December 31, 2010

Entri Terakhir 10

Lagu-lagu di bawah menggambarkan situasi yang saya lalui sepanjang tahun 2010. Tahun ini tahun yang mencabar yang mengajar saya untuk lebih bersabar. Memang banyak dugaan tapi itu tidak mematahkan semangat saya. Sejujurnya, dalam banyak-banyak tahun, ini tahun yang paling saya suka dan hargai. Saya anggap tahun ini adalah satu anugerah yang terindah. Saya juga melihat dalam tahun ini, begitu banyak orang berubah, dari A ke B dan dari B ke A. Saya masih disini, still the same old me.












December 29, 2010

No. 22


Malam ini, kemenangan agregat pasukan Malaysia disebut-sebut di twitter, facebook, blog dan sebagainya

Malam ini, kehebatan Khairul Fahmi menjaga gawang Malaysia semakin dikagumi ramai

Dan malam ini, jumlah gadis-gadis yang menjadikan Khairul Fahmi sebagai hero mereka bertambah banyak

"Kepada hero saya,
Selamat!"


"A hero is an ordinary individual who finds the strength to persevere and endure in spite of overwhelming obstacles" - Christopher Reeve

December 28, 2010

I Wish

I wish but I can't
and the wishlist is still there

I wish but I know
the list items might never be crossed off

I wish but I couldn't
because of other's wish



I wish I was a neutron bomb, for once I could go off
I wish I was a sacrifice but somehow still lived on
I wish I was a sentimental ornament you hung on the Christmas tree
I wish I was the star that went on top
I wish I was the evidence
I wish I was the grounds for fifty million hands upraised and opened toward the sky

I wish I was a sailor with someone who waited for me
I wish I was as fortunate, as fortunate as me
I wish I was a messenger, and all the news was good
I wish I was the full moon shining off a camaro's hood

I wish I was an alien, at home behind the sun
I wish I was the souvenir you kept your house key on
I wish I was the pedal break that you depended on
I wish I was the verb "to trust", and never let you down

I wish I was a radio song, the one that you turned up
I wish, I wish, I wish, I wish
I guess it never stops

December 24, 2010

Buli Bah Kalau Kau!

Saya dilahirkan dalam keluarga yang menghormati kepelbagaian. Bapa saya berketurunan India-Pakistan, manakala ibu saya adalah seorang Sino-Kadazan. Kami bukan sahaja menyambut dua Hari Raya bagi umat Islam, tapi juga meraikan hari besar bagi saudara-mara kami yang menganuti agama Buddha dan Kristian. Ketika Tahun Baru Cina, kami sudah tentu akan menghadiri open house mereka. Limau Mandarin dihidang, dan angpau diberi. Begitu juga apabila 25hb Disember tiba. Pasal makanan dan minuman, kami tidak bimbang kerana mereka sudah maklum akan pantang dan larang kami sebagai Muslim. Dalam keluarga besar kami, bukan keluarga saya sahaja yang Muslim, tapi beberapa keluarga lain juga.

Ketika Hari Raya, mereka akan bertandang ke rumah kami dan saudara-mara lain yang Muslim. Tidak dengan tangan kosong tapi dengan buah tangan sebagai tanda berkongsi kegembiraan menyambut hari besar kami. Begitu jugalah dengan kami, pasti akan membawa sesuatu untuk menunjukkan rasa hormat. Tidak ada prejudis mahupun diskriminasi dikalangan kami. Kami boleh tidur sekatil, makan sepinggan, minum segelas, semeja dengan senang hati. Tidak ada puak-puak. Perkara sebegini andang-andang di Sabah (dan juga Sarawak), tapi mungkin menjadi sesuatu yang unik bagi mereka yang tidak tahu.

Dengan kumpulan etnik, bahasa dan dialek yang berpuluh-puluh, kepelbagaian agama dan budaya tidak pernah membezakan kami. Saya pernah mendengar cerita ada kebimbangan untuk tinggal sebilik dengan orang Sabah/Sarawak yang beragama lain dari mereka. Mereka takut didoktrinkan dengan agama tersebut. Lagi takut apabila melihat rakan sebilik meletakkan Rosemary dan Bible di bawah bantal. Jangan paranoid kerana mereka tidak pernah menimbulkan rasa takut mahupun benci apabila anda membaca al-Quran, meletakkan buku Yassin di bawah bantal anda, ataupun ketika anda menunaikan solat fardhu. Malah, ada yang akan bertanya "Uina, jam berapa sudah ni? Sudah sembahyang ka kau?"!

Kalau anda berjumpa dengan orang Sabah, tanyalah, orang manakah dia. Saya pasti dia akan menjawab "Aku orang Sabah bah", tanpa merujuk kepada bangsa atau keturunannya. Itupun sekiranya disoal dengan lebih lanjut. Selain makanan yang sedap-sedap terutamanya seafood yang fresh, orang Sabah juga tidak sombong dan luki dengan senyuman. Jika mereka ingin lalu di depan anda, mereka akan menyebut "limpas dulu aaa" sebagai tanda hormat mereka. Di sini, setiap daerah atau tempat pasti akan mengadakan tamu sama ada di hari minggu atau hari biasa. Tiap tahun tamu yang dinantikan adalah tamu besar di Kota Belud. Bagi mereka yang mencintai keindahan alam, Sabah adalah jawapan anda. Selain Gunung Kinabalu, ada Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo), Maliau Basin, Pulau Sipadan dan macam-macam lagi. Silalah datang ke sini, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Mana tau ada peluang, saya sendiri akan bawa anda bersiar-siar di kotaraya Kota Kinabalu!

andang-andang = memang sudah begini
luki = kedekut
limpas = lalu

p/s: Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, biru-biru hujung Kinabalu, tengok dari jauh hati saya rindu. Buli bah kalau kau!

December 17, 2010

Lalala Kerjalah

Lima minggu. Itu lah cabaran kami. Mencari peluang sebaik mungkin. Buku log terisi, report penuh dan pengalaman diambil.

Menunggu hari pertama, memang excited. Awal pagi sudah bersedia, sudah terpacak di depan office. Konon-konon mau bagi first impression. Orang yang bertanggungjawab menyelia saya dan kawan saya, En. Iwan memanggil kami dan meminta kami masuk ke dalam biliknya. Dia bagi sedikit briefing tentang perjalanan latihan praktikal yang akan kami hadapi. Kemudian, dia memperkenalkan kami dengan staff di sana.

Mula-mula, ingatkan semua staff serius-serius orangnya. Yalah, kebanyakan mereka lulusan agama dan bergelar ustaz. Ok, ini mungkin sudah satu stereotaip. Tapi seriously, baru sehari berada di sana, seolah-olah sudah bersama mereka selama bertahun-tahun! Memang friendly habis diorang!

Staff yang paling rapat dengan kami, Abang Acad. Tiada dia, memang sunyi office sebab dia lah yang paling kuat mengacau. Tengah buat kerja, boleh pula dia kacau laptop saya. Kalau ada orang datang di kaunter, mesti saya yang dipanggil. Jangan ingat saya tiada serangan balas. Kalau dia di tempat lain dan ada ramai orang di kaunter, saya sengaja panggil dia. Lepas tu, saya berpura-pura menyibukkan diri dengan kerja lain. Biar dia handle sendiri. haha.

Itu Abang Acad. Abg Aladin a.k.a abang DJ pun best juga. Ada masa, mesti dia ke tempat saya dan kawan saya. Bawa bercerita, ajak kami minum, belikan kuih dan sebagainya. Paling terharu, dia belanja saya dan rakan-rakan sepraktikal makan di sebuah restoran walaupun gajinya sebagai driver cuma cukup-cukup makan sahaja. Sebelum kami ke restoran itu, dia ada singgah sebentar di bank. Ambil duit. Ingatkan untuk apa, rupa-rupanya dia sudah pasang niat untuk belanja kami. Terima kasih Abang Aladin! Masuk ini, sudah 3 kali orang belanja makan sepanjang kami praktikal. Rezeki, rezeki.

Abang Akmal, pun baik orangnya. Dikenali sebagai PJJ atau Pegawai Jalan-Jalan. Setiap hari, ada saja dia ke office kami walaupun officenya terletak di blok lain. Apa yang menarik, perwatakan, penampilan, senyuman dan cara bercakap Abang Akmal ini mengingatkan saya dengan kawan saya di Indonesia. Angga namanya. Aduh, bisa jatuh hati gini! haha.

Ok, habis sudah bahagian pengenalan. Kadang-kadang, saya dapat lihat apa yang kita belajar di kuliah atau teori tidak sama dengan apa yang boleh dipraktikkan di dunia sebenar. Malah, kita tidak terfikir untuk mengaplikasikannya langsung! Mungkin ketika belajar, kita punya hati yang mudah tersentuh. Tapi ketika sudah bekerja, kita kena keraskan hati, lebih-lebih lagi apabila harus berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang jujur, ada yang berlakon semata-mata.

Tempat yang saya praktikal, ada berkait rapat dengan bantuan kepada yang memerlukan. Ada yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan, kecemasan dan sebagainya. Apabila ada yang datang meminta bantuan kecemasan, disitu kita harus bijak mengesan penipuan. Ada yang mengaku gila, ada yang mahu balik kampung setelah isterinya hilang tiba-tiba, ada yang kononnya terlibat dalam kebakaran dan sebagainya.

Satu lagi, apabila mereka datang dan menceritakan masalah mereka, saya rasa sebak. Macam-macam boleh terjadi dengan sesiapa sahaja. Ada yang isterinya dilanggar dan menunggu hari untuk dicabut nyawa, ada yang dibuang keluarga hanya kerana memeluk agama baru, ada yang dituduh melanggar - walhal dia tidak berada di tempat kejadian, ada yang menghidap kanser dan lumpuh separuh badan, ada yang boleh diserang epilepsi bila-bila masa, ada yang anaknya berumur 4 bulan mempunyai masalah jantung berlubang dan banyak lagi. Masa ini lah kena tahan hati, untuk tidak mengeluarkan air mata. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan mereka. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ada 1 minggu lagi tinggal. Rasa happy pun ada, sebab boleh berehat seminggu sementara semester baru bermula. Rasa sedih pun ada, sebab banyak kenangan mahupun pengalaman yang mengajar erti kehidupan. Sememangnya, hidup ini memerlukan kita untuk pantas mengadaptasi mengikut situasi dan keadaan. Ada masa kita empathy, ada masa kita kena keras hati.

December 15, 2010

Kerana Aku Bukan Tuhan

Mungkin aku ada cakap, tapi tak pernah bikin
Mungkin aku kata tidak, tapi sebenarnya iya
Mungkin aku berpura-pura, tapi dalam kejujuran
Mungkin aku bersuka-ria, tapi sedang dukacita
Mungkin aku kuat, tapi masih punya kelemahan
Mungkin aku bodoh, tapi itu lah kepandaianku
Mungkin aku bersalah, tapi mana kebenarannya
Mungkin aku patut lenyap, tapi aku menunggu the real sang algojo

Mungkin semua ini mungkin
Ada khilafnya, ada cacatnya, ada hodohnya

Kerana aku manusia kecil
Masih yang dulu, tetap sama

Dan
Kerana aku bukan tuhan

December 14, 2010

Hachiko


Ya, cerita ini sudah lama. Tapi dua tiga minggu yang lepas baru saya berpeluang untuk menontonnya, dan baru juga hari ini saya ada kesempatan untuk menulis sedikit catatan pendek.

Bagi mereka yang sudah menonton dan menyukai cerita Marley and Me, cerita Hachiko, a Dog's Story adalah filem yang wajib ditonton. Hachiko, a Dog's Story adalah kisah benar yang berlaku di Jepun di mana wujud satu hubungan yang akrab antara seekor anjing bernama Hachiko dan tuannya. Mula-mulanya, Hachiko cumalah seekor anjing yang sesat dan terlepas dari kandangnya di sebuah stesen kereta api. Dia ditemui oleh seorang professor yang telah menjaganya buat sementara waktu sambil menunggu tuan sebenarnya datang menuntut. Lama kelamaan, setelah pertelingkahan kecil antara professor dan isterinya, akhirnya Hachiko mendapat greenlight untuk terus tinggal di rumah mereka.

Setiap hari, menjadi kebiasaan bagi anjing itu untuk menghantar tuannya ke stesen kereta api. Dan setiap hari juga lah, anjing itu akan menunggu tuannya balik dari kerja, di tempat yang sama. Suatu hari, tuannya mati secara mengejut ketika sedang mengajar di universiti. Hachiko terus setia menunggu. Di hari pengkebumian, Hachiko masih lagi menunggu. Anak perempuan professor tersebut, cuba membawanya balik tapi gagal. Hachiko mahu terus berada di stesen itu, menunggu tuannya. Keadaan ini berlanjutan sehingga 9 tahun di mana anjing itu terus menunggu sampailah dia mati.

Kesetiaan Hachiko ini sangat dihormati dan menjadi bualan sehinggakan beberapa tugu dibuat khas untuk memperingatinya. Seperti di Shibuya Station, tempat sebenar dia menunggu tuannya. Mungkin cerita ini nampak biasa-biasa sahaja dan tidak banyak dialog, tapi perjalanan ceritanya mampu bermain dengan emosi kita. Saya sendiri sebak menonton cerita ini, lebih-lebih lagi apabila tamat riwayat Hachiko. Dia terus menunggu seperti tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dengan tuannya. Kalaupun dia tahu, dia terus menunggu kerana kesetiaan yang kuat. Dia tidak mengharap apa-apa balasan atas penantiannya itu, kerana baginya, ia berbaloi demi sebuah hubungan kasih sayang.

I understand how you feel. Hachi, my friend, Parker is never coming home. But if Hachiko wants to wait, then Hachiko should wait. You want to wait for him, don't you? Have a long life, Hachi.

December 11, 2010

Years From Now

Alhamdulillah, nasib baik masih menyebelahi saya. Result exam baru sahaja keluar dan sekali lagi, keputusannya sama dengan semester lepas. Tapi entah kenapa, di dalam kesyukuran saya itu, saya tidak merasa gembira. Mungkin kerana saya terlalu berfikir tentang apa yang akan terjadi selepas ini. Ada 1 semester lagi dan selepas itu, saya harus menentukan hala tuju saya. Sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal dan pengalaman yang saya ambil ketika ini akan menjadi antara pengaruh kepada keputusan hala tuju saya nanti.

Saya sedang berfikir-fikir, sama ada ingin menyambung Master, atau bekerja dahulu. Berdasarkan pencapaian saya, ada yang mengharapkan saya mengambil biasiswa dan menjadi pensyarah. Pasal biasiswa, itu satu tawaran yang menarik. Saya kira-kira, jika biasiswa ini pilihan saya, saya ingin memohon di luar negara. Tapi saya tidak ada minat, kemahiran dan keyakinan untuk menjadi pensyarah. Kalau saya bekerja dahulu sementara mencari pengalaman, kerja apakah? Saya risau-risau kalau saya tidak mendapat kerja yang bagus. Barangkali bekerja dahulu, sambung Master kemudian, adalah yang terbaik, tapi entah kenapa, saya rasakan, banyak lagi yang perlu saya belajar. Banyak lagi yang perlu saya explore. Ilmu yang ada pada saya, masih kurang. Ah, mungkin betul lah kata kawan saya, saya ini seorang yang terlalu mencuba untuk menjadi yang terbaik. Saya terlalu push diri sendiri.

what will i be years from now
what will i wear how will i look
i think too much i think too much

sometimes its scary over thinking
what you have or haven't done
you think too much you think too much

will the rain smell the same
will our loosing trentrous game
and the star much shine
the color seems so blurry

(years from now - aizat)

December 8, 2010

December 4, 2010

Rumah Baru 4.6

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Awal Muharram. Dan beberapa minggu saja lagi kita akan meraikan tahun 2011. Yang manis, yang pahit, semua kita rasakan setiap hari, tanpa gagal. Bezanya, tambah tolak sahaja. Tiap tahun, jika dipanjangkan usia, kita akan menyaksikan pertambahan pada angka. Tapi dalam pada itu, kita akan melihat bahawa pertambahan itu hanya lah simbolik sedangkan ada perkara besar yang memberi tanda tentang sesuatu.

Masa beredar. Manusia berubah. Apabila kita diam dari berbicara dan menjadi pemerhati kepada apa yang berlaku di sekeliling kita, kita akan dapat melihat sesuatu yang membuatkan kita berfikir. Rupanya kawan boleh jadi lawan. Rupanya matang bukan pada umur. Rupanya manusia memang berpenyakit hati.

Tahun ini, saya rasakan tahun yang agak sibuk dan mencabar. Tapi saya enjoy dan saya nikmati setiap yang saya lalui walaupun perkara itu menyakitkan. Mudah-mudahan kita semua boleh berpindah dari rumah lama ke rumah baru.



Janganlah bersedih
Janganlah merintih
Sabarlah Tuhan ada bersama kita

Malam wujudnya sang pelangi
Siang disinari rembulan
Mungkin pelik kata bunyinya
Cuma mahu celikan mata

Barang lepas perlu dikenang
Salahsilah usah dibuang
Untuk tentu ke mana arah
Walau belum tahu esoknya

Lenyapkanlah benci di hati mu
Mari menyanyi lagu ini
Wowow lalalalalalalalala
Lalalalalalalala

Moga moga ia menghibur
Gundah di hati kau dan aku
Wowowwowow
Lalalalalalalalala
Lalalalalalalala

November 19, 2010

Tahun Dua.

Hari ini sudah dua tahun blog ini wujud. Saya melihat post-post saya yang lama, dan saya tersenyum. Saya dapat merasakan satu perjalanan iaitu dari satu titik ke satu titik yang lain. Tulisan yang lama agak kebudak-budakan. Tulisan yang sekarang, saya rasakan lebih baik dan masih ada banyak kekurangan. Tapi tidak mengapa, itu satu proses pembelajaran. Menulis adalah satu bentuk ekspresi, eksperimen dan eksplorasi. Cuma kadang-kadang saya tidak tahu, apa yang saya harus tulis? Untuk apa? Dan ke mana?

Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak kepada yang singgah, yang memberi komen, yang menjadi silent reader, yang menjadi kawan saya dan sebagainya.

November 16, 2010

Nikmat & Korban



Kita sering terlupa.
Bila nikmat ditarik perlahan-lahan dan satu demi satu, kita akan merasakan betapa dekatnya kita dengan kematian. Ada yang berjaya tersedar dan kekalkan momentum itu, namun ada juga yang terleka lagi. Tidak kurang, ada yang masih dibuai mimpi semalam.

Nikmat itu manifestasi cinta.
Bersyukur itu manifestasi cinta.

Kita sering ragu-ragu.
Bila sesuatu perkara memerlukan pengorbanan, kita akan berfikir dua kali. Sedangkan kebaikan itu sangat besar. Ada yang berkorban wang, ada yang berkorban masa dan ada yang berkorban untuk tidak berkorban. Sesungguhnya jika sesuatu perkara itu menuntut pengorbanan yang kita tahu menuju ke jalan baik, berkorbanlah. Janji Tuhan pasti berlaku.

Pengorbanan itu manifestasi cinta.
Janji Tuhan itu manifestasi cinta.

La taqlaqu wa la tahzanu
Fainna hubbaIlahi dauman ma'akum
HubbuHu huw al-a'la wal-ajmal
InnaHu hubbun haqiqiyyun lil jami'

Usah kau resah usah kau gelisah
Kerana sesungguhnya cinta Allah tetap bersama kamu semua
CintaNya adalah cinta yang tertinggi dan yang terindah
Sesungguhnya Dia lah cinta yang hakiki untuk semua

November 12, 2010

Happy?



Ada yang merasakan puas - lalu dia bergembira
Ada yang sudah menang - lalu dia bergembira
Ada yang berfikir seperti bijak pandai - lalu dia bergembira
Ada yang bergembira - lalu dia berbahagia

Gembira apa pun
Bahagia apa pun
Sila kan, memang dunia ini perlukan lebih kegembiraan
kerana dunia ini sudah dipenuhi dengan kehitaman

Teruskan tersenyum,
senyum itu sedekah, senyum itu seindah suria
Tapi jangan lupa bersyukur atas nikmat yang diberi

Oh ya,
Jangan terlalu bangga,
jangan terlalu besar diri,
dan jangan terlalu kurang ajar.

-the tribe has spoken-

November 11, 2010

1-2-3

1. Dunia ini penuh dengan warna-warni. Apa yang aku lihat, tidak sama dengan apa yang kau lihat. Kita semua berbeza. Dan kelainan itu lah yang menyebabkan dunia ini indah. Tapi, kecantikkannya tidak wajar kita cemari dengan hati yang hitam. Ada pilihan di situ. Sama ada ingin terus membiarkannya sebegitu, atau, membersihkannya seputih yang boleh, atau, apa sahaja yang kita inginkan. Kita punya akal - maka mari lah kita terus berakal.

2. Kita sudah diberi peluang untuk kesilapan yang lepas. Tapi kita tidak belajar dari peluang pertama itu, lalu kita kandas. Kata orang, everyone deserves a second chance. Sekali lagi, peluang kedua itu tidak mengajar kita apa-apa. Apa patut ada peluang ketiga? Sedangkan masa berlalu dengan pantas dan kita harus bersedia membolosi apa yang bakal muncul. Kita tidak boleh menoleh belakang lagi. Jalan kita masih panjang di depan.

3. Bila ada yang memberi dengan cara yang baik, itu hak si penerima sama ada untuk membalas dengan cara yang baik atau sebaliknya. Kalau cara yang sama - itu sopan santun namanya. Si pemberi akan bersabar, kalau-kalau dia dibalas dengan cara yang kurang baik. Bila ada lagi sesuatu terjadi, si pemberi masih boleh bersabar. Sabar itu kan separuh dari iman. Tapi harus diingat - kesabaran itu ada batasnya pada setiap individu, kesabaran itu boleh tercabar kalau sudah di tahap tertentu. Bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.


November 5, 2010

Light

Happy Diwali, Happy Deepavali.

November 1, 2010

Someday

Tulisan demi tulisan bukan menyelesaikan.
Satu hari nanti kita akan berbicara,
kita akan bertemu secara langsung.
Pasti.

October 3, 2010

Bertapa

Sudah tiba masanya saya berehat, bertapa. Lebih-lebih lagi 1st paper saya tidak lama lagi. 26 Oktober. Tinggalkan facebook buat sementara waktu. Mungkin sesekali saya akan menjenguk, mungkin.

Doakan saya dapat menjalani peperiksaan dengan sebaik-baiknya. Doakan saya. Ameen.

September 29, 2010

Berfoya-foya



Ahad kemarin adalah hari yang memenatkan. Dari pagi hingga ke malam berjalan. Seorang kawan, YDP tempat saya, meminta bantuan. Kami bergerak seawal pagi untuk membawa kawan-kawan MPP dari Shah Alam berjalan di sekitar Kota Kinabalu. 4 orang; 3 lelaki dan 1 perempuan. Saya tidak kenal dengan mereka sebenarnya, hanya pernah melihat mereka di TV. Hampir-hampir jatuh hati dengan salah seorang di antara mereka. Haha. Sesekali berfoya-foya memang seronok, dapat lupakan sementara kerja yang bertimbun dan benda-benda lain.

Kesempatan itu, kami bercerita tentang isu-isu semasa. Saya lihat mereka punya azam dan cita-cita yang tinggi untuk membela anak bangsa. Baguslah. Dan apabila diceritakan tentang perancangan mereka untuk masa depan, saya mendapat idea baru untuk diri saya. Mudah-mudahan niat saya jadi kenyataan.

Kemudian, saya menghadiri dinner - mandarin nite. Tiap semester diadakan bagi pelajar-pelajar yang mengambil subjek mandarin. Suka atau tidak, wajib menghadirinya. Makan-ambil gambar-makan-ambil gambar. Itu aktiviti kami pada malam itu. Pada mulanya, ramai yang keberatan untuk menghadiri acara ini tapi saya lihat di akhir majlis, semua gembira dan bergelak ketawa. Ada satu perkara yang saya lihat disini, enjoy the moment while it lasts. Insya Allah, semester depan adalah semester akhir. Selepas itu, masing-masing punya hala tuju. Sama ada ingin melanjutkan pelajaran atau bekerja. Dua perkara yang berbeza, tapi satu persamaan - ada yang akan terpisah, ada yang akan lost contact dan ada yang akan merindui zaman study. Sebab itu, kena menghargai masa yang ada. Kalau sudah terlepas, tidak mungkin dapat kembali. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat itu betul tapi hakikatnya tidak. Usah buang masa, usah buang wang, berseronoklah selagi masih bernafas. Jadikan ia sebuah pengalaman yang berharga.

p/s: Tunggu sampai jadi tunggul
Sabar sampai hilang khabar
Ada sampai jadi tiada

September 23, 2010

Masih Hip Hop

Tahun 2001-02, kami didedahkan dengan hip hop. Masa itu juga lah, muncul break dance, b-boy dan yang seangkatan. Sehinggakan beberapa kawan rapat saya juga menubuhkan satu kumpulan. TBC crew. Headspin adalah aktiviti mereka semasa waktu rehat. Saya hanya memerhati gelagat mereka tapi dalam diam, saya juga meminati Too Phat. Terutama Malique. Antara lagu yang menjadi siulan kami ketika itu adalah - anak ayam, just a friend dan macam-macam lagi. Lirik Malique yang jadi tarikan. Simple, puitis, best. Saya masih ingat lagi, hip hop sangat berleluasa sehingga seorang kawan saya, menjemput satu kumpulan hip hop untuk mengadakan persembahan bersempena hari jadinya. Saya yang dijemput, agak blur dengan keadaan sekeliling - bagaimana saya boleh sampai ke tempat sebegitu. Haha.



Tidak cukup dengan itu, kami juga menjadikan Eminem sebagai penyanyi favourite. "Please stand up", itu ayat wajib kami di kelas. Kalau diteliti, lirik Eminem ni lebih kurang sama sahaja dari dulu sampai sekarang. Kalau tidak pasal hubungannya dengan Kim, mesti pasal drug issue. Tapi minat kami pada hip hop tidak lama, sudah jadi kenangan. Tiada lagi "ya aw aw". Lepas satu tempoh, kami beralih pula kepada Limp Bizkit. Back up back up, Tell me what you are gonna do now, Keep rollin rollin rollin rollin, huh!


p/s: Saya yang masih hip hop.

September 18, 2010

Cerita mIRC

Tahun 1999, masa darjah 5, itulah kali pertama saya menggunakan komputer. Waktu tu, belum ada streamyx, yang wujud hanyalah dial-up connection 1515. Siapa yang ada kedua-dua kemudahan ini dianggap cukup hebat. Tidak ramai yang memilikinya. Berbanding sekarang, boleh dikatakan semua orang memiliki laptop dan juga komputer di rumah. Satu untuk game, satu lagi untuk kerja.

Masa itu juga saya menceburi bidang mIRC. Tapi tidak lah terlalu aktif. Cuma banyak eksperimentasi telah saya lakukan - menyamar sebagai gadis 18 tahun, seorang lelaki dewasa berusia 32 tahun dan juga sebagai diri sendiri ketika itu, 11 tahun. Hasilnya, budak 11 tahun tidak diterima oleh komuniti mIRC, masih lagi budak hingusan kata mereka. Yang menjadi buruan adalah remaja perempuan dan lelaki dewasa. mIRC ni suatu ketika menjadi medium untuk mereka yang mencari cinta.

Iya, siapa tidak tahu frasa ini "hai.a/s/l pls?"
Inilah ayat permulaan bagi seseorang chatter untuk berkenal-kenalan. Dulu saya langsung tidak tahu apa benda a/s/l. Mula-mula saya ingatkan "asal", rupanya age/sex/location. Ok, dekat-dekat lah tu kan.haha.

Masuk sekolah menengah, saya kenal dengan ramai kawan yang baru. Sekolah rendah saya dulu all-girls. Bila sudah berada di tingkatan, kawan lelaki saya lebih ramai dari kawan perempuan. Time ni, adalah zaman kegemilangan mIRC. 2001-2002. Saya sekolah sesi petang ketika itu. Sebelum pergi sekolah, on9. Lepas balik dari sekolah, pun on9 juga. Kalau tidak on9, ada lah yang mencari. Classmate saya, D dan A (bukan nama sebenar) sanggup menelefon rumah saya hanya kerana mIRC. "ui, mana ko? chatting kita".

Time tu, banyak # yang best-best. Sekolah saya ada channel sendiri. Dari channel tu lah berlaku banyak perselisihan faham. Group A dengan Group B. Yang senior dengan yang junior. Saya ingat lagi, masa rehat, diorang datang ke kelas, cari gaduh. Kami semua terkejut. Kawan saya, yang jadi target, sudah siap bersedia dengan senjatanya knuckle. Nasib baik pergaduhan itu tidak jadi, sebab masa rehat sudah tamat.

OP, AOP, SOP, jadi rebutan. Siap ada yang turun pangkat lagi. Bagi seorang founder, cabaran mereka adalah untuk meng-invite seramai orang yang boleh untuk memeriahkan lagi channel. Ada juga yang buat kuiz. Kalau tidak tahu, boleh minta !hint. Kadang-kadang boring, layan kuiz ni best juga. Untuk menambahkan pengetahuan am, haha. Lepas tu, dunia mIRC dihangatkan lagi dengan script. Boleh kick, ban dan war dengan orang lain. Ada juga yang buat script sendiri. Saya tiada kepakaran dalam hal ni, jadi saya cuma download dari Internet, Pokemen Script. (punca komputer saya banyak virus). Haha. Benda ni sudah jadi satu game. Sama juga dengan flood. Siapa yang berjaya kekal dianggap hebat, siapa yang terkeluar, adalah loser.

Sepanjang jadi chatter, banyak nick yang saya gunakan. Nick saya telah menjadi perlian dan juga sindiran. Iya, saya akui saya seorang yang tidak kreatif. Takoseijin - nama cyberpet alien, diorang cakap taiko. Navy Savanna - sejenis warna, diorang cakap saya mahu jadi askar. Sampai ada yang suggest dengan saya nick lain, canggih bunyinya, tapi nasib baik saya check kamus dulu. Kalau tidak, saya akan jadi buruan sex maniac. Haha.

mIRC ni pencetus blind date. Kalau rasa berminat, ada yang ajak berjumpa. Kalau sudah jumpa dan rasa tidak sesuai, terus menghilang. Ramai yang saya kenal di mIRC ni dan masih ada yang berhubung dengan saya sampai sekarang. Tapi dalam banyak-banyak itu, ada dua orang yang sangat signifikan. Satu pernah jadi double, satu lagi hampir jadi - sampai sekarang saya jadi secret admirer orang ini. Yang orang kedua ni, saya sanggup jadi peminat bola hanya kerana dia adalah die hard fan Arsenal. Bila beli The Star, saya selalu baca dari depan. Tapi sebab dia, saya baca ruang belakang dulu. Haha.

Sebenarnya banyak lagi yang mahu diceritakan. Mungkin lepas ni part 2 akan menyusul. Banyak sangat kenangan mIRC ni. Entah masih wujud lagi atau tidak. Paling last saya tahu, tahun 2007. Tapi apa-apapun saya sangat berterima kasih dengan Khaled Mardam-Bey (entah siapa sebenarnya dia ni. kalau on mIRC, gambar dia yang pertama sekali kita nampak. ah, yang saya tahu chat seja). mIRC banyak tolong meningkatkan skill menaip saya, dan juga English. Ya, kalau berchatting dengan orang luar negara, English harus mantap. Haha. Tapi dari mIRC ni juga banyak term baru muncul, macam gtg, afk, brb, nvm, btw, dan macam-macam lagi lah. Oh, sungguh manis kenangan itu. Orang yang lahir 80-an memang cool sebab banyak benda cool yang muncul time ni.

September 16, 2010

Post Mortem Raya 2010

Ada yang cakap raya tahun ni paling best, ada juga yang cakap tidak. Bagi saya, biasa sahaja.

1. Dulu, kedatangan posmen pasti ditunggu-tunggu. Manalah tau ada kad raya. Bolehlah gantung di dinding rumah jadi perhiasan. Lepas tu, e-card muncul. Siap ada lagu raya lagi. Kemudian SMS jadi pengganti. Time ni lah credit cepat habis. Sekarang Facebook sudah jadi tempat wajib, lepas ni apa pula?

2. Zaman budak-budak, hari raya bersamaan hari mendapat duit raya. Itu yang jadi excitement. Tapi bila sudah meningkat dewasa, duit raya sudah tidak dipedulikan sangat. Ada - adalah, tiada - tiadalah. Lagi best dapat duit hasil titik peluh kerana bekerja, bukannya kerana meminta.

3. Mungkin ketiadaan mood raya bagi sesetengah orang kerana dalam satu-satu keluarga, ada yang tidak dapat turut serta merayakan. Ada yang tidak dapat cuti, ada yang beraya di rantauan, ada yang beraya di kampung lain - bila tidak cukup korum, rasa something is missing.

4. Hari raya adalah peluang untuk kita berkumpul dan merapatkan hubungan yang ada. Tidak kurang juga, hari di mana semua orang akan bertanya soalan masa depan.

5. Hari raya juga adalah hari di mana kita tiada pilihan lain selain menonton wayang yang tidak laku tapi dilakukan, cerita hantu yang hantu dan filem arahan Razak Mohaideen yang bosan betul.

September 7, 2010

Monolog-Dialog Ramadhan-Syawal

Dua tiga hari lagi nak raya dan dua tiga hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirai. Aku jumpa sesuatu di bulan Ramadhan ini dan aku berharap akan kujumpa sesuatu yang sudah sekian lama aku cari.

Awal cerita,
semuanya berkecamuk. mencari jawapan bagi setiap persoalan. tiada. rapuh.

Pertengahan cerita,
terumbang-ambing. kejap ok, kejap tidak. masih lagi mencari. mujur ada sokongan yang memberi sedikit kekuatan.

Akhir cerita,
sudah puas mencari. tiada hasil. yang ada cuma lah penat. tapi aku jumpa sesuatu. pilihan dan kawan. buat apa pilih sakit kalau boleh memilih senyuman. buat apa fikirkan pasal orang lain yang belum tentu fikir pasal kita. kawan adalah perkara kedua dalam hidup. perkara pertama adalah keluarga. ya, aku masih lagi jahil, masih lagi lemah. tidak berdaya dan masih lagi tercari-cari jalan untuk meletakkan Tuhan sebagai yang pertama. Maafkan aku Tuhan. Aku rasa selama ini aku sudah buang masa. Ah, ini bukan aku. Aku akan cari aku yang dulu.

Ingatan di hari raya untuk tahun yang sudah, pintu diketuk buat pertama kali. Dan beberapa bulan yang lepas, pintu itu terbuka membiarkan sang tetamu masuk. Ingatan di hari raya untuk tahun yang ini. Pintu itu terpaksa ditutup, meminta agar sang tetamu balik. Yang aku jumpa pada penghujung Ramadhan ini, rindu itu sudah mati. Yang ada adalah rindu kepada mereka-mereka yang sudah pergi. Al-Fatihah untuk hati yang sudah pergi. Al-Fatihah untuk mereka yang sudah pergi.

Suatu kewajipan di hari raya untuk meminta maaf. Jadi sempena hari raya ini, kepada semua yang membaca, saya minta maaf banyak-banyak. Mungkin ada yang rasa menyampah, mungkin ada yang kurang senang, mungkin ada yang salah tafsir, saya MINTA MAAF sekali lagi. Saya cuma manusia biasa yang ada masanya boleh jadi tidak waras dalam berfikir.

Lupakan persengketaan kita. Biar hati jadi lega. Tidak payah gaduh-gaduh, tidak payah menabur curiga. kau aku sama sahaja. Selamat Hari Raya.

September 5, 2010

Macam-Macam (2)

Ok, sejujurnya apa yang ditulis di blog ini, adalah tulisan dari hati. Ada yang berdasarkan pengalaman sendiri, tapi kebanyakan adalah melalui pemerhatian dan luahan rasa kawan-kawan. Semua itu diterjemah ke dalam entri-entri blog ini. Mungkin, secara kebetulan ada kaitan dengan apa yang berlaku. Tapi sememangnya tiada niat untuk menimbulkan rasa tidak senang kepada yang membaca.

Kalau ada yang tidak senang, saya minta maaf. Saya menulis bukan sekadar pengalaman sendiri, tapi juga pengalaman orang-orang yang disekeliling. Ah, mungkin lain kali saya akan tulis dengan lebih spesifik, direct to the point, bagi mengelakkan mana-mana salah faham. Tapi ini lah saya, suka menulis tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Terima kasih.

September 3, 2010

Macam-Macam

1. Berbuka puasa ramai-ramai dengan kawan sangatlah best. Namun lain orang lain citarasa. Ada yang mahu buffet, ada yang mahu steamboat, ada yang mahu open-air dan sebagainya. Tapi tidak salah kan kalau kita berbuka puasa di rumah classmate? Beli saja lauk di bazaar, kemudian makan di rumah beramai-ramai. Atau kalau sempat, pinjam dapur dan masak. Flexible. Boleh sembang-sembang sampai penat! Boleh ketawa sampai pecah! Kalau di luar, boleh memang boleh, tapi sekali-sekala, berbuka lah di rumah. Motif sebenar berbuka puasa dengan kawan untuk apa sebenarnya? Ingin memuaskan nafsu makan atau ingin mengeratkan silaturrahim?

2. Ada orang yang bila dia rasa kedudukannya terancam, maka dia akan menghantar amaran. Lembut ayatnya tapi bunyinya keras. Dia sudah dapat apa yang dia mahu, sudah jadi milik dia, kenapa seolah-olah mahu bagi warning? Kenapa perlu takut? Sudah-sudahlah tu. Yang penting, kau hargai peluang yang kau ada. Jangan sia-siakan. Cukup disitu.

August 30, 2010

Tiada Tajuk

Apa benda yang merdeka?
Lain orang lain suara
Kami juga punya maksud yang sendiri
Kami masih dibelenggu, kami masih diikat
Kami juga mahu berjuang mencari kemerdekaan kami
Maka biarkan kami dengan cara kami

Macam-macam tema yang ditaburkan
Mana relevannya? Mana hasilnya?
Kami tidak mahu menjana transformasi
Kami mahu transformasi itu sendiri!
Kami sudah lama menunggu
Jadi jangan buat kami terus hilang percaya
Atau suatu hari nanti kau akan putih mata

Hari itu bagi kami cumalah cuti
Agak kosong - tiada apa-apa
Yang sama adalah perayaan
Yang berlainan - itulah yang tiada
Terima kasih
Dari kami rakyat, untuk kau yang juga rakyat

August 27, 2010

cerita bazaar

seperti tahun-tahun yang sudah
hanya sekali dua kali kaki ini melangkah ke sana
tiada apa yang berbeza
yang sama cumalah nafsu-nafsu yang membeli
yang akhirnya berakhir di tong sampah, bukannya perut

mata tidak melihat juadah yang dijual
sebaliknya melilau mencari mata yang lain
kerana keyakinan akan dunia ini kecil
sememangnya itulah yang terjadi

seperti tahun-tahun yang sudah
tidak lama keberadaan di sana
tidak ada apa yang dibeli
sesak nafas melebihi sesak orang
hanya sepuluh minit cuma
dan azan sudah pun berbunyi

August 22, 2010

satu pertiga

Orang lain sibuk menghitung berapa hari lagi nak raya
Dan saya langsung tak kira berapa hari sudah berpuasa

Orang bertanya apakah kelainan di bulan Ramadhan ini
Dan saya tidak tahu apa nak jawab

Ramadhan kali ini memang banyak sangat dugaan. Besar sangat sampai tak terpikul. Hati, jasad dan fikiran - semuanya diuji. Nasib baik ada sesuatu yang menyebabkan kita bertahan walaupun pertahanan kita itu lemah. Dan hampir tiap malam, hujan akan mengiringi mereka yang berada di pembaringan. Hujan itu seolah-olah simbolik kepada sesuatu.

Kalau perasan, entri-entri yang sebelum ini penuh dengan emosi. Langsung tiada isi. Writer's block barangkali - walaupun saya tidak layak dikatakan penulis. Tapi sebenarnya, ada satu-satu masa, kita akan menghadapi emosi yang sangat negatif. Lepas tu, satu demi satu perkara tidak baik akan menyusul. Entah kemana hilangnya elemen positif. Saya percaya kepada Law of Attraction. Jadi sekarang ni, kena lah cari elemen positif tu. Perlahan-lahan.

August 19, 2010

tahap 4

walaupun penat, mengantuk, sakit dan sebagainya
insomnia tahap 4 sedang melanda

August 16, 2010

Dan Jika

Jika kepercayaan itu satu kesalahan,
maka haruskah kita menidakkannya?

Jika kebodohan itu satu kesalahan,
maka haruskah kita menjadi pandai?

Jika harapan itu satu kesalahan,
maka haruskah kita berhenti berharap?

Dan jika semua ini adalah kesalahan,
maka haruskah kita mengalah?

Dan jika kita mengalah,
maka haruskah aku kata kau sudah menang?

August 14, 2010

life is funny.

Dalam hidup kita, banyak benda telah berlaku. Ada yang baik, ada yang tidak baik. Tapi tidak mengapa, itu suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kita diajar untuk menjadi tabah, kita belajar apa itu kesakitan.

Kadang-kadang, kita terlalu mengejar apa yang di depan sehinggakan kita lupa apa yang ada di sekeliling. Dan apabila masa-masa duka kita datang, hanya keluarga dan kawan yang akan berada di sisi. Sudah pasti, Tuhan ada bersama kita. Cuma kita sahaja yang leka dengan benda-benda yang penuh kepalsuan.

Bila kita sering kali dihadapkan dengan kepalsuan dan kesakitan, kita jadi penat. Sudah tidak mampu untuk terus ke depan. Biar hati jadi beku. Tapi itu kan cabaran, kita harus berusaha untuk menangkis cabaran itu. Ya, memang payah, tapi itu lah namanya kehidupan. Lepas itu, mungkin ada perkara baik yang menyusul.

Life is funny. Fullstop.

Oh ya, shit do happens.


August 10, 2010

Selamat datang Ramadhan

Mudah-mudahan

hati yang ego akan luntur

hati yang robek akan sembuh

hati yang menyayang akan mencinta

hati yang benci akan suci

hati yang gembira akan bahagia

hati yang pedih akan pergi

dan hati yang mencari akan dapat jawapannya

p.s Selamat beribadah. Terima kasih kepada yang memberi dan maaf kepada yang disakiti. Perut masing-masing, tapi kau kena ingat, kau ada perasaan, orang lain ada perasaan, dan aku juga punya perasaan.

August 5, 2010

Palat

Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.

Rasanya lebih baik bila esok itu tidak ada.

Sebab untuk menghadapi hari-hari esok, memang payah.

Dan untuk menghadapi kepayahan itu, satu langkah besar harus dibuat.

July 24, 2010

Inception


The beginning, a first part or stage of subsequent events

Sebuah cerita yang agak heavy, tapi best. Mungkin ini hanyalah sebuah lagi cerita imaginasi Christopher Nolan tapi kalau anda cuba fikir dan dalami cerita ini, anda akan dapati cerita ini punya logik.

"You never really remember the beginning of a dream, do you? You always wind up right in the middle of what is going on."

Masa mula-mula tengok, memang confuse. Memerlukan anda untuk fokus kepada jalan cerita. Kalau masih bingung, tengoklah untuk kali yang kedua. Mungkin anda akan faham selepas itu. Cerita dan efek sangat best tapi yang menjadi persoalan di akhir cerita, sama ada Cobb masih dalam mimpi atau tidak. Mungkin Inception 2 akan menyusul. Tengoklah sendiri. Baru anda akan rasa keseronokan cerita ini. Sekian.

"Dreams feel real while we are in them. It is only when we wake up that we realize something was actually strange."

"You must not be afraid to dream a little bigger, darling."

July 20, 2010

Karan Tatap Marak

Sabtu lepas, saya berkesempatan menghadiri taklimat stesen janakuasa arang batu yang dianjurkan oleh SESB. Stesen ini akan dibuat di Lahad Datu, sebagai penyelesaian kepada bekalan elektrik di Sabah yang tidak konsisten. Inilah satu-satunya jalan terbaik.

Itu kata mereka.


Ketika menghadiri taklimat ini, terlalu banyak istilah teknikal yang dikeluarkan oleh mereka. Contohnya, SAIDI. Sebagai seseorang yang tiada kepakaran dalam bidang sains dan yang berkaitan, saya berteka-teki apakah sebenarnya maksud istilah-istilah itu. Ah, mereka cuma mahu membingungkan orang seperti saya.

Sesi Q & A paling saya nantikan.

Soalan dari wakil WWF, seperti nama company yang terlibat, tidak dapat dijawab dan didedahkan oleh panel. Jawapan mereka, "Commercial consideration".

Perubahan tempat stesen dari Silam ke Seguntor dan kini, Sinakut di Lahad Datu agak mencurigakan. Bila ditanya, hanya proses penuh telah dilaksanakan di Sinakut.

Wakil MNS atau Malaysia Nature Society pula tidak puas hati dengan respon panel bahawa mereka tidak akan menggunakan clean coal technology tapi akan memenuhi standard DOE. Pelik bukan?

Konklusinya, taklimat ini bagus, ada informasi yang tidak dapat kita lihat sepenuhnya di mana-mana media. Tapi sayangnya, soalan-soalan yang diajukan tidak dapat dijawab dengan baik oleh panel. Ini menimbulkan rasa was-was, adakah mereka benar-benar boleh memberi jaminan kepada rakyat Sabah?

p.s Adakah "Karan Tatap Marak" yang menjadi motto mereka hanya sekadar motto?

July 2, 2010

Apa Lagi Yang Tinggal

Hari ini semuanya kerana nama, pangkat dan jawatan

Kalaulah kau cuma seorang remaja dengan berpakaian selekeh,
makan di sebuah restoran mewah, tidak mungkin kau dilayan dengan cukup mesra

Kalaulah kau berpangkat 'Datuk' yang dikenali ramai,
pergi ke bank kerana sebuah urusan, sudah pasti kau tidak perlu menunggu nombor,
sudah pasti kau tidak perlu melalui pelbagai prosedur

Hari ini semuanya kerana nama, pangkat dan jawatan

Apa lagi yang tinggal untuk kita, rakyat marhaen seperti ini

June 23, 2010

Suci Dalam Debu

Tajuk tiada kena mengena dengan entri. Cuma macam yang Uncle Johan cakap, dah bersawang dan berdebu blog ni. Bukan apa, kesibukan hal-hal sekolah menyebabkan saya tidak sempat menulis sesuatu. Nasib baiklah ada cuti 10 hari. Sepanjang 2 minggu ketiadaan entri baru, macam-macam hal yang berlaku sebenarnya. Ada yang baik, ada yang tidak baik.

1. 4 Jun 2010, tarikh yang saya akan ingat sampai bila-bila. Apa yang terjadi pada hari itu, biarlah jadi rahsia antara saya dan dia. Terima kasih kawan-kawan blogger dan yang bukan blogger. Tidak lupa, terima kasih kepada dia. Formspring sangatlah membantu. Haha.

2. Result exam keluar pada 10 Jun yang lepas. Alhamdulillah, ada peningkatan dan yang terbaik saya pernah dapat sepanjang saya menuntut di sini. Untuk satu subjek tu, saya agak terkejut kerana dapat A. Yalah, sepanjang jadi anak murid pensyarah ini, tidak pernah pun saya dapat keputusan sebegitu. Paling-paling pun dapat B. Adakah kerana dia akan berpindah ke tempat lain, jadi dia melonggarkan requirement untuk dapat A? Di Facebook, kami berchatting. Selepas mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar beliau, saya memaklumkan kepadanya tentang rasa terkejut saya kerana diberi A. Jawapannya cukup membuatkan saya bertambah yakin, "You deserve that." Dia menanyakan perancangan saya setelah habis belajar, dan dia mencadangkan agar saya jadi pensyarah. Katanya, "Kau boleh jadi lebih baik dari lecturer-lecturer yang ada sekarang."

3. Short sem yang saya dan kawan sekelas saya lalui sangatlah memenatkan. Banyak sangat ujian dan tekanan yang kami alami. Iya, ada hikmahnya. Saya belajar sesuatu dari short sem ni. Tidak kiralah dengan siapa kita berhadapan, sama ada orang itu baik atau tidak, kita kena letakkan diri kita serendah-rendahnya. Respek harus ada. Tapi janganlah sampai kita rasa rendah diri yang keterlaluan. Nanti keyakinan tidak ada dalam diri. Masa tidak cukup bukanlah alasan untuk kita tidak menyiapkan atau melakukan sesuatu kerja dengan baik. Kalau ada komitment dan kesungguhan, masa tidak menjadi alasan. Saya rasa menyesal sebab akur pada sifat malas dan ketidaksungguhan saya. Kalaulah saya bersungguh-sungguh, sekarang saya pasti akan tersenyum gembira tanpa rasa kesal.

Ok, cukup setakat ini. Saya akhiri entri ini dengan video di bawah. Sekian.


June 4, 2010

Semusim

Berita Konvoi Gaza diserang, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana mereka memang sentiasa ada sahaja rancangan untuk menggagalkan usaha dan misi pihak yang satu lagi. Kalau mereka tidak melakukan apa-apa, itu baru kejutan.

Bila saya baca beberapa entri dari rakan-rakan blogger, saya tersentak. Memang betul apa yang mereka cuba sampaikan itu. Apa yang kita buat, semuanya bermusim. Bila isu seperti ini muncul, mula lah buat kempen, post entri mengutuk serangan, buat demonstrasi, petisyen dan sebagainya. Tidak lupa, ada juga yang meletak gambar hitam sebagai profile picture mereka, satu tanda kepada sokongan mereka kepada usaha konvoi ini atau lebih ringkas, boikot Israel. Satu persoalan yang bermain di fikiran, adakah Israel kisah apabila kita menukarkan profile picture kepada gambar hitam? Bertahun-tahun kita gunakan cara yang sama, tidak adakah solusi atau cara yang lebih signifikan?

Saya tidaklah memperlekehkan niat murni mereka untuk memberi sokongan. Tiap orang lain caranya. Tapi seolah-olah tiada maknanya apabila berbuat sedemikian. Ini kerana semuanya bermusim. Saya jamin, lepas isu ini reda, maka mereka pun m.i.a atau missing in action. Tidak ada lagi kempen hebat dari mereka. Kalau isu ini muncul kembali, mereka juga muncul kembali. Saya akui, ketika mendengar berita konvoi Gaza diserang, saya menitipkan doa buat mereka agar mereka selamat. Tapi itu cuma sekali sahaja, saya tidak bersungguh-sungguh atau istiqamah. Lepas tu, tiada sudah doa buat saya untuk mereka. Ini pun satu bentuk musim juga. Dan saya rasa ralat.

May 28, 2010

Mr.Monk





Monk, antara TV show yang terbaik saya pernah tonton. Tony Shalhoub sebagai Mr. Adrian Monk memainkan watak dengan bersahaja tetapi memberi kesan yang mendalam. Dalam cerita ini, Monk mempunyai pelbagai fobia dan juga OCD. Namun begitu, dia masih seorang detektif yang hebat dan berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah.

Mungkin ini hanyalah sebuah siri TV show, tapi bagi peminat selama 8 season seperti saya, Monk sangat berlainan. Ini terbukti apabila Tony Shalhoub pernah memenangi 3 Emmys dan beberapa nominasi penting.

Saya merasakan sebahagian dari diri saya ada pada Monk. Mungkin kerana saya juga mempunyai OCD (tidaklah seteruk Monk) atau mungkin kerana kesan dari peranan Tony Shalhoub untuk mendekatkan kita dengan watak yang dipegangnya.

Apa-apapun, Monk sudah sampai kepada penghabisannya. Tidak ada lagi rancangan menarik yang boleh membuatkan saya merasai pelbagai perasaan pada masa yang sama. Yes Mr. Monk, I'm gonna miss you when you are gone.

May 24, 2010

Cuba Try

Dulu dah pernah cuba try twitter. Mula-mula macam best. Boleh tweet dengan artis.haha.Tapi tak lama lepas tu, memang bosan. Tmblr? Pun dah cuba. Ada yang cakap tmblr lagi best dan senang dari blogspot. Tapi entah kenapa, blogspot juga sentiasa di hati.

Sekarang ramai pula yang main formspring. Saya pun buat juga, mana boleh ketinggalan dengan trend terbaru ni.haha.Jadi apa lagi, jangan segan silu, kalau nak tanya apa-apa, ajukan terus ke formspring saya.hehe :)

May 22, 2010

Muallaf.

Dah lama cerita arwah Yasmin Ahmad ni, tapi saya baru saja berpeluang menontonnya. Ketika pembikinan filem ini saja, sudah banyak kontroversi timbul. Mungkin kerana filem ini menyentuh hal keagamaan, maka ia jadi sangat berat. Bagi saya, tak kisahlah apa kontroversi tu, yang penting kita amati mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah. Cukup disitu.

1. Bapa Rohana yang terlalu sosial; berdangdut dan minum arak. Tetapi sangat sinis, skeptikal dengan anjing.

2. Brian (ketika kecil) dibogelkan di khalayak orang ramai sebagai hukuman kerana membaca buku lucah. Brian membenci ibunya.

3. Rohana selalu menyebut beberapa kombinasi angka. Brother Anthony dan Brian cuba memahami kelakuan Rohana ini. Puan Siva pula pernah merotan Rohana kerana menganggap dia pelik dan tidak mengikut arahan.

4. Sifat ingin tahu yang tinggi mengenai agama dan perbandingannya tetapi tidak ada atau kurang institusi pendidikan tinggi yang menawarkan bidang ini. Kebanyakan hanya fokus kepada alam kerjaya, bukannya maksud ilmu itu sendiri.

5. Setiap malam sebelum tidur Rohana dan Rohani memaafkan kesalahan orang lain terhadap mereka. It is in forgiving that we are forgiven.

May 16, 2010

Donna-Donna

Saya dan seorang kawan bertukar-tukar idea tentang music dan youth. Dan ini hasilnya, video pilihan untuk hari ini.

May 14, 2010

Kalau

Kita selalu membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Akibatnya, kita rasa menyesal.

Kan bagus kalau boleh putar balik masa. Boleh tarik balik keputusan yang telah dibuat. Rasanya ini statement atau monolog yang selalu disebut apabila kita rasa ralat mahupun serabut.

Kalau, kalau, kalau...Dan inilah yang akan bermain di fikiran sehinggalah kita menerima kekesalan dengan tenang jiwa.

May 13, 2010

Percayalah~

Semalam saya berchatting dengan seorang kawan baru, dan dia bercerita tentang kepercayaan. Lalu dia pun berkongsi dengan saya tentang sesuatu. Ringkas, tapi padat.

Once a friend asked the other friend, "What would you do if I cheat you?"

Then the other friend replied, "Trusting you is my decision and proving me right is your choice."

May 11, 2010

My Name Is

Apabila ada yang baru lahir, semua pun mula bertanyakan nama. Bagi yang mempunyai 'keturunan' tertentu, nama itu wajib dikekalkan atas sebab ingin menjaga 'keturunan' itu sendiri. Mesti dengar cakap orang tua-tua. Kalau tidak, adat sudah dilanggar. Dan darjat atau pangkat sudah terjejas.

Itu mereka, saya tidak bersetuju. Ada apa dengan nama? Kalau nama cantik, tapi perangai tidak cantik, didikan tidak cantik, apakah relevannya? Saya pernah dikritik oleh segelintir pihak kerana kata mereka, saya tidak tahu menjaga 'keturunan' sendiri. Kata mereka lagi, 'keturunan' ini adalah keluarga Nabi, atau Ahlul Bait. Aah, ini saya tidak mahu cakap panjang kerana saya bukanlah ahli dalam hal ini. Tapi bila mereka cakap yang 'keturunan' ini tidak boleh terima zakat, saya rasa keliru. Bagaimana mereka yang mempunyai 'keturunan' ini tapi hidup dalam kedaifan? Takkan tak boleh tolong? Bukankah kita semua sama, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa?

Saya kenal dengan seorang rakan, namanya mempunyai maksud yang sangat cantik. Tapi malang sekali kerana perangainya tidaklah seindah nama. Saya juga mempunyai kawan yang namanya langsung tidak ada makna, tapi perangainya jauh lebih baik dari rakan saya yang pertama itu. Apa-apapun, pendapat saya, asalkan tidak mempunyai maksud yang tidak baik, itu sudah cukup. Janganlah terlalu menjaga nama, sehinggakan benda yang lebih mustahak diketepikan.

p/s: Maaf sekiranya ada yang tersinggung mahupun terasa.

May 10, 2010

5 Things

Satu perjalanan sudah berlalu, mungkin.

1. Orang mula pandang tinggi dengan kita bila kita sudah tunjuk taring. Persepsi mereka sudah berubah kerana diam-diam ubi berisi.

2. Rupa-rupanya blog yang ntah apa-apa ni, ada juga classmate yang singgah dan bagi positive feedback. Terima kasih banyak-banyak.

3. Tidak semestinya perangai adik sama dengan si kakak atau abang. Jangan expect kedua-duanya sama. Kalau A pandai, mestikah B juga pandai seperti A? Nama pun adik-beradik, memanglah berlainan. Kalau kembar, mungkin boleh jadi sama.

4. Kalau dulu "tak kenal maka tak kenal", sekarang perkenalan itu membawa kepada satu persahabatan. Sama ada mereka memikirkan benda yang sama atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang penting, saya rasa selesa bersama mereka.

5. Semua orang punya maruah. Jadi belajar untuk menghormati yang lain.

May 1, 2010

April 2, 2010

Temporarily Closed

Pergi bertapa!

Buat masa ini, saya berikrar untuk tidak buka facebook. Cuma buka e-mail sahaja, mana la tau ada perkara yang penting. Blog pun akan jarang-jarang saya update.

Ini untuk memberi laluan kepada exam yang akan tiba tak lama lagi (1st paper 26 April!) dan beberapa lagi perkara yang harus diselesaikan.

p/s: Kalau nak contact saya, hubungi terus melalui telefon :) Doakan saya berjaya menunaikan ikrar saya ini. haha!

DB

Bila mendengar berita pemergian DB tadi pagi, saya sedikit ralat. Saya tidaklah minat dengan beliau, cuma, saya mengagumi beliau yang sering sahaja tampil dengan imej-imej untuk menghiburkan dan menceriakan orang ramai. Beliau juga pernah muncul dalam Majalah Ujang, sebuah majalah yang saya ikuti sewaktu di bangku sekolah dahulu. Sememangnya pemergian DB memberi suatu ingatan buat kita yang masih hidup ini.

Al-Fatihah untuk DB.

March 29, 2010

Pengejar Bintang.

"...kita semua mengejar bintang, ada yang nak kejar nama, kejar cinta, kejar syurga, tapi tak sedar kaki masih ada kat tanah" -Pengejar Bintang.

Bila tengok quote dan cover novel Pengejar Bintang, saya tertarik untuk membelinya. Tapi sebab yang pertama, kerana sepanjang saya mengikuti blog Nami, saya suka dengan cara tulisannya. Simple tapi bermakna.

Sememangnya watak paling cool ialah Bart van der Voider. Rasa motivate pula bila Bart cakap "Hey,are you want to waste your entire youth just because of that? Hey,human beings are survived million of years without money, we got survival instinct. Just do whatever to survive. But not to be bloodsuckers and drag your life to boredom just for the sake of money".

Dan di awal penceritaan, rasa happy dan excited bila membacanya. Tapi bila dah nak masuk hujung-hujung dah, excitement itu sudah berkurang. Mungkin kerana terbawa-bawa dengan bengang Luke kerana Aeysha, sedih dengan pemergian Sally, dan sebagainya. Yalah, tiada siapa yang mahu ending yang sebegitu kan.

Sejujurnya, saya suka dengan novel ni. Membacanya membuatkan saya mengenali Nami. Membacanya membuatkan saya teruja untuk menulis. Membacanya membuatkan saya ingin membeli novel Nami yang ke-dua!

Lepas ni, nak kejar bintang, Agak-agak boleh ke?

p/s: Nami, mula-mula I tak tahu pe bende lanc,cibs, tu. I ingatkan perkataan baru. Bila I cuba fahamkan, baru I tahu.haha!

March 27, 2010

Let Go

You can be as mad as a mad dog at the way things went. You can curse the fates. But when it comes to the end, you have to let go. -Curious Case of Benjamin Button.

Minggu lepas, saya menonton cerita ni. Dah lama nak tengok, baru kali ini ada kesempatan. Ada suatu yang menarik dalam cerita ini. Macam mana seseorang yang membesar dengan fizikal yang semakin lama, semakin muda. Macam mana seseorang yang terperangkap dalam badan seperti orang yang tua sedangkan dia baru berusia 5-6 tahun. Dan macam mana persepsi orang terhadapnya.

Suatu yang saya pelajari, tidak perlu kita terlalu push diri sendiri. Bila sampai ke satu tahap, kita harus sedar, yang kita harus melepaskannya. Belajar terima kenyataan dan bergembiralah dengan hidup ini. Mungkin itu yang terbaik.

Life can only be understood looking backward. It must be lived forward. -Curious Case of Benjamin Button.

March 20, 2010

100 years

we cannot stop the clock,
but we can control who we are while we are still here.

March 14, 2010

Penumpang Percuma

Hairan dengan sikap mereka-mereka yang tidak menunjukkan effort untuk menyiapkan assignment dengan baik. Janganlah mengharapkan orang lain sahaja, diri sendiri perlu berusaha untuk memastikan assignment yang dibuat, mendatangkan rasa puas hati. Tidaklah sampai mesti sempurna, asalkan kita sudah cuba yang terbaik, itu sudah cukup. Markah untuk semua, jadi biarlah effort itu sama dengan yang lain. Kalau si A berusaha sampai 80%, kita pun perlu mencuba sampai ke tahap itu. Adalah tidak adil apabila markah yang kita peroleh, disebabkan usaha yang lain sahaja. Mana usaha kita? Oleh itu, janganlah sekadar buat hangat-hangat tahi ayam!

February 28, 2010

Selamat Jalan Fia.


Datuk yang sudah melihat kesan cucuh rokok pada mangsa, tidak berbuat apa-apa. Sedangkan dia sendiri sudah mengesyaki sesuatu berlaku pada cucunya.

Seorang lelaki menendang budak berumur 3 tahun seperti bola.

Puluhan saksi melihat kejadian, tidak ada diantara mereka yang betul-betul berusaha memberhentikan lelaki itu. Walaupun diugut oleh lelaki itu, tapi kalau dikumpul tenaga puluhan mereka, sudah tentu boleh mengalahkan lelaki tersebut. Kalau tidak mahu bertindak apa-apa sekalipun, laporlah segera pada polis.

Apathy
, kegilaan, kebodohan.

Selamat jalan Fia, kau pasti bahagia disana.

February 27, 2010

Ada benda

Kadang-kadang, ada benda yang dapat membuatkan kita rasa gembira dan puas hati. Tapi selalunya ada benda yang membuatkan kita rasa kesal dan sesal. Ingin saja kita berundur ke masa lalu dan perbaiki kesilapan kita. Tapi itu mustahil. Tidak ada apa yang dapat kita lakukan, melainkan menghargai apa yang kita ada sekarang supaya di masa depan kita tidak rasa ralat seperti dulu..

February 17, 2010

Kejam..

Bila kes buang bayi dipaparkan di media massa, kes-kes yang seumpamanya mesti akan menyusul. Dan yang terbaru, saya baca, mengenai 3 orang yang bukan sahaja memperkosa seorang wanita bergilir-gilir, bahkan mereka juga menyula mangsa dengan kayu.

Apa yang mereka fikir sebenarnya? Hilang sudahkah pertimbangan waras mereka? Mana perasaan kasih dan belas kasihan mereka? Kenapa sampai begitu sekali kegilaan mereka?

Are we human? Dunia terasa semakin kejam.

February 12, 2010

Raikan Cinta

Masa di sekolah dulu, tiap kali Valentine's Day datang, mesti ada saja persatuan yang membuat jualan bunga, coklat, gula-gula, keychain dan sebagainya. Sangat cantik dan kreatif.

Tertanya-tanya juga, kenapalah hari itu sahaja yang dianggap sebagai hari cinta? Bukankah lebih indah bila tiap hari kita 'meraikan' kecintaan kita terhadap Tuhan dan makhluk-Nya? Kasih sayang itu kan universal. Tidak terhad kepada waktu dan hari tertentu. Tetapi biarlah dengan cara yang berpatutan, yang halal di sisi agama.

Bahkan, kita sendiri dituntut untuk menjaga dan memelihara 3 jenis hubungan, iaitu hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan makhluk Tuhan yang lain. Apabila ketiga-tiga ini lengkap, sudah tentu yang berjaya memeliharanya akan mendapat kebahagian dan kemanisan cinta.

Apa-apapun, kepada yang bercinta, jagalah diri anda sebaik-baiknya. Janganlah sampai terpedaya dengan bisikan jahat dan nafsu yang menyimpang.

"tanpa cinta-Nya kita tiada"

February 3, 2010

3210

Berhati-hatilah bila berkata-kata, kerana kita tidak tahu sama ada apa yang kita perkatakan itu benar atau tidak. Sungguhpun kