December 31, 2010

Entri Terakhir 10

Lagu-lagu di bawah menggambarkan situasi yang saya lalui sepanjang tahun 2010. Tahun ini tahun yang mencabar yang mengajar saya untuk lebih bersabar. Memang banyak dugaan tapi itu tidak mematahkan semangat saya. Sejujurnya, dalam banyak-banyak tahun, ini tahun yang paling saya suka dan hargai. Saya anggap tahun ini adalah satu anugerah yang terindah. Saya juga melihat dalam tahun ini, begitu banyak orang berubah, dari A ke B dan dari B ke A. Saya masih disini, still the same old me.












December 29, 2010

No. 22


Malam ini, kemenangan agregat pasukan Malaysia disebut-sebut di twitter, facebook, blog dan sebagainya

Malam ini, kehebatan Khairul Fahmi menjaga gawang Malaysia semakin dikagumi ramai

Dan malam ini, jumlah gadis-gadis yang menjadikan Khairul Fahmi sebagai hero mereka bertambah banyak

"Kepada hero saya,
Selamat!"


"A hero is an ordinary individual who finds the strength to persevere and endure in spite of overwhelming obstacles" - Christopher Reeve

December 28, 2010

I Wish

I wish but I can't
and the wishlist is still there

I wish but I know
the list items might never be crossed off

I wish but I couldn't
because of other's wish



I wish I was a neutron bomb, for once I could go off
I wish I was a sacrifice but somehow still lived on
I wish I was a sentimental ornament you hung on the Christmas tree
I wish I was the star that went on top
I wish I was the evidence
I wish I was the grounds for fifty million hands upraised and opened toward the sky

I wish I was a sailor with someone who waited for me
I wish I was as fortunate, as fortunate as me
I wish I was a messenger, and all the news was good
I wish I was the full moon shining off a camaro's hood

I wish I was an alien, at home behind the sun
I wish I was the souvenir you kept your house key on
I wish I was the pedal break that you depended on
I wish I was the verb "to trust", and never let you down

I wish I was a radio song, the one that you turned up
I wish, I wish, I wish, I wish
I guess it never stops

December 24, 2010

Buli Bah Kalau Kau!

Saya dilahirkan dalam keluarga yang menghormati kepelbagaian. Bapa saya berketurunan India-Pakistan, manakala ibu saya adalah seorang Sino-Kadazan. Kami bukan sahaja menyambut dua Hari Raya bagi umat Islam, tapi juga meraikan hari besar bagi saudara-mara kami yang menganuti agama Buddha dan Kristian. Ketika Tahun Baru Cina, kami sudah tentu akan menghadiri open house mereka. Limau Mandarin dihidang, dan angpau diberi. Begitu juga apabila 25hb Disember tiba. Pasal makanan dan minuman, kami tidak bimbang kerana mereka sudah maklum akan pantang dan larang kami sebagai Muslim. Dalam keluarga besar kami, bukan keluarga saya sahaja yang Muslim, tapi beberapa keluarga lain juga.

Ketika Hari Raya, mereka akan bertandang ke rumah kami dan saudara-mara lain yang Muslim. Tidak dengan tangan kosong tapi dengan buah tangan sebagai tanda berkongsi kegembiraan menyambut hari besar kami. Begitu jugalah dengan kami, pasti akan membawa sesuatu untuk menunjukkan rasa hormat. Tidak ada prejudis mahupun diskriminasi dikalangan kami. Kami boleh tidur sekatil, makan sepinggan, minum segelas, semeja dengan senang hati. Tidak ada puak-puak. Perkara sebegini andang-andang di Sabah (dan juga Sarawak), tapi mungkin menjadi sesuatu yang unik bagi mereka yang tidak tahu.

Dengan kumpulan etnik, bahasa dan dialek yang berpuluh-puluh, kepelbagaian agama dan budaya tidak pernah membezakan kami. Saya pernah mendengar cerita ada kebimbangan untuk tinggal sebilik dengan orang Sabah/Sarawak yang beragama lain dari mereka. Mereka takut didoktrinkan dengan agama tersebut. Lagi takut apabila melihat rakan sebilik meletakkan Rosemary dan Bible di bawah bantal. Jangan paranoid kerana mereka tidak pernah menimbulkan rasa takut mahupun benci apabila anda membaca al-Quran, meletakkan buku Yassin di bawah bantal anda, ataupun ketika anda menunaikan solat fardhu. Malah, ada yang akan bertanya "Uina, jam berapa sudah ni? Sudah sembahyang ka kau?"!

