June 20, 2009

Bagi Mereka Yang Gagal

Saya rasa, setiap orang pernah mengalami kegagalan. Sakit kerana gagal, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi inilah hakikat kehidupan. Macam roller coaster. Ada masa kita di atas. Ada masa kita di bawah. Kita sering mendengar ungkapan bahawa "gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya". Namun, ada yang mempertikaikan bahawa sampai bila harus gagal. Percayalah, sesuatu itu ada hikmahnya. Tanyalah mana-mana tokoh. Mereka mesti menjawab bahawa mereka sudah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Mereka juga pernah gagal. Tetapi mereka tidak serik dengan kegagalan mereka. Mereka terus mencuba dan mencuba. Nah, kesannya, mereka sudah berada di puncak kejayaan. Di sini, saya ingin berkongsi kata-kata motivasi untuk anda semua. Maaf, saya tidak tahu sumber asal kata-kata motivasi ini. Sudah lama tersimpan di tempat saya. Apa-apapun, selamat mencuba dan selamat berusaha!


Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal
Ia bermakna saya belum lagi berjaya.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa-apa
Ia bermakna banyak perkara telah saya pelajari.

Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan
Ia bermakna saya ada keyakinan untuk mencuba sesuatu.

Kegagalan bukan bermakna saya ini lemah dan tak bermaya
Ia bermakna semangat juang saya telah dicabar.

Kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan
Ia bermakna saya berani meneroka bidang yang baru.

Kegagalan bukan bermakna saya tak mendapat apa-apa kejayaan
Ia bermakna kini saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain.

Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercalar
Ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna.

Kegagalan bukan bermakna saya telah membazirkan hidup
Ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan hidup yang baru.

Kegagala bukan bermakna saya perlu menyerah kalah
Ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi.

Kegagalan bukan bermakna saya tak mungkin akan berjaya
Ia bermakna banyak lagi usaha yang perlu saya curahkan.

Kerana orang yang tidak pernah gagal
Adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa!

p/s: Saya rekomenkan anda untuk membaca buku Dare To Fail tulisan Billi Lim. Buku ini sangat bagus!

4 comments:

Paan Ovrtd said...

Ingat x buku Dare To Fail to pernah jadi clue untuk satu contest RTM dulu? Masa tu kemain ramai yang masuk. Nasib baik x menang. Yang menang komplen hadiah x dapat2.

squesha said...

Dik An,
em.tak ingat sgt la.contest apa tu ea?

SiQaH HuSSiN said...

sukalah post ni pasal kegagalan.
well setiap orang akan melaluinya kan.
awk ambik ni dari buku dare to fail ke?
nak cari di mana ye?

squesha said...

SiQaH,
thx! semuanya sy tulis sendiri.kecuali kata-kata motivasi itu.sy tdk ambil dari buku tu,tp sy pernah membacanya.

cuba cari di kedai2 buku ataupun kmu boleh cek kat sini

http://www.daretofail.com