March 21, 2009

Saya 21 Tahun!

Tanggal 20 Mac 1988 bersamaan dengan 1 Syaaban 1408 (Ahad) merupakan tarikh lahir saya. Dari saya lahir sehinggalah ke sekarang, pelbagai peristiwa pahit dan manis telah saya alami. Peristiwa-peristiwa seperti inilah yang membuatkan saya lebih dewasa untuk mencari maksud kehidupan ini dengan lebih baik. Sudah menjadi adat resam didalam kehidupan, yang di atas tidak semestinya terus di atas, dan yang di bawah tidak semestinya akan di bawah selama-lamanya. Saya pernah menangis kerana duka dan pernah gembira kerana suka. Tetapi menjadi prinsip dalam hidup saya, yang pahit tidak membuatkan saya jatuh, dan yang manis tidak akan membuatkan saya terus terleka. Saya bersyukur sangat-sangat kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk terus bernafas di bumi-Nya ini. Insya Allah, peluang yang diberikan akan saya gunakan sebaik-baiknya. Saya berjanji untuk menjadi lebih baik. Saya akan cuba untuk memperbetulkan diri saya. Saya akan berusaha untuk mendekatkan diri pada-Nya.

Mungkin ada yang tidak mengenal siapa saya yang sebenarnya. Saya bernama Sharifah Nursyahidah. Memakai cermin mata sejak di sekolah rendah lagi. Seorang yang biasa-biasa sahaja. Saya mungkin ada waktunya sangat pendiam, tapi ada ketikanya saya boleh menjadi seorang yang sangat 'gila'. Saya suka berangan-angan tapi saya akan pastikan antara angan-angan saya itu, ia mestilah dicapai. Saat ketika di bangku sekolah menengah adalah saat yang paling saya rindukan. Ini kerana di situlah saya memperoleh banyak pengalaman. Saya pernah menjadi pengawas pusat sumber, pernah menjadi DJ radio sekolah, pernah menjadi penolong ketua kelas dan macam-macam lagi. Pengalaman menjawat pelbagai posisi memang memenatkan tapi memberi 1001 pengajaran. Saya sangat mengemari puisi-puisi (saya pernah menyertai pertandingan deklamasi puisi/sayembara) dan saya juga pernah menyertai pertandingan bahas ala parlimen. Saya mempunyai tali pinggang purple brown dalam karate-do. Saya rasa kebanyakan dari pertandingan yang saya sertai adalah inspirasi dari kakak-kakak saya. Saya tidak mahu kalah. Saya mahu menyimpan lebih banyak piala dan sijil dari mereka (saya berjaya melakukannya!). Apa lagi tentang saya? Saya suka menulis. Saya suka membaca. Saya suka kucing. Saya suka coklat. Saya suka buku. Saya pendek. Saya kurus. Saya perempuan. Saya Muslim. Saya penuntut universiti. Saya ada Friendster. Saya ada Facebook. Saya ada kawan. Saya ada keluarga. Saya minat seni. Saya minat Malique. Oh ya, saya 21 tahun!

*sekadar catatan sahaja...

6 comments:

Qarma Musiq said...

much love and respect, stay positive. myspace.com/maliqueibrahim

squesha said...

malique? thx a lots!!

Anonymous said...

OMG! malique was here~~

again-happy birthday sha!! ^^,
so nice owh ur post on yr bday tue..

squesha said...

sy pun terkejut ni!!
ya,thx byk2!!
biasa2 ja tu.hehe :p

Rashid said...

Moga tak terlambat mengucapkan selamat hari lahir buat sh nursyahidah.. moga panjang umur, murah rezeki.. senyum sokmo..

wah banyaknya anugerah..

eee tali pinggang .. lariks!!

squesha said...

terima kasih cikgu!!

moga cikgu pun panjang umur, murah rezeki & sihat selalu.

hehe.ni pengalaman di maktab sabah cikgu.memang rindu & best~