Kalau anda berjumpa dengan orang Sabah, tanyalah, orang manakah dia. Saya pasti dia akan menjawab "Aku orang Sabah bah", tanpa merujuk kepada bangsa atau keturunannya. Itupun sekiranya disoal dengan lebih lanjut. Selain makanan yang sedap-sedap terutamanya seafood yang fresh, orang Sabah juga tidak sombong dan luki dengan senyuman. Jika mereka ingin lalu di depan anda, mereka akan menyebut "limpas dulu aaa" sebagai tanda hormat mereka. Di sini, setiap daerah atau tempat pasti akan mengadakan tamu sama ada di hari minggu atau hari biasa. Tiap tahun tamu yang dinantikan adalah tamu besar di Kota Belud. Bagi mereka yang mencintai keindahan alam, Sabah adalah jawapan anda. Selain Gunung Kinabalu, ada Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo), Maliau Basin, Pulau Sipadan dan macam-macam lagi. Silalah datang ke sini, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Mana tau ada peluang, saya sendiri akan bawa anda bersiar-siar di kotaraya Kota Kinabalu!

andang-andang = memang sudah begini
luki = kedekut
limpas = lalu

p/s: Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, biru-biru hujung Kinabalu, tengok dari jauh hati saya rindu. Buli bah kalau kau!

December 17, 2010

Lalala Kerjalah

Lima minggu. Itu lah cabaran kami. Mencari peluang sebaik mungkin. Buku log terisi, report penuh dan pengalaman diambil.

Menunggu hari pertama, memang excited. Awal pagi sudah bersedia, sudah terpacak di depan office. Konon-konon mau bagi first impression. Orang yang bertanggungjawab menyelia saya dan kawan saya, En. Iwan memanggil kami dan meminta kami masuk ke dalam biliknya. Dia bagi sedikit briefing tentang perjalanan latihan praktikal yang akan kami hadapi. Kemudian, dia memperkenalkan kami dengan staff di sana.

Mula-mula, ingatkan semua staff serius-serius orangnya. Yalah, kebanyakan mereka lulusan agama dan bergelar ustaz. Ok, ini mungkin sudah satu stereotaip. Tapi seriously, baru sehari berada di sana, seolah-olah sudah bersama mereka selama bertahun-tahun! Memang friendly habis diorang!

Staff yang paling rapat dengan kami, Abang Acad. Tiada dia, memang sunyi office sebab dia lah yang paling kuat mengacau. Tengah buat kerja, boleh pula dia kacau laptop saya. Kalau ada orang datang di kaunter, mesti saya yang dipanggil. Jangan ingat saya tiada serangan balas. Kalau dia di tempat lain dan ada ramai orang di kaunter, saya sengaja panggil dia. Lepas tu, saya berpura-pura menyibukkan diri dengan kerja lain. Biar dia handle sendiri. haha.

Itu Abang Acad. Abg Aladin a.k.a abang DJ pun best juga. Ada masa, mesti dia ke tempat saya dan kawan saya. Bawa bercerita, ajak kami minum, belikan kuih dan sebagainya. Paling terharu, dia belanja saya dan rakan-rakan sepraktikal makan di sebuah restoran walaupun gajinya sebagai driver cuma cukup-cukup makan sahaja. Sebelum kami ke restoran itu, dia ada singgah sebentar di bank. Ambil duit. Ingatkan untuk apa, rupa-rupanya dia sudah pasang niat untuk belanja kami. Terima kasih Abang Aladin! Masuk ini, sudah 3 kali orang belanja makan sepanjang kami praktikal. Rezeki, rezeki.

Abang Akmal, pun baik orangnya. Dikenali sebagai PJJ atau Pegawai Jalan-Jalan. Setiap hari, ada saja dia ke office kami walaupun officenya terletak di blok lain. Apa yang menarik, perwatakan, penampilan, senyuman dan cara bercakap Abang Akmal ini mengingatkan saya dengan kawan saya di Indonesia. Angga namanya. Aduh, bisa jatuh hati gini! haha.

Ok, habis sudah bahagian pengenalan. Kadang-kadang, saya dapat lihat apa yang kita belajar di kuliah atau teori tidak sama dengan apa yang boleh dipraktikkan di dunia sebenar. Malah, kita tidak terfikir untuk mengaplikasikannya langsung! Mungkin ketika belajar, kita punya hati yang mudah tersentuh. Tapi ketika sudah bekerja, kita kena keraskan hati, lebih-lebih lagi apabila harus berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang jujur, ada yang berlakon semata-mata.

Tempat yang saya praktikal, ada berkait rapat dengan bantuan kepada yang memerlukan. Ada yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan, kecemasan dan sebagainya. Apabila ada yang datang meminta bantuan kecemasan, disitu kita harus bijak mengesan penipuan. Ada yang mengaku gila, ada yang mahu balik kampung setelah isterinya hilang tiba-tiba, ada yang kononnya terlibat dalam kebakaran dan sebagainya.

Satu lagi, apabila mereka datang dan menceritakan masalah mereka, saya rasa sebak. Macam-macam boleh terjadi dengan sesiapa sahaja. Ada yang isterinya dilanggar dan menunggu hari untuk dicabut nyawa, ada yang dibuang keluarga hanya kerana memeluk agama baru, ada yang dituduh melanggar - walhal dia tidak berada di tempat kejadian, ada yang menghidap kanser dan lumpuh separuh badan, ada yang boleh diserang epilepsi bila-bila masa, ada yang anaknya berumur 4 bulan mempunyai masalah jantung berlubang dan banyak lagi. Masa ini lah kena tahan hati, untuk tidak mengeluarkan air mata. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan mereka. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ada 1 minggu lagi tinggal. Rasa happy pun ada, sebab boleh berehat seminggu sementara semester baru bermula. Rasa sedih pun ada, sebab banyak kenangan mahupun pengalaman yang mengajar erti kehidupan. Sememangnya, hidup ini memerlukan kita untuk pantas mengadaptasi mengikut situasi dan keadaan. Ada masa kita empathy, ada masa kita kena keras hati.

December 15, 2010

Kerana Aku Bukan Tuhan

Mungkin aku ada cakap, tapi tak pernah bikin
Mungkin aku kata tidak, tapi sebenarnya iya
Mungkin aku berpura-pura, tapi dalam kejujuran
Mungkin aku bersuka-ria, tapi sedang dukacita
Mungkin aku kuat, tapi masih punya kelemahan
Mungkin aku bodoh, tapi itu lah kepandaianku
Mungkin aku bersalah, tapi mana kebenarannya
Mungkin aku patut lenyap, tapi aku menunggu the real sang algojo

Mungkin semua ini mungkin
Ada khilafnya, ada cacatnya, ada hodohnya

Kerana aku manusia kecil
Masih yang dulu, tetap sama

Dan
Kerana aku bukan tuhan

December 14, 2010

Hachiko


Ya, cerita ini sudah lama. Tapi dua tiga minggu yang lepas baru saya berpeluang untuk menontonnya, dan baru juga hari ini saya ada kesempatan untuk menulis sedikit catatan pendek.

Bagi mereka yang sudah menonton dan menyukai cerita Marley and Me, cerita Hachiko, a Dog's Story adalah filem yang wajib ditonton. Hachiko, a Dog's Story adalah kisah benar yang berlaku di Jepun di mana wujud satu hubungan yang akrab antara seekor anjing bernama Hachiko dan tuannya. Mula-mulanya, Hachiko cumalah seekor anjing yang sesat dan terlepas dari kandangnya di sebuah stesen kereta api. Dia ditemui oleh seorang professor yang telah menjaganya buat sementara waktu sambil menunggu tuan sebenarnya datang menuntut. Lama kelamaan, setelah pertelingkahan kecil antara professor dan isterinya, akhirnya Hachiko mendapat greenlight untuk terus tinggal di rumah mereka.

Setiap hari, menjadi kebiasaan bagi anjing itu untuk menghantar tuannya ke stesen kereta api. Dan setiap hari juga lah, anjing itu akan menunggu tuannya balik dari kerja, di tempat yang sama. Suatu hari, tuannya mati secara mengejut ketika sedang mengajar di universiti. Hachiko terus setia menunggu. Di hari pengkebumian, Hachiko masih lagi menunggu. Anak perempuan professor tersebut, cuba membawanya balik tapi gagal. Hachiko mahu terus berada di stesen itu, menunggu tuannya. Keadaan ini berlanjutan sehingga 9 tahun di mana anjing itu terus menunggu sampailah dia mati.

Kesetiaan Hachiko ini sangat dihormati dan menjadi bualan sehinggakan beberapa tugu dibuat khas untuk memperingatinya. Seperti di Shibuya Station, tempat sebenar dia menunggu tuannya. Mungkin cerita ini nampak biasa-biasa sahaja dan tidak banyak dialog, tapi perjalanan ceritanya mampu bermain dengan emosi kita. Saya sendiri sebak menonton cerita ini, lebih-lebih lagi apabila tamat riwayat Hachiko. Dia terus menunggu seperti tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dengan tuannya. Kalaupun dia tahu, dia terus menunggu kerana kesetiaan yang kuat. Dia tidak mengharap apa-apa balasan atas penantiannya itu, kerana baginya, ia berbaloi demi sebuah hubungan kasih sayang.

I understand how you feel. Hachi, my friend, Parker is never coming home. But if Hachiko wants to wait, then Hachiko should wait. You want to wait for him, don't you? Have a long life, Hachi.

December 11, 2010

Years From Now

Alhamdulillah, nasib baik masih menyebelahi saya. Result exam baru sahaja keluar dan sekali lagi, keputusannya sama dengan semester lepas. Tapi entah kenapa, di dalam kesyukuran saya itu, saya tidak merasa gembira. Mungkin kerana saya terlalu berfikir tentang apa yang akan terjadi selepas ini. Ada 1 semester lagi dan selepas itu, saya harus menentukan hala tuju saya. Sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal dan pengalaman yang saya ambil ketika ini akan menjadi antara pengaruh kepada keputusan hala tuju saya nanti.

Saya sedang berfikir-fikir, sama ada ingin menyambung Master, atau bekerja dahulu. Berdasarkan pencapaian saya, ada yang mengharapkan saya mengambil biasiswa dan menjadi pensyarah. Pasal biasiswa, itu satu tawaran yang menarik. Saya kira-kira, jika biasiswa ini pilihan saya, saya ingin memohon di luar negara. Tapi saya tidak ada minat, kemahiran dan keyakinan untuk menjadi pensyarah. Kalau saya bekerja dahulu sementara mencari pengalaman, kerja apakah? Saya risau-risau kalau saya tidak mendapat kerja yang bagus. Barangkali bekerja dahulu, sambung Master kemudian, adalah yang terbaik, tapi entah kenapa, saya rasakan, banyak lagi yang perlu saya belajar. Banyak lagi yang perlu saya explore. Ilmu yang ada pada saya, masih kurang. Ah, mungkin betul lah kata kawan saya, saya ini seorang yang terlalu mencuba untuk menjadi yang terbaik. Saya terlalu push diri sendiri.

what will i be years from now
what will i wear how will i look
i think too much i think too much

sometimes its scary over thinking
what you have or haven't done
you think too much you think too much

will the rain smell the same
will our loosing trentrous game
and the star much shine
the color seems so blurry

(years from now - aizat)

December 8, 2010

December 4, 2010

Rumah Baru 4.6

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Awal Muharram. Dan beberapa minggu saja lagi kita akan meraikan tahun 2011. Yang manis, yang pahit, semua kita rasakan setiap hari, tanpa gagal. Bezanya, tambah tolak sahaja. Tiap tahun, jika dipanjangkan usia, kita akan menyaksikan pertambahan pada angka. Tapi dalam pada itu, kita akan melihat bahawa pertambahan itu hanya lah simbolik sedangkan ada perkara besar yang memberi tanda tentang sesuatu.

Masa beredar. Manusia berubah. Apabila kita diam dari berbicara dan menjadi pemerhati kepada apa yang berlaku di sekeliling kita, kita akan dapat melihat sesuatu yang membuatkan kita berfikir. Rupanya kawan boleh jadi lawan. Rupanya matang bukan pada umur. Rupanya manusia memang berpenyakit hati.

Tahun ini, saya rasakan tahun yang agak sibuk dan mencabar. Tapi saya enjoy dan saya nikmati setiap yang saya lalui walaupun perkara itu menyakitkan. Mudah-mudahan kita semua boleh berpindah dari rumah lama ke rumah baru.



Janganlah bersedih
Janganlah merintih
Sabarlah Tuhan ada bersama kita

Malam wujudnya sang pelangi
Siang disinari rembulan
Mungkin pelik kata bunyinya
Cuma mahu celikan mata

Barang lepas perlu dikenang
Salahsilah usah dibuang
Untuk tentu ke mana arah
Walau belum tahu esoknya

Lenyapkanlah benci di hati mu
Mari menyanyi lagu ini
Wowow lalalalalalalalala
Lalalalalalalala

Moga moga ia menghibur
Gundah di hati kau dan aku
Wowowwowow
Lalalalalalalalala
Lalalalalalalala