February 12, 2009

Honk! Honk!

Sudah setahun saya memandu berulang-alik dari rumah ke universiti. Macam-macam pengalaman yang saya peroleh. Sudah banyak ragam pemandu kereta, penunggang motosikal dan pejalan kaki yang saya saksikan. Ada yang berhemah, ada yang cukup berbahaya. Saya akui saya bukanlah pemandu yang sangat cekap, tapi tidaklah sehingga saya melupakan amalan keselamatan jalan raya yang harus dipatuhi. Saya sangat benci apabila terdapat segelintir pemandu yang memotong barisan. Sikap ini bukan sahaja biadab tetapi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kelmarin, saya memandu di lorong kanan dalam had laju yang betul. Di belakang kereta saya, ada sebuah sport car yang menghampiri dalam jarak yang begitu dekat. Saya berpindah ke lorong kiri untuk memberi laluan kepada kereta itu. Sport car itu terus memecut laju. Saya biarkan sahaja. Saya terus memandu dan terserempak semula dengan kereta itu di traffic light. Saya tersenyum sendiri.

"Mentang-mentang sport car, mau bawa laju-laju. Tapi last-last jumpa kat traffic light juga!"



Di sini, saya ingin berkongsi beberapa amalan keselamatan jalan raya* yang wajib kita patuhi.

  • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong
  • Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius

*sumber: panducermat.org.my

No comments: