh itu, saya doakan dia supaya hajatnya tercapai dan dia sentiasa berjaya.

Dia punya kawan yang ramai. Ada masanya saya rasa sedikit cemburu apabila dia rapat dengan mereka. Tetapi itu hak dia untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya mengaku, saya sendiri terlalu mementingkan kawan saya ini sehingga saya lupa dengan kawan saya yang pernah bersekolah sama dengan saya. Pernah terjadi apabila kami terserempak di suatu tempat. Kami hanya duduk bersebelahan sahaja. Saya dengan kawan sekolah saya itu, dan dia dengan saudaranya. Saya betul-betul bingung dan dalam dilema. Saya mahu menegur kawan saya itu tetapi saya takut kawan sekolah saya akan rasa tersisih atau cemburu dengan kerapatan saya dan dia.

Masa itu berlalu dengan cepat sekali. Saya sangat merindui saat-saat saya, dia dan kawan-kawan yang lain ketika bersama-sama. Kalau boleh, mahu sahaja saya putar kembali waktu dahulu, tetapi dengan sedikit perubahan. Saya mahu mengenalinya dengan lebih awal lagi dan tidak ada perselisihan faham yang berlaku antara kami semua. Tapi, itu mustahil. Sangat mustahil.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak ada yang sempurna. Kadang-kadang kita telah mengguris perasaan kawan kita tetapi kita tidak tahu. Mereka menangis tetapi kita tidak tahu. Mereka mendoakan kita tetapi kita tidak tahu. Kepada kawan saya itu, terima kasih kerana menjadi kawan yang baik. Saya memohon maaf jika saya ada melakukan sesuatu yang menyakitkan hati kamu. Jangan risau, kamu tidak pernah menyakitkan hati saya. Jikalau ada, sudah lama saya maafkan. Thanks a lot my dear friend!

June 20, 2009

Bagi Mereka Yang Gagal

Saya rasa, setiap orang pernah mengalami kegagalan. Sakit kerana gagal, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi inilah hakikat kehidupan. Macam roller coaster. Ada masa kita di atas. Ada masa kita di bawah. Kita sering mendengar ungkapan bahawa "gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya". Namun, ada yang mempertikaikan bahawa sampai bila harus gagal. Percayalah, sesuatu itu ada hikmahnya. Tanyalah mana-mana tokoh. Mereka mesti menjawab bahawa mereka sudah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Mereka juga pernah gagal. Tetapi mereka tidak serik dengan kegagalan mereka. Mereka terus mencuba dan mencuba. Nah, kesannya, mereka sudah berada di puncak kejayaan. Di sini, saya ingin berkongsi kata-kata motivasi untuk anda semua. Maaf, saya tidak tahu sumber asal kata-kata motivasi ini. Sudah lama tersimpan di tempat saya. Apa-apapun, selamat mencuba dan selamat berusaha!


Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal
Ia bermakna saya belum lagi berjaya.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa-apa
Ia bermakna banyak perkara telah saya pelajari.

Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan
Ia bermakna saya ada keyakinan untuk mencuba sesuatu.

Kegagalan bukan bermakna saya ini lemah dan tak bermaya
Ia bermakna semangat juang saya telah dicabar.

Kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan
Ia bermakna saya berani meneroka bidang yang baru.

Kegagalan bukan bermakna saya tak mendapat apa-apa kejayaan
Ia bermakna kini saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain.

Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercalar
Ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna.

Kegagalan bukan bermakna saya telah membazirkan hidup
Ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan hidup yang baru.

Kegagala bukan bermakna saya perlu menyerah kalah
Ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi.

Kegagalan bukan bermakna saya tak mungkin akan berjaya
Ia bermakna banyak lagi usaha yang perlu saya curahkan.

Kerana orang yang tidak pernah gagal
Adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa!

p/s: Saya rekomenkan anda untuk membaca buku Dare To Fail tulisan Billi Lim. Buku ini sangat bagus!

June 19, 2009

Tentang Melayu

Melihat pelbagai berita yang terpampang di dada akhbar, saya teringat sebuah puisi karya Shapiai Muhammad Ramly yang berjudul Tentang Melayu. Iya, macam-macam tentang Melayu.


Benarkah Melayu semakin maju?
bergelar usahawan untuk jadi jutawan
atau jadi tak keruan.

Melayu lepak
Melayu dera anak
Melayu rasuah
Melayu resah
Melayu terpesong akidah
Melayu dadah
Melayu sumbang mahram
Melayu muram
Melayu setinggan
Melayu bohsia dan bohjan
Melayu dengan skim cepat kaya
Melayu mudah terpedaya
Melayu pengganas
Melayu pemalas.

Apa dah jadi dengan Melayu?
yang berbudi bahasa
yang Islam tentunya
yang suka kenduri-kendara
yang berpolitik sampai membuang keluarga.

*sebahagian dari puisi beliau yang diambil dari buku Antologi Puisi Agenda Melayu

June 14, 2009

Terima Kasih Encik Frodo!


1st:
Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link. (SUDAH!)

2nd:
Pass the award to 15 other blogs that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award. (SUDAH JUGA!)

Di sini saya senaraikan penerima-penerima award ini.

1. Harry
2. Fazrewl
3. Norman
4. Strengenge
5. E-oNe
6. Nakustikability
7. Danish
8. e l d y
9. Cikgu Rashid
10. McJunior
11. Izaan!
12. Boy
13. Ren
14. Puteri Suryana
15. Ira

Kepada mereka yang tersenarai di atas, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana menjadi followers saya. Saya gembira bertemu dengan anda di dunia blog ini! Mengikut peraturan, haruslah memberi awards kepada blog-blog yang baru sahaja kita discover. Tapi, tak kisahlah. Saya berikan kepada sesiapa sahaja. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak!

Terima Kasih Encik Frodo!


Selalunya dalam entri-entri saya, saya akan menulis tentang general issues ataupun isu yang ringan-ringan sahaja. Tetapi kali ini, sebagai penghargaan saya kepada Encik Frodo yang memberi saya award, saya akan melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan iaitu menerima dan memberi award. Terima Kasih Encik Frodo! Salam perkenalan di dunia blog ini!

June 9, 2009

Waktu Dahulu

Sama ada kita sedar atau tidak, semua orang yang kita kenali sangatlah bermakna kepada diri kita. Apabila kita merenung kembali waktu dahulu, kita akan mengingati mereka yang pergi ke sekolah bersama-sama dengan kita, gelagat yang menyebabkan kita tertawa dan tersenyum, orang yang selalu menemani kita menonton wayang dan berjalan-jalan, mahupun mereka-mereka yang sering membuatkan hari kita lebih indah.

Sudah tentu, waktu dahulu itu meninggalkan memori yang manis dan tidak dapat dilupakan. Mungkin ada juga perkara yang kita sesali. Tetapi, waktu dahulu itu tidak mungkin dapat kita putarkan kembali. Apa yang penting adalah untuk menghargai setiap detik yang kita lalui sekarang. Waktu dahulu saya mungkin biasa-biasa sahaja. Namun, ia kepunyaan saya dan saya akan tetap menghargainya. Ah, kenangan itu sangat mendewasakan kita!

the sorrow of life has taught me
to accept many new beginnings
to smile even though it hurts
to reach out even if theres no one there
to aim high and never say die
cause theres always sun at the end of the night
memories
tortured by my own memories
memories
trapped in my own memories

-cromok, memories

June 2, 2009

Memberi & Bersedekah

"Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah"

Ungkapan ini mengingatkan kita betapa keikhlasan bersedekah mempunyai posisi yang cukup mulia. Apabila kita memberi sesuatu kepada orang lain, secara tidak langsung, kita telah menyuntik semangat kepada mereka. Mereka tidak mampu membalas apa-apa, cuma senyuman sebagai tanda terima kasih. Melihatkan senyuman mereka itu, hati kita menjadi lapang dan gembira. Benarlah kata-kata bahawa sedekah itu satu terapi.

Ada yang tidak suka bersedekah, alasannya, itu adalah sindiket penipuan. Pada pendapat saya, sindiket atau tidak, itu perkara nombor 2. Persoalannya, ikhlaskah kita? Mungkin betul ada yang meminta derma atau mengemis, tetapi mereka menipu. Namun, untuk kita anggap semua pengemis atau pemungut derma sebegitu, adalah tidak adil. Bukankah kita dituntut untuk tidak berprasangka buruk kepada orang lain? Kita tidak tahu sekiranya mereka sebenarnya memang amat-amat memerlukan pemberian kita itu.

Apa kata kalau anda amalkan sedekah mulai dari hari ini? Apa kata kalau anda berikan sesuatu kepada orang yang tidak anda kenali? Mungkin anda boleh berikan sedikit wang kepada tukang cuci kereta anda. Mungkin juga anda boleh berikan payung kepada orang yang lebih memerlukan sedangkan ketika waktu hujan itu, anda berkereta dan dia pula berjalan kaki. Atau anda boleh lemparkan senyuman anda yang manis itu. Percayalah, anda akan berasa lega dan senang hati.

"When you share your last crust of bread with a beggar, you must not behave as if you were throwing a bone to a dog. You must give humbly, and thank him for allowing you to have a part in his hunger" -Giovanni Guareschi

May 22, 2009

Kisah Beringin Tua


Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya

Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matahari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya.

Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
gergasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.
Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:
Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matahari, selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang
Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.

-karya hebat Usman Awang, dipetik dari buku Kajian Teks Bahasa Alam.

May 15, 2009

Terima Kasih Cikgu!

Cikgu Amin
Cikgu Amin seperti mentor saya. Beliau meyakinkan saya untuk menyertai beberapa pertandingan seperti bahas ala parlimen dan deklamasi puisi. Atas dorongan inilah saya menjadi lebih berani untuk bercakap di depan ramai orang. Kerana saya terlalu kerap mengikuti pertandingan-pertandingan ini, nama Sharifah Nursyahidah tidak lagi asing. Malahan saya acapkali diminta untuk menyertai pertandingan syarahan agama dan mendeklamasi puisi untuk majlis-majlis penting sekolah. Cara beliau mengajar, cukup saya kagumi. Beliau tidaklah garang, cuma agak tegas. Beliau ialah favourite teacher saya. Sayangnya, saya hanya berkesempatan untuk menjadi muridnya untuk 2 tahun sahaja kerana pada tahun 2003, beliau berpindah ke Semenanjung.

Ustaz Sanusi
Ustaz Sanusi mengajar saya mata pelajaran bahasa Arab. Beliau menganggap saya, Masyitah, Fazarina, Qurratuaini, Akalil dan Yusri macam anak sendiri. Ketika waktu rehat, ada sahaja yang dibelanja oleh Ustaz Sanusi. Beliau sering berpesan agar kami menjaga tatatertib kami sebagai Muslim dan Muslimah. Suka menyindir tapi kami faham, sindiran beliau itu ada maksud yang tersirat. Ustaz ini juga tidak lama di sekolah saya. Berpindah pada penghujung tahun 2003.

Cikgu Muhammad
Siapa yang tidak kenal Cikgu Muhammad? Antara guru yang paling digeruni kerana sikapnya yang sangat garang dan agak panas baran. Sewaktu saya di Tingkatan 4, terdapat suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang. Pada suatu hari, Akalil (ketua kelas), tidak hadir kerana mengikuti MTQ. Saya menggantikannya. Ketika Cikgu Muhammad memasuki kelas, saya berdiri dan mengarahkan kelas untuk turut berdiri. "Selamat Pagi Cikgu!" Entah di mana silapnya apabila tidak semena-mena, Cikgu Muhammad tiba-tiba mengamuk. Beliau menyuruh kami berdiri selama 40 minit. Habis sahaja 40 minit itu, beliau keluar terus dari kelas. Saya mengikuti beliau dari belakang kerana saya perlu menghantar buku-buku latihan untuk kerja rumah yang diberinya sebelum ini. Sewaktu saya bersama-sama beliau di bilik guru, saya diberi brainwash. Tapi, peristiwa ini, tidak menyebabkan saya benci kepada beliau. Malah, ada hikmahnya. Selepas kejadian ini, saya cuba untuk mendekati beliau. Saya menjadi favourite student beliau dan sering mendapat A untuk ujian, kuiz dan latihan yang diberinya. Alhamdulillah, untuk SPM, saya turut berjaya memperoleh A untuk subjek Sejarah yang diajar beliau ini.

Ustaz Zulkifli
Ustaz yang paling sporting. Ketika mengajar, beliau akan memberi ruang kepada pelajar-pelajarnya untuk menunaikan solat. Ada masanya saya akan menemui beliau untuk bertanyakan beberapa perkara seperti Iskandar Zulkarnain, Yakjuj dan Makjuj dan lain-lain lagi. Ketika saya menjadi DJ Radio untuk sekolah saya, saya lalai dalam tugas saya sebenar sebagai seorang Muslim. Ustaz Zulkifli menasihati saya bahawa apa sahaja yang kita lakukan haruslah disertai dengan dakwah kerana itu adalah kewajipan kita.

Cikgu Fikri
Cikgu yang paling lembut ketika mengajar. Tidak pernah marah dan suka senyum. Guru kelas kami dan mengajar Teknologi Maklumat. Saya betul-betul suka dengan cikgu ini. Beliau menghargai apa sahaja yang dilakukan oleh pelajarnya. Ketika beliau mengumumkan untuk berpindah, saya selaku penolong ketua kelas meminta rakan-rakan lain untuk mengumpul duit. Mahu beli hadiah sebagai tanda terima kasih kami kepadanya. Saya dan Athifah pergi membeli hadiah itu. Neck tie biru menjadi pilihan kami. Cikgu Fikri suka dengan hadiah kami. Setiap hari sebelum hari-hari terakhir beliau di sekolah, beliau mesti memakai tali leher itu. Sudah tentu kami sangat gembira kerana beliau benar-benar menghargai hadiah kami.

TERIMA KASIH CIKGU!
SAYA BANGGA MENJADI ANAK DIDIK CIKGU!

16 Mei.

Sepanjang di bangku persekolahan, sudah banyak yang saya pelajari dari guru-guru saya. Mereka bukan sahaja mengajar mengenai apa yang terdapat di dalam buku teks, malah mengenai kehidupan. Mereka bagaikan ibubapa kita yang tidak putus-putus mendidik dan berdoa untuk kejayaan kita di dunia dan akhirat. Terima kasih Cikgu Alice, Cikgu Norhayati, Cikgu Zamalia, Cikgu Azlan, Cikgu Mek Azizah, Cikgu Diuh, Ustaz Zaini, Cikgu Sani, Cikgu Rosinawati, Ustaz Norazamuddin, Cikgu Nurulhuda, Cikgu Mat Julih, Ustazah Shamiza, Cikgu Missah, Cikgu Rashid dan semua guru yang pernah mengajar saya. Sesungguhnya saya akan kenang Cikgu sampai bila-bila.

