June 2, 2009

Memberi & Bersedekah

"Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah"

Ungkapan ini mengingatkan kita betapa keikhlasan bersedekah mempunyai posisi yang cukup mulia. Apabila kita memberi sesuatu kepada orang lain, secara tidak langsung, kita telah menyuntik semangat kepada mereka. Mereka tidak mampu membalas apa-apa, cuma senyuman sebagai tanda terima kasih. Melihatkan senyuman mereka itu, hati kita menjadi lapang dan gembira. Benarlah kata-kata bahawa sedekah itu satu terapi.

Ada yang tidak suka bersedekah, alasannya, itu adalah sindiket penipuan. Pada pendapat saya, sindiket atau tidak, itu perkara nombor 2. Persoalannya, ikhlaskah kita? Mungkin betul ada yang meminta derma atau mengemis, tetapi mereka menipu. Namun, untuk kita anggap semua pengemis atau pemungut derma sebegitu, adalah tidak adil. Bukankah kita dituntut untuk tidak berprasangka buruk kepada orang lain? Kita tidak tahu sekiranya mereka sebenarnya memang amat-amat memerlukan pemberian kita itu.

Apa kata kalau anda amalkan sedekah mulai dari hari ini? Apa kata kalau anda berikan sesuatu kepada orang yang tidak anda kenali? Mungkin anda boleh berikan sedikit wang kepada tukang cuci kereta anda. Mungkin juga anda boleh berikan payung kepada orang yang lebih memerlukan sedangkan ketika waktu hujan itu, anda berkereta dan dia pula berjalan kaki. Atau anda boleh lemparkan senyuman anda yang manis itu. Percayalah, anda akan berasa lega dan senang hati.

"When you share your last crust of bread with a beggar, you must not behave as if you were throwing a bone to a dog. You must give humbly, and thank him for allowing you to have a part in his hunger" -Giovanni Guareschi

3 comments:

a s m said...

kita patut mengamalkannya...

cuma pastikan kita tidak meminta sedekah.

Li said...

artikelnya bagus banget...
keep posting ya sob..

SH.NURSYAHIDAH said...

a s m,
iya,amal2kan selalu ya!

Li,
trima kasih.blog anda juga sangat bagus.hepi blogging ya saudara!