October 3, 2009

MASA

Sejak akhir-akhir ini, beberapa perkara membuatkan saya berfikir. Betapa cepatnya masa berlalu. Sangat pantas. Hari itu, kita berpuasa. Sekarang, kita di bulan Syawal. Esok, kita sudah di bulan yang lain pula. Terus terang, saya menjadi takut. Takut kalau saya gagal menggunakan kesempatan yang diberi oleh Tuhan. Saya manusia yang sangat-sangat lemah lagi tidak berdaya. Semakin lama saya berfikir, saya dapat rasakan bahawa hari itu akan tiba. Saya takut kalau peluang itu akan tertutup selama-lamanya.

Ketakutan saya itu bertambah apabila sejak kebelakangan ini juga, pelbagai bencana menimpa negara-negara lain. Dulu, ketika saya belajar Geografi, cikgu meyakinkan murid-muridnya bahawa Malaysia sangat bernasib baik kerana terlindung dari bencana. Sekarang, saya sedar. Tidak ada apa-apa yang selamat kerana kerana kalimat Tuhan "Kun Fayakun! Jadi, maka jadilah!". Apa-apa boleh berlaku kerana Allah s.w.t itu maha berkuasa.

Benarlah, masa itu emas. Dalam sehari, kita ada 24 jam. Adakah setiap saat kita itu, kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya? Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Atau mungkinkah ini cuma sekadar perasaan saya sahaja?

8 comments:

i'm_siCK_n_tiReD said...

betol kata anda..walaupon sepandai mana pon manusia itu, secanggih mana pon teknologi, walaupon wujudnya superhero..tetap tidak dapat menandingi kuasa tuhan.

Camne omputeh leh cakap they can overcome god? Bushet!

Make every moments counts sebab masa itu lebuh bernilai dari emas. Penuhkan dgn ibadah & sedekah. Mebi kiamat dah dekat sbb tu la byk sgt bencana alam berlaku.

Budak Pensel Yazid said...

masa yang berlalu kita perlu isi dengan memuji nama Allah dan berselawat.

Itu yang sangat kurang.

squesha said...

semoga kita semua menggunakan masa dgn sebaik-baiknya.masa yang berlalu,tidak boleh diputar kembali.

bangunberdiri said...

kalau nak hargai masa, saya cadangkan anda sentiasa mengingati mati, masa itu akan dilihat lebih berharga kalau kita sentiasa ingat dengan kematian.-itu teori sendiri..
haha

sno0p said...

betul kata awak 2...
masa ni amat bernilai dan lebih bernilai jika dipenuhi dengan amalan-amalan yang berfaedah....
kita sebagai hamba Allah swt perlu menggunakan masa sepenuhnya dan sentisa beringat dengan kekuasaanNya...

Precious said...

Salam Aidilfitri. Allah sebenarnya dah banyak mengingatkan tp kebanyakan drp kita masih alpa ...
Err .. minta tlg? Boleh tak buat pencalunan (Kak fynn jamal ker .. Zahiril Adzim ker ..) utk Weblog Popular 1Malaysia? Pls join us, k! Tenkiu!!

squesha said...

bangunberdiri,
mmg btul.bila kita igt mati,kita akan sedar bhw masa kita akan tba jg suatu hari nnt.jd,rebutlah kesempatan sblm terlps.

selalu la mengingati mati.itu yg dituntut dlm agama.kan?

sno0p,
semoga kita saling mengingatkan antara satu sama yg lain.

Precious,
thanks sbb singgah blog sy.thanks jg sbb jemputan contest tu.

Pekerja Kontrak said...

saya pun terasa macam tu...