February 22, 2011

Kronik

Sakit tak baik-baik lagi. Lagi kronik rasanya. Makan ubat sudah, minum air banyak-banyak sudah, tidur pulas-pulasan pun sudah. Lusa pula ada test. Kalau berterusan macam ni, susahlah. Terpaksa minum ubat herba Cina yang amat pahit. Minum pun sekali teguk. Huh. Berkesan atau tidak, baru cuba dua malam. Apa-apapun, tribute untuk Sudirman sempena pemergian beliau yang sudah mengjangkau 19 tahun. Sememangnya filem Kami adalah filem paling jujur!


February 18, 2011

Be Yourself - Audioslave




be who you are and say what you feel because those who mind do not matter and those who matter do not mind - dr. seuss

February 13, 2011

Still

Kelmarin menghadiri modul yang diwajibkan. Hari ini pula menghadiri jemputan kahwin. Anak kepada rakan sekerja ibu saya dulu. Kalau ikutkan saya malas untuk ke sana tapi saya telah ditugaskan untuk memandu. Jarak jauh perjalanan sekitar 200km. Tanpa banyak alasan, saya setuju. Saya memang suka memandu ke tempat yang jauh, boleh melihat pemandangan sambil menenangkan fikiran.

Esok pula adalah hari kasih sayang. Kepada yang menyambutnya, sambutlah. Tiada siapa punya hak untuk melarang anda dari menyatakan rasa kasih dan sayang anda. Kepada yang tidak menyambutnya, kita senasib. Siapa tahu mungkin tahun yang akan datang, kita akan berdua pula. Eh, silap, anda akan berdua pula. Haha.

Tiada kata-kata
Hanya secebis munajat

Lebih dari kata-kata
Sampai tidak terungkap

Mana dia kata-kata
Yang jadi dosa



you are my drug, you are my medicine
how could i live without these two?

February 7, 2011

CNY: Sebuah Cerita tentang Pertemuan dan Pemergian



CNY ini, kakak dan abang ipar saya balik ke KK untuk bercuti selama seminggu. Suatu moment yang kami nanti-nantikan. Suatu moment yang jarang-jarang kami peroleh kerana jarak yang sedikit jauh. Kedatangan mereka kami sambut dengan gembira dan teruja, lebih-lebih lagi kerana kami juga turut meraikan CNY. Setiap malam kami adakan makan besar. Satu tradisi apabila semua ahli keluarga berkumpul ramai-ramai. Apabila kami duduk semeja bersama, satu perkara yang menyenangkan apabila melihat senyuman dan gelak ketawa di wajah mereka satu persatu. Di rumah, hanya tinggal saya, adik saya dan kedua ibubapa saya. Bila kedua-dua kakak saya berpindah ke tempat lain kerana mengikut suami, kesunyian dan kerinduan jelas terasa. Ini kerana hubungan kami adik beradik rapat sekali dan apabila berjauhan, something is missing. Satu hari nanti saya mungkin akan mengikut jejak langkah mereka, dan saya sudah dapat gambarkan kekosongan yang akan bertambah di rumah nanti. Kadang-kadang saya pernah berfikir alangkah bagusnya jikalau masa dapat diputar balik ke waktu kami semua masih tinggal sebumbung. Dan kalau saya ada clockstopper, saya sudah tentu akan hentikan masa ini.

CNY bukan sekadar limau mandarin dan angpau. Ia lebih dari itu. Ketika saya beraya di rumah ah yie, reunion keluarga adalah perkara yang paling menggembirakan buat kami semua. Kami tidak ada masalah walaupun berbeza anutan. Saya rasa terharu dengan sifat saling menghormati dan tiada prejudis yang ditunjukkan oleh mereka. Saya juga turut menggunakan kemahiran saya yang limited bercakap dalam bahasa Mandarin untuk berkomunikasi. Saya berketurunan Cina tapi langsung tidak tahu bercakap dalam dialek Hakka. Nasib baiklah ada third language di tempat saya belajar. Ada juga basic bahasa Mandarin. Dan apabila mengambil gambar keluarga, saya terasa seolah-olah saya dalam iklan TV. Bukan apa, saya dapat rasakan inilah yang diinginkan oleh ibubapa yang menanti kepulangan anak-anak mereka untuk beraya. Inilah moment yang mereka mahu. Melihat anak-anak yang mereka besarkan sejak dari kandungan lagi. Satu permintaan yang nampak ringkas tapi agak payah untuk dilakukan. Bagi saya, keluarga adalah perkara paling atas yang harus kita letak dalam hidup kita. Bukannya harta. Sebesar mana pun rumah tidak akan bererti kalau kita masih merasa kosong. Keluarga itulah rumah kita yang sebenar.