May 14, 2009

Mat Rempit

"Mat Rempit, Kita Terhimpit"

"Mat Rempit, Kita Sempit"


Mat rempit sememangnya penyakit kepada negara kita. Kita jadi terhimpit dan makin sempit. Segelintir dari mereka terlibat dengan gejala samseng, vandalisme, curi, seks bebas dan macam-macam lagi. Mereka tidak takut kalau patah kaki. Mereka tidak takut akan polis. Perbuatan mereka itu kononnya untuk kepuasan dan keseronokan. Mereka berasa bangga apabila aksi mereka dilihat oleh orang ramai dan mendapat ganjaran tanpa memikirkan perbuatan mereka itu mampu mengundang bahaya kepada orang lain. Pelbagai sebab menjadi penyumbang kepada kewujudan mat rempit ini. Mungkin kerana pengaruh rakan sebaya, pengaruh media, masalah keluarga atau sikap mat rempit itu sendiri. Apapun faktornya, filem dan drama yang dihasilkan kononnya dengan tujuan untuk mendidik mat rempit ini, saya kira sebagai sesuatu yang lucu. Lebih bersifat komersial dan keuntungan dari teladan. Ini kerana pengajaran itu hanyalah sedikit cuma jika dibandingkan dengan impak negatif dari filem dan drama itu. Penonton akan memuja si pelakon sebagai hero dan ikon dalam 'dunia' mereka. Malah, mereka mungkin akan meniru aksi-aksi yang dipaparkan. Pesan saya kepada mat rempit ini, tolong berubah. Anda ada nyawa yang begitu berharga. Begitu juga dengan orang lain. Jika anda tidak mahu memikirkan diri anda, ingatlah orang lain yang bakal menjadi mangsa gara-gara anda.

Kesimpulan? Mat Rempit Tidak Rasional.

May 11, 2009

HANTU

Sedar atau tidak, dalam kita ada hantu?

Dalam aku dan juga dalam kau.

Hantu yang bagaimana? Kita nilai sendiri.

Tapi hantu yang paling ditakuti adalah hantu yang bertopengkan manusia.

p/s: Jangan biarkan ia terus menghantui kita.


The past is a ghost, the future a dream, and all we ever have is now.
- Bill Cosby

May 7, 2009

Apa Nak Jadi?

Apa nak jadi?

Bila kau sudah jadi Jason

Bila kau benci majlis ilmu

Bila kau bergaul bebas

Bila kau bertatu sana sini

Bila kau tidak lagi ambil berat pasal agama

Apa nak jadi?

May 6, 2009

KBAZ!

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

9 MEI 2009 / PWTC

RM10.00 sahaja

Rugi kalau tak datang

Panelis yang hebat dengan tajuk pembentangan yang cukup menarik

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis


May 4, 2009

Kapitalisme

Kapitalisme adalah apabila kuasa ada di tangan si kapitalis atau pemodal. Ianya cuma untuk keuntungan. Masing-masing berusaha memenuhi nafsu mereka. Golongan ini berjuang dengan sangat sengit, malahan ada yang menggunakan cara kasar. Inilah yang disebut oleh Charles Darwin sebagai "the survival of the fittest". Yang kuat akan terus berjaya manakala yang lemah akan jatuh. Sistem kapitalis itu sebenarnya diterapkan dari nilai sekularisme. Ideologi kapitalisme dicipta untuk mempertahankan kebebasan individu dan ini bererti manusia bebas berbuat apa sahaja. Pada mulanya, kapitalisme adalah konsep pemikiran ekonomi. Namun sekarang, kapitalisme yang menguasai dunia menjadi rakan kepada imperialisme dan kolonialisme. Dari dua konsep ini pula, wujud beberapa pemikiran seperti individualisme, pragmatisme, liberalisme dan sebagainya. Wang menjadi satu bentuk kekuasaan dan si kapitalis akan terus berusaha untuk menguasainya.

Capitalism justified itself and was adopted as an economic principle on the express ground that it provides selfish motives for doing good, and that human beings will do nothing except for selfish motives.
- george bernard shaw


I am going to fight capitalism even if it kills me. It is wrong that people like you should be comfortable and well fed while all around you people are starving.
- sylvia pankhurst

April 21, 2009

SELAMAT!

Disaat ini, ramai yang sedang mengharungi tekanan peperiksaan. Bab sebanyak 11 harus ditelaah dan dihafal sepenuhnya. Semua orang menjadi sibuk serta-merta. Saya doakan SELAMAT buat anda. Selamat Menjawab dan Selamat Berjaya! Doakan juga agar saya SELAMAT semuanya. Mudah-mudahan kita mampu menghadapi peperiksaan kali ini dengan lebih tenang dan lancar. Amin.

