December 8, 2009

MARAH

Selama dua hari membantu ibu saudara di sebuah kedai makan, banyak memberi pengajaran kepada saya. Macam-macam jenis perangai orang yang saya jumpa. Jika makanan sedikit lambat dihantar, pelanggan marah. Jika tidak ada yang melayan, pelanggan marah. Mungkin itu kelemahan kami kerana kami baru sahaja beroperasi. Baru sehari dua, bukannya sepuluh tahun. Tapi tidak mengapalah, itu hak mereka sebagai pelanggan. Yang kami boleh lakukan hanyalah berdiam diri dan buat yang terbaik.

Tetapi keadaan ini membuatkan saya sedar, betapa benarnya kenyataan "cuba letakkan diri anda di tempat mereka".

Mungkin anda pernah menghadapi situasi sebagai pelanggan di mana makanan anda lambat sampai, mungkin juga anda geram kerana tidak ada yang melayan anda. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin kelambatan itu disebabkan oleh tukang masak yang tidak cukup, atau mungkin beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Cubalah seketika anda fahami situasi mereka, jangan mudah hilang kesabaran. Bukankah sabar itu separuh dari keimanan? Betapa beruntungnya kita jika kita benar-benar mengamalkan kesabaran. Tidak ada yang rugi. Bahkan kita akan berasa tenang dan aman.

Jika anda masih mahu marah, saya ajak anda untuk berada di tempat mereka. Kalau hari ini anda sebagai pelanggan yang marah, cubalah anda bekerja sebagai pelayan restoran. Pasti anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Be patient and understanding. Life is too short to be vengeful or malicious. -phillip brooks.

4 comments:

Budak Pensel Yazid said...

memahami itu penting..ia bagaikan rempah kehidupan..

squesha said...

Budak Pensel,
betul.memahami adalah kuncinya.

i'm_siCK_n_tiReD said...

slalu jugak kena situasi camnie.. tapi sy jarang nak cepat marah sebab sesuatu yang berlaku mesti ada sebab disebaliknya.. tak leh nak tuduh melulu.

squesha said...

sidd,
yup,cari penjelasan dulu.itu yg terbaik.kena apply sabar dlm semua situasi.kan?