February 13, 2009

Adakah Kau Lupa?




Adakah Kau Lupa- Alarm Me

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Wahai saudara seagamaku, teruskan perjuangan kita agar Islam dapat bangkit dan bangun semula. Janganlah kita lupa akan sejarah dahulu di mana Islam pernah berjaya dan berkuasa. Kejayaan pejuang-pejuang Islam dahulu hasil dari keimanan dan ketaqwaan yang benar-benar kuat. Mereka ikhlas berjuang di jalan Allah. Mereka berjihad kerana Allah s.w.t semata-mata. Konsep jihad itu sendiri amat luas pengertiannya. Bukan hanya dengan mengangkat senjata dan berjuang di medan perang. Jihad yang paling utama adalah jihad menentang hawa nafsu. Itulah jihad yang paling besar. Jika kita tidak berjihad menentang hawa nafsu, maka ummah akan cenderung untuk melakukan dosa. Kita juga perlu berjihad untuk menentang maksiat. Ini penting demi mengelakkan dari terjadinya masalah sosial. Apabila masalah sosial terjadi, sudah tentu akhlak dan moral turut runtuh. Dan apabila akhlak ummah terjejas, bagaimana kita ingin melihat agama kita berjaya seperti suatu kala dahulu?


"orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan"
- Syed Qutb