April 10, 2009

PERPISAHAN


bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa
hilang di mata di hati janganlah lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa
semoga kita berjumpa di lain masa


saya rasa semua mesti pernah dengar lagu ini
lagu bertemu dan berpisah
begitu juga dengan lagu sayonara
tiba-tiba saya teringatkan kedua-dua lagu ini
saya menjadi ralat, saya menjadi sedih
liriknya sahaja cukup sayu, ditambah pula dengan rentak yang mendayu-dayu
kelmarin adalah kelas yang terakhir
cuma tinggal final exam lagi
ah, saya benci adat ini
bila bertemu, mesti berpisah
pertemuan itu indah
perpisahan itu perit
izinkan saya di dalam dimensi pertemuan sahaja
tapi, itu mustahil
kalau begitu
cuma satu sahaja yang ingin kukatakan
sampai jumpa kawanku!

April 5, 2009

PILIHAN

Kita sebenarnya telah diberi dua pilihan, sama ada:

syurga atau neraka
baik atau jahat
ya atau tidak

Apa pilihan anda?

March 27, 2009

Earth Hour 2009!




Mulai dari hari ini, gunakan elektrik hanya bila perlu. Jika tidak, jangan pasang dan jangan bazir. Kita harus bertindak untuk selamatkan bumi kita. Terima kasih.

OK

Semestinya album Malique ini lebih dari OK. Semua lagu hebat-hebat sekali. Punya lirik yang amat kuat dan tersirat maksudnya. Antara lagu yang saya suka adalah mantera beradu, kau yang punya, rahsia, khayal, pergi jauh, layu dan banyak lagi.


aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu ke kanan
dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

March 21, 2009

Saya 21 Tahun!

Tanggal 20 Mac 1988 bersamaan dengan 1 Syaaban 1408 (Ahad) merupakan tarikh lahir saya. Dari saya lahir sehinggalah ke sekarang, pelbagai peristiwa pahit dan manis telah saya alami. Peristiwa-peristiwa seperti inilah yang membuatkan saya lebih dewasa untuk mencari maksud kehidupan ini dengan lebih baik. Sudah menjadi adat resam didalam kehidupan, yang di atas tidak semestinya terus di atas, dan yang di bawah tidak semestinya akan di bawah selama-lamanya. Saya pernah menangis kerana duka dan pernah gembira kerana suka. Tetapi menjadi prinsip dalam hidup saya, yang pahit tidak membuatkan saya jatuh, dan yang manis tidak akan membuatkan saya terus terleka. Saya bersyukur sangat-sangat kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk terus bernafas di bumi-Nya ini. Insya Allah, peluang yang diberikan akan saya gunakan sebaik-baiknya. Saya berjanji untuk menjadi lebih baik. Saya akan cuba untuk memperbetulkan diri saya. Saya akan berusaha untuk mendekatkan diri pada-Nya.

Mungkin ada yang tidak mengenal siapa saya yang sebenarnya. Saya bernama Sharifah Nursyahidah. Memakai cermin mata sejak di sekolah rendah lagi. Seorang yang biasa-biasa sahaja. Saya mungkin ada waktunya sangat pendiam, tapi ada ketikanya saya boleh menjadi seorang yang sangat 'gila'. Saya suka berangan-angan tapi saya akan pastikan antara angan-angan saya itu, ia mestilah dicapai. Saat ketika di bangku sekolah menengah adalah saat yang paling saya rindukan. Ini kerana di situlah saya memperoleh banyak pengalaman. Saya pernah menjadi pengawas pusat sumber, pernah menjadi DJ radio sekolah, pernah menjadi penolong ketua kelas dan macam-macam lagi. Pengalaman menjawat pelbagai posisi memang memenatkan tapi memberi 1001 pengajaran. Saya sangat mengemari puisi-puisi (saya pernah menyertai pertandingan deklamasi puisi/sayembara) dan saya juga pernah menyertai pertandingan bahas ala parlimen. Saya mempunyai tali pinggang purple brown dalam karate-do. Saya rasa kebanyakan dari pertandingan yang saya sertai adalah inspirasi dari kakak-kakak saya. Saya tidak mahu kalah. Saya mahu menyimpan lebih banyak piala dan sijil dari mereka (saya berjaya melakukannya!). Apa lagi tentang saya? Saya suka menulis. Saya suka membaca. Saya suka kucing. Saya suka coklat. Saya suka buku. Saya pendek. Saya kurus. Saya perempuan. Saya Muslim. Saya penuntut universiti. Saya ada Friendster. Saya ada Facebook. Saya ada kawan. Saya ada keluarga. Saya minat seni. Saya minat Malique. Oh ya, saya 21 tahun!

*sekadar catatan sahaja...

March 15, 2009

BANGKIT




Saya tidak pernah mencuba untuk mendengar dan menghayati betul-betul karya M. Nasir ini. Apabila saya mendengar lagu ini dibawa oleh Qhaud AF7 semalam, barulah saya sedar bahawa liriknya benar-benar indah. Pada pendapat saya, ia menceritakan tentang semangat untuk kita bangkit dari sesuatu. Mungkin semangat untuk kita bangkit dari sebuah kekalahan. Jangan sesekali biarkan semangat kita itu goyah dan rapuh. Kita tidak perlu takut kepada diri sendiri. Iya, kita harus berani. Kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Jika kita ingin ke seberang, binalah jambatan yang kukuh dan teguh. Biarlah apa yang kita lakukan itu semuanya berpandukan pada al-Quran. Itu pedoman kita di dalam hidup ini. Kita perlu sedar bahawa di sebalik kepayahan kita dalam mencapai sesuatu, insya Allah kemenangan itu pasti akan ada.


Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina semula satu keindahan baru

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju ke seberang
Dengan darah keringat dan airmata
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

March 9, 2009

12 Rabiulawal




Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim
Wayusallimu wayubaarik alaik
Wayusallimu wayubaarik alaik
Allahhummasollialaa. Muhammad
Allahhummasollialaa Muhammad

Bermula satu suara
Memuji nama baginda
Menyeru setiap umat
Menyampai seluruh alam
Jadi utusan setiap insan
Zaman-berzaman
Kitab warisan
Jadi pegangan

Terdengar sayup suara
Bergetar tubuh terasa
Memuji tuhan yang Esa
Memberi rahmat seluruh alam

Nabi junjungan telah sampaikan
Satu seruan
Kitab warisan
Jadi amalan

Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim
Wayusallimu wayubaarik alaik
Wayusallimu wayubaarik alaik
Allahhummasollialaa Muhammad
Allahhummasollialaa Muhammad

March 6, 2009

Persahabatan



Dan seorang remaja berkata, "bicaralah pada kami tentang persahabatan".

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “ya”.
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.


Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan; hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

- Khalil Gibran

Sentiasa Bersama Anda


Bukan Digi yang ingin saya promosikan di sini. Bukan juga kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya itu. Saya sebenarnya tertarik dengan slogan Digi iaitu "Sentiasa Bersama Anda". Iya, Digi akan sentiasa bersama anda apabila anda mempunyai kredit dan ada liputan. Sama jugalah dengan service providers yang lain. Tetapi dalam post kali ini, saya tidak ingin menyentuh mengenai mana-mana pengendali perkhidmatan. Saya ingin menulis tentang konteks yang lebih luas iaitu kawan. Menurut Kamus Pelajar, kawan adalah kumpulan binatang seperti kambing dan lembu. Kawan juga boleh didefinisikan sebagai sahabat, rakan dan teman. Selain itu, kawan bermaksud sesuatu yang dimakan dengan sesuatu sebagai pelengkap. Contohnya pinang dan gambir. Kawan juga ialah orang yang bersama-sama melakukan sesuatu.

Saya ingin menulis tentang definisi kawan yang kedua. Iya, kawan ialah sahabat, rakan dan teman kita. Kawan seharusnya sentiasa bersama-sama kita. Tidak kira kita ada kredit atau tidak, dan tidak kira sekiranya ada liputan atau tidak. Kawan harus bersama-sama dengan kita di waktu susah dan senang. Ada kawan yang hanya muncul ketika kita senang dan pergi apabila kita mendapat kesusahan. Namun, tidak dapat dinafikan, ada juga kawan yang mengerti kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh kawannya yang lain. Kawan seperti inilah yang harus dipuji kerana mereka menghargai persahabatan yang dijalin.

Mempunyai satu sahabat yang sejati lebih bernilai dan berharga dari seribu kawan yang mementingkan diri sendiri. Benarlah bahawa ketika kita di dalam kejayaan, kawan-kawan mengenali kita tetapi di dalam kesengsaraan dan kesusahan, kita mengenal kawan-kawan kita. Di dalam persahabatan sering sahaja terjadi masalah, dugaan dan perselisihan faham tetapi persahabatan yang sejati pasti mampu mengatasi dugaan itu dan bangkit bersama kerananya. Kita harus sedar bahawa kita adalah manusia biasa. Kita mempunya kelebihan dan juga kekurangan. Begitu juga dengan kawan-kawan kita yang lain. Seharusnya kita memahami bahawa tidak ada orang yang sempurna dan kesilapan yang dilakukan oleh kawan kita itu wajarlah kita maafkan. Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyarankan agar kita memaafkan dan melupakan kesilapan orang lain. Sekiranya saya tidak silap, baginda juga menuntut agar kita mencari 144 sebab untuk marah. Dan jika ada berlaku perselisihan faham atau ada kekusutan, eloklah sekiranya kita selidik dahulu betul-betul apa yang berlaku. Mungkinkah bukan kawan kita itu yang bersalah, tetapi diri kita sendiri. Manusia sering sahaja melakukan kesilapan tanpa disedari. Sekiranya kita semberono sahaja tanpa usul periksa, sudah tentu natijah buruk yang akan kita terima. Kekusutan itu harus dileraikan, bukan ditambah lagi.

Kepada kawan-kawan, teman-teman dan sesiapa sahaja, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang amat kerana menjadi rakan yang baik. Saya betul-betul menghargai persahabatan kita. Tanpa anda, saya tidak akan mengenal erti kehidupan ini dengan lebih baik. Sekiranya saya ada melakukan kesilapan yang membuatkan anda terguris, saya sangat-sangat memohon maaf. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan. Apa-apapun, terima kasih sekali lagi kerana menceriakan hari-hari saya!

March 1, 2009

Quote of the Day II

A life spent making mistakes is not only more honorable, but more useful than a life spent doing nothing
- George Bernard Shaw
I speak to everyone in the same way, whether he is the garbage man or the president of the university
- Albert Einstein

February 22, 2009

Lagi, lagi dan lagi...

*sumber gambar: bharian.com.my

"Kenapalah anak saya dihukum sehingga meninggal dunia. Jika apa pun kesalahan dia, janganlah buat hukuman sendiri,"

Itu adalah kata-kata seorang bapa kepada pelajar Tingkatan Empat yang meninggal dunia selepas seminggu koma kerana dibelasah sekumpulan remaja. Mangsa dibelasah sekumpulan 24 orang lelaki yang dipercayai juga pelajar berikutan perebutan teman wanita. Mangsa dipukul teruk dengan besi dan topi keledar.

Kejadian yang berlaku ini amat menyedihkan. Sedih kerana anak-anak muda sekarang tidak tahu menghargai erti sebuah nyawa. Sedih kerana anak-anak muda sekarang lebih 'bersemangat' memperjuangkan cinta mereka dari masa depan mereka. Setahu saya, sudah banyak kali kes seperti ini dilaporkan oleh media massa. Kejadian seperti ini bukan sahaja berlaku di sekolah biasa, malahan di sekolah agama. Tetapi nampaknya seperti tidak ada solusi atau usaha untuk mengekang masalah seperti ini dari terus berleluasa. Apakah sebenarnya silap kita?

Hati dan perasaan menjadi panduan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan. Mereka tidak lagi berlandaskan kepada agama. Mereka tidak lagi memikirkan rasional perbuatan mereka itu. Tidak lagi wujud istilah fikir dua kali di dalam hidup mereka. Yang penting, melepaskan kemarahan dan mungkin ingin menunjuk-nunjuk siapa yang lebih hebat. Saya tidak dapat bayangkan perasaan 24 orang remaja ini ketika memukul mangsa. Apakah mereka ini betul-betul rakus memukul sehingga tidak wujud perasaan bersalah? Apakah mereka ini pekak ketika mendengar rayuan dan permintaan mangsa agar dilepaskan? Sekalipun wujud perselisihan faham, mereka patut duduk berbincang dengan cara yang baik, bukannya dengan bertindak melulu. Saya berpendapat, kebodohan anak-anak muda sekarang sudah di tahap yang amat berbahaya sehingga mereka sanggup menggunakan kekerasan.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Semoga mereka yang terlibat sedar akan kesilapan besar mereka dan segera bertaubat. Semoga anak-anak muda yang lain akan lebih tahu menghargai nyawa, lebih bersifat penyabar, lebih berfikiran waras dan lebih pandai dalam melakukan sesuatu.

February 13, 2009

Adakah Kau Lupa?




Adakah Kau Lupa- Alarm Me

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Wahai saudara seagamaku, teruskan perjuangan kita agar Islam dapat bangkit dan bangun semula. Janganlah kita lupa akan sejarah dahulu di mana Islam pernah berjaya dan berkuasa. Kejayaan pejuang-pejuang Islam dahulu hasil dari keimanan dan ketaqwaan yang benar-benar kuat. Mereka ikhlas berjuang di jalan Allah. Mereka berjihad kerana Allah s.w.t semata-mata. Konsep jihad itu sendiri amat luas pengertiannya. Bukan hanya dengan mengangkat senjata dan berjuang di medan perang. Jihad yang paling utama adalah jihad menentang hawa nafsu. Itulah jihad yang paling besar. Jika kita tidak berjihad menentang hawa nafsu, maka ummah akan cenderung untuk melakukan dosa. Kita juga perlu berjihad untuk menentang maksiat. Ini penting demi mengelakkan dari terjadinya masalah sosial. Apabila masalah sosial terjadi, sudah tentu akhlak dan moral turut runtuh. Dan apabila akhlak ummah terjejas, bagaimana kita ingin melihat agama kita berjaya seperti suatu kala dahulu?


"orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan"
- Syed Qutb

February 12, 2009

Honk! Honk!

Sudah setahun saya memandu berulang-alik dari rumah ke universiti. Macam-macam pengalaman yang saya peroleh. Sudah banyak ragam pemandu kereta, penunggang motosikal dan pejalan kaki yang saya saksikan. Ada yang berhemah, ada yang cukup berbahaya. Saya akui saya bukanlah pemandu yang sangat cekap, tapi tidaklah sehingga saya melupakan amalan keselamatan jalan raya yang harus dipatuhi. Saya sangat benci apabila terdapat segelintir pemandu yang memotong barisan. Sikap ini bukan sahaja biadab tetapi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kelmarin, saya memandu di lorong kanan dalam had laju yang betul. Di belakang kereta saya, ada sebuah sport car yang menghampiri dalam jarak yang begitu dekat. Saya berpindah ke lorong kiri untuk memberi laluan kepada kereta itu. Sport car itu terus memecut laju. Saya biarkan sahaja. Saya terus memandu dan terserempak semula dengan kereta itu di traffic light. Saya tersenyum sendiri.

"Mentang-mentang sport car, mau bawa laju-laju. Tapi last-last jumpa kat traffic light juga!"



Di sini, saya ingin berkongsi beberapa amalan keselamatan jalan raya* yang wajib kita patuhi.

  • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong
  • Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius

*sumber: panducermat.org.my

February 5, 2009

Quote of the Day

You see things; and you say 'why?' But I dream things that never were; and I say 'why not?'
- George Bernard Shaw

January 31, 2009

We Will Not Go Down - Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

January 21, 2009

Coca Cola


Kalau diberi pilihan, sama ada Coca Cola atau air kosong (mineral water), saya rasa sudah tentu ramai yang memilih minuman berkarbonat itu. Ia sememangnya popular di kalangan pengguna. Gesaan daripada beberapa pihak untuk memboikot Coca Cola dan produk lain keluaran Israel dan Amerika Syarikat menyedarkan saya untuk berhenti dari membeli dan minum minuman itu. Dahulu, saya pernah menerima e-mail yang menyatakan bahawa Coca Cola adalah agenda jahat Yahudi. Untuk menghapuskan keturunan umat Islam, Yahudi menghasilkan Coca Cola yang mengandungi bahan kimia yang mana mampu membantutkan organ pembiakan lelaki dan wanita. Ramai yang berselisih pendapat tentang gesaan ini. Ada yang menyokong, namun ada juga yang menganggap bahawa ianya tidak masuk akal. Ini kerana mereka tidak mempercayai bahawa Coca Cola dan beberapa produk lain mempunyai kaitan dengan Israel. Sheikh Yusof al-Qardawi, seorang ulama terkenal telah mengeluarkan fatwa mengenai hal ini. Beliau mengatakan bahawa duit yang kita belanjakan untuk produk Amerika Syarikat, sama dengan satu peluru untuk tubuh saudara kita di Palestin. Saya berpendapat tidak salah sekiranya kita turut memboikot. Di Malaysia sendiri, terdapat banyak produk alternatif yang boleh mengantikannya. Malahan, produk yang kita boikot itu tidak ada manfaatnya pun bahkan ia memberi keburukan dari aspek kesihatan. Oleh itu, saya menyeru agar kita semua sama-sama berhenti dari membeli Coca Cola. Mungkin kalau bukan kerana boikot, apa kata kalau kerana kesihatan?

"Kalau kita boikot, kita tak mati. Tapi kalau kita tak boikot, orang lain yang akan mati"

January 19, 2009

Sekurang-kurangnya...

Ketika pada zaman Nabi Ibrahim a.s dahulu, terdapat satu peristiwa di mana Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud yang zalim. Api itu amat besar dan sesiapa yang menghampiri api itu juga akan terasa sangat panas. Ramai orang hanya memerhatikan sahaja kerana takut akan Raja Namrud. Tiba-tiba, kelihatan seekor burung pipit kecil yang terbang berulang-alik dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Apabila dilihat dari dekat, rupa-rupanya burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu untuk memadam api yang menyala.

Haiwan lain menegur burung pipit itu, "Sememangnya engkau melakukan sesuatu yang sia-sia. Mana mungkin air yang engkau bawa itu dapat membantu memadamkan api yang besar itu?"

Lalu burung pipit itu menjawab, "Sekurang-kurangnya, bila aku mati nanti dan berhadapan dengan Allah s.w.t, aku boleh memberitahu ini usaha aku untuk membantu Nabi Ibrahim a.s. Air yang sedikit inilah akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini."

Apa yang kita mampu lakukan, kita lakukan. Ia lebih baik dari tidak berbuat apa-apa. Usaha itu mungkin nampak kecil, tapi sekiranya dilaksanakan secara berterusan, insya Allah memberi hasil. Sebagai contoh, peristiwa yang dialami rakyat Palestin sekarang. Selain dari memohon doa kepada Allah s.w.t, kita boleh melakukan beberapa perkara lain seperti memboikot barangan keluaran Israel dan U.S.A atau menderma kepada tabung amal yang sememangnya menyalurkan wang derma itu terus kepada Palestin.

Rasullah s.a.w bersabda "Sesiapa diantara kamu yang melihat perkara-perkara keji, perbetulkanlah dengan tangan; dan jika dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya, perbetulkanlah dengan lidahnya; dan jika dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya, dia haruslah membenci perkara itu dalam hatinya, dan itu adalah paling kecil keimanan." (Muslim)