Adik saya tiba-tiba tertekan dan menangis. Dia menceritakan bahawa salah seorang kawannya akan meninggal dunia. Kanser. Menurut doktor, jangka masa Mario cuma dalam sebulan sahaja lagi. Mario adalah jiran kami yang berusia 15 tahun dan suddenly suatu hari dia berpindah secara diam. Tidak memaklumkan ke mana dia pergi. Baru-baru ini sahaja dia menghubungi kawan adik saya, untuk memaklumkan keadaannya yang tenat. Tapi dia langsung tidak mahu memberi alamat barunya kerana tidak mahu orang berkunjung dan melihat kesakitannya. Saya terdiam melihat kesedihan adik saya. Saya tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Hanya pelukan yang dapat saya berikan.

The sharp knife of a short life
Well, I've had just enough time

Sememangnya begitulah kehidupan. Ada yang datang, ada juga yang pergi. Sebab itulah kita kena menikmati saat yang kita ada sekarang. Untuk orang yang sayang kita, untuk orang yang kita sayang, jangan lupakan dan terus menghargai mereka. Kita tidak mahu ada kesesalan di hujung hari nanti apabila satu kehilangan tiba-tiba berlaku. Syukur atas pertemuan yang tidak pernah ditemukan dan dirancang oleh kita. Cherish the moment. Live, laugh, love.

"I will be a better Muslim, better daughter, better sister, better friend, better student and better lover"

February 1, 2011

Review Analog

Saya sebenarnya sedang berkira-kira untuk membuat keputusan di antara Diana F+, sprinter sprocket ataupun holga TLR. Tunggu punya tunggu, tiada khabar. Lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Kebetulan pula ada seorang member, Aaron, tengah cuba menjual Russian 35mm Fed 4 Rangefinder. Made in USSR, sekitar tahun 1970an. Bincang punya bincang, akhirnya dia offer camera tu dengan sekian harga dengan leather case, 3 film kodak max dan 2 film kodak gold. Memandangkan saya tidak tahu menggunakan camera seperti ini, dia bersetuju untuk mengajar saya. Sebelum ini, camera yang saya gunakan cumalah melibatkan satu butang sahaja. Butang untuk shoot gambar. Berbeza dengan Fed 4 ini, ia sedikit rumit tapi sangat sesuai untuk beginner yang cuba maju ke satu tapak lagi.



Mula-mula agak dua hati untuk membeli Fed 4 ini. Tapi setelah diyakinkan akan fungsinya yang lebih baik dari ketiga-tiga camera yang saya nyatakan tadi, maka saya buat keputusan untuk membelinya. Bagi mereka yang berminat dengan camera lomo seperti ini, ini sedikit informasi untuk anda.

1. Diana F+
Paling bagus di antara ketiga-tiga camera. Mungkin inilah kenapa camera ini mahal dari sprinter sprocket dan holga TLR. Tapi ada sedikit kekurangan kerana camera ini memerlukan film 120mm. FYI, film yang murah dan biasa digunakan adalah 35mm. Film 120mm ini agak mahal dan boleh mencecah sekitar rm50 sedangkan film 35mm hanya dalam RM5-10 sahaja. Tidak banyak kedai foto yang boleh memproses film 120mm. Tapi jangan risau kerana ada solusinya. Kalau anda ada duit lebih, anda boleh beli 35mm bck converter yang berfungsi untuk mengconvert 120mm kepada 35mm. Harga benda ini dalam RM180. Kalau masih mahukan Diana F+ tapi tidak mampu beli film yang mahal ataupun converter tersebut, anda juga boleh memilih Diana Mini yang menggunakan film 35mm dan tidak banyak jauh bezanya dari yang asal.

2. Sprinter Sprocket
Gambar yang terhasil nanti juga cantik kerana ia berasaskan panorama. Namun begitu, kerana ianya panorama, maka anda hanya akan dapat sekitar 18shoot sahaja memandangkan ia akan memakan banyak filem. Sprinter sprocket ini menggunakan film 35mm.

3. Holga TLR
Tidak banyak yang saya dapati mengenai camera ini. Mengikut pandangan member-member, camera ini tidak berapa famous. Mungkin kerana saiznya yang agak besar sedikit dari holga biasa. Apa-apapun camera yang ingin anda beli, sila cari di Internet imej yang akan terhasil dari camera berkenaan. Dari situ anda akan tahu mana satu minat anda. Tapi semua itu pun bergantung kepada bagaimana anda mengambil gambar dan film jenis apa yang anda gunakan. Selamat mencuba, selamat bergembira!

-tq-