March 15, 2009

BANGKIT




Saya tidak pernah mencuba untuk mendengar dan menghayati betul-betul karya M. Nasir ini. Apabila saya mendengar lagu ini dibawa oleh Qhaud AF7 semalam, barulah saya sedar bahawa liriknya benar-benar indah. Pada pendapat saya, ia menceritakan tentang semangat untuk kita bangkit dari sesuatu. Mungkin semangat untuk kita bangkit dari sebuah kekalahan. Jangan sesekali biarkan semangat kita itu goyah dan rapuh. Kita tidak perlu takut kepada diri sendiri. Iya, kita harus berani. Kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Jika kita ingin ke seberang, binalah jambatan yang kukuh dan teguh. Biarlah apa yang kita lakukan itu semuanya berpandukan pada al-Quran. Itu pedoman kita di dalam hidup ini. Kita perlu sedar bahawa di sebalik kepayahan kita dalam mencapai sesuatu, insya Allah kemenangan itu pasti akan ada.


Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina semula satu keindahan baru

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju ke seberang
Dengan darah keringat dan airmata
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

No comments: