October 21, 2009

Exam Mode.

Exam dah dekat, first paper 29hb Oktober ni. Ada 6 paper. Banyak lagi chapter tak cover. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja.

Goodluck untuk rakan-rakan semua!

October 20, 2009

Kembali

Setelah 5 hari hilang, sagwa pulang balik. Saya gembira. Tapi kesedihan masih ada. Kalau berjalan, badannya tidak stabil. Pandai terjatuh. Lemah. Mengikut cakap doktor haiwan, sagwa mengalami dehydration. Mungkin kerana tidak diberi makan atau minum, atau sagwa sendiri tidak mahu. Saya memikirkan, jika benar sagwa dicuri orang, tidakkah orang itu melihat betapa seksanya sagwa? Setelah hampir 5 hari dikurung, barulah dilepaskan. Seolah-olah orang itu mendera kucing. Tidakkah orang itu mendengar rayuan sagwa meminta untuk dilepaskan?

October 13, 2009

Kehilangan

Kucing saya hilang, sudah dua hari. Sedih. Rindu. Tercari-cari. Macam-macam bermain difikiran saya. Saya tidak tahu nasibnya. Mungkinkah dilanggar kereta? Atau dicuri orang? Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Saya dan keluarga sudah berusaha mencarinya, tapi gagal.

Mungkin ada yang memperlekehkan perasaan saya ini, tapi sememangnya saya sangat sayang kucing saya. Kalau benar kucing saya itu tidak akan kembali, saya sudah berjanji, selepas ini, saya tidak mahu memelihara haiwan lagi, termasuk kucing. Kerana saya sangat benci dengan perasaan seperti ini. Saya tidak mahu perkara sama berulang lagi. Dan tidak ada yang dapat menggantikan Sagwa saya.

October 12, 2009

Konvokesyen

Kepada rakan-rakan yang akan dan telah menghadiri konvokesyen, saya ucapkan selamat buat anda. Selamat maju jaya dan semoga anda terus berjuang mencari ilmu.

p/s: Saya juga akan berada di Kuala Lumpur pada 14 - 18 Oktober ini untuk menghadiri konvokesyen. Harap-harap kita dapat berjumpa di sana!

October 11, 2009

Dasar & Perlaksanaan

"Dasar itu sudah digubal dengan sangat bagus, tetapi masalah wujud dari segi perlaksanaan"



Apa pendapat anda tentang kenyataan ini?

October 3, 2009

MASA

Sejak akhir-akhir ini, beberapa perkara membuatkan saya berfikir. Betapa cepatnya masa berlalu. Sangat pantas. Hari itu, kita berpuasa. Sekarang, kita di bulan Syawal. Esok, kita sudah di bulan yang lain pula. Terus terang, saya menjadi takut. Takut kalau saya gagal menggunakan kesempatan yang diberi oleh Tuhan. Saya manusia yang sangat-sangat lemah lagi tidak berdaya. Semakin lama saya berfikir, saya dapat rasakan bahawa hari itu akan tiba. Saya takut kalau peluang itu akan tertutup selama-lamanya.

Ketakutan saya itu bertambah apabila sejak kebelakangan ini juga, pelbagai bencana menimpa negara-negara lain. Dulu, ketika saya belajar Geografi, cikgu meyakinkan murid-muridnya bahawa Malaysia sangat bernasib baik kerana terlindung dari bencana. Sekarang, saya sedar. Tidak ada apa-apa yang selamat kerana kerana kalimat Tuhan "Kun Fayakun! Jadi, maka jadilah!". Apa-apa boleh berlaku kerana Allah s.w.t itu maha berkuasa.

Benarlah, masa itu emas. Dalam sehari, kita ada 24 jam. Adakah setiap saat kita itu, kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya? Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Atau mungkinkah ini cuma sekadar perasaan saya sahaja?