September 5, 2009

Kad Raya

Masih saya ingat lagi dahulu, kedatangan posmen sudah semestinya ditunggu-tunggu. Bila ada kad raya, cepat-cepat dibuka sampul itu. Ingin tahu siapa yang menghantarnya. Isi kandungan kad raya biasanya hampir sama. Bertanya khabar, balik kampung mana tahun ini, baju raya warna apa, kuih dibuat sendiri atau ditempah, semuanya mengenai persiapan raya. Yang pasti, kad raya itu akan dibalas secepat mungkin. Terasa bangga juga apabila jumlah kad raya yang diterima lebih dari yang lain. Iyalah, bila ada yang menghantar kad raya, itu tandanya dia ingat pada kita.

Namun, peredaran masa menyebabkan kad raya sudah digantikan dengan alternatif yang mungkin lebih baik; SMS. Lebih cepat. Tidak perlu menunggu masa berhari-hari untuk sampai kepada si penerima. Lebih murah. Nak beli kad raya, sekurang-kurangnya RM2 lebih untuk 5 keping. Lagi cantik, lagi mahal lah kad raya itu.

Mungkin kad raya sudah ketinggalan zaman. Apa-apapun, cara manapun yang kita gunakan untuk mengucap selamat hari raya, yang penting adalah keikhlasan kita. Kan?

p/s: masih sempat lagi kah untuk menghantar kad raya?

5 comments:

e l d y said...

ecard sgt femes pd zaman moden ni ..

Sh. Nursyahidah said...

eldy,
slalu guna e-card ke?

BuDakHutaN said...

kad raya lama rasanya lebih nostalgik dan penuh memori..hehehe...
ntuk soalan kada raya sempat kirim lagi tak..rasanya sempat...

Sh. Nursyahidah said...

BuDakHutaN,
jom,kita tukar2 kad raya.ehehe =p

Basuh Baju said...

sempat je nak hantar..selalu seminggu sebelum raya..

ps: skrg ni kirim guna blog pulak..hehe