August 30, 2009

Merdekakah Kita?

Mengikut kamus, merdeka didefinisikan sebagai bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, tidak bergantung pada yang lain, berdiri sendiri.

Dan itulah yang biasanya dijawab oleh orang ramai apabila ditanya pengertian merdeka bagi mereka.

Persoalannya, merdekakah kita?

p/s: Baru-baru ini, saya terlihat sesuatu di televisyen. Seorang pemuda ditanya apa yang menarik tentang Malaysia, dan jawapannya: makanan yang sedap.

Apa guna makanan yang sedap kalau ianya tidak dapat dikongsi oleh semua lapisan masyarakat? Masih ada yang dibelenggu kemiskinan. Inikah yang dikatakan merdeka?

4 comments:

nami o fish said...

Perlembagaan Lord Reid keluar idea
Bendera kita macam bendera Amerika
Lagu negara macam muzik orang Hawaii berdansa
Apa benda yang merdeka?

Zaman Jepun makan ubi kayu
Kat Sabah ada yang makan siput babi ulat sagu
Depa kata kita bahagia sebab ada Proton Saga
Itu ke sebab kau panggil kita merdeka?

Merdeka itu bila semua marhein bebas dan bahagia
Tidak ada raja tidak ada penguasa
Merdeka itu wujud bila semua manusia adalah sama
Satu bangsa manusia,tanpa benci tanpa sengketa

Budak Pensel said...

Merdeka dari segi penjajahan betul.
Erti merdeka nie kene kira dari sudut positif, dimana kita rakyat malaysia sudah berbilang kaum, dan dapat bekerja antara satu sama lain.

Apabila kita berfikiran positif, semuanya akan jadi lebih baik.

Sekurang-kurangnya, kita telah bebas dari cengkaman penjajah, dan sekurang-kurangnya kita boleh melaungkan azan dan bebas untuk bangsa lain menjalankan tuntutan agama masing-masing. Sekurang-kurangnya.

Anonymous said...

Malaysia hanya merdeka di atas kertas putih walhal masih dijajah budaya dan mentaliti. Terlalu mengagungkan barat.

-izaan-

e s r e e f Armagan said...

ape bende yang merdeka !

kalau zaman dulu kire belum merdeka la...

apalah nasib...

manusia ini binatang berakal..