August 18, 2009

Pelajaran Berharga

Selama tiga hari berkampung di sebuah daerah, terdapat banyak pelajaran berharga yang saya peroleh. Tempat yang saya maksudkan ini adalah sebuah perkampungan kecil, agak jauh dari pekan.

Saya lihat, seorang anak kecil berusia 12 tahun dengan sendirinya membasuh kasut sekolah, menjemur kain, mengangkat kain, memasak, semuanya tanpa disuruh oleh sesiapa pun. Kanak-kanak di bandar, harapan dan pergantungan mereka adalah ibu atau orang gaji mereka.

Saya lihat, sekumpulan kanak-kanak, bermain basikal dengan riangnya. Yang ada cumalah imaginasi 'taman permainan' mereka. Ketika itulah saya terfikir apakah mereka-mereka yang tinggal di bandar ini terlalu manja? Manja dengan kehidupan yang terlalu selesa dan mewah? Kanak-kanak di bandar ada PSP, TV, panggung wayang, komputer dan segala-galanya. Malah, seawal darjah 2, mereka sudah mempunyai handphone yang canggih-canggih.

Saya lihat, kanak-kanak di kampung itu, mengisi masa lapang mereka dengan bermain gong di acara-acara keramaian, selain bersekolah. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di bandar? Cybercafe adalah rumah kedua mereka.

Betapa bertuahnya kita yang hidup di bandar ini kerana dengan mudahnya kita akan dapat apa sahaja yang kita mahukan. Mahu makan makanan sedap seperti KFC, pergi sahaja ke lokasi yang berdekatan. Mahu hilangkan kebosanan, laptop ada di sebelah. Mahu membasuh kain, gunakan sahaja washing machine atau paling mudah, pergi sahaja ke laundry.

Ada ketikanya kita harus mengingati mereka yang tidak pernah hidup mewah dan selesa seperti kita. Bersyukurlah dalam kita menikmati kurnia-Nya. Kadang-kadang, kita terlalu enjoy dengan segala-galanya hingga kita terleka semuanya itu hanya pinjaman semata-mata.

2 comments:

Wea said...

Ciek Nur.. your posting has touched my heart...

Untuk bermimpi indah, kita sering melihat ke langit...
Pandanglah ke atas untuk membuatmu bersemangat bahwa perlu perjuangan keras untuk bisa sampai ke sana...

Tapi kita juga harus melihat ke bawah... bahwa seberapapun rejeki yang kita miliki ada hak mereka untuk berbagi sedekah...
Tidak semua orang bisa beruntung...

Kata Serieus Band from Indonesia,
"Rocker juga manusia.. yang punya hati dan rasa"...
Mereka juga manusia yang seharusnya pantas untuk merasakan kasih sayang...

Sh. Nursyahidah said...

Wea,
thanks.benar.apa yang terbaik untuk kita lakukan adalah bersyukur dan berkongsi kesenangan kita itu dengan orang lain.mudah-mudahan Allah s.w.t melimpahkan rezeki kepada kita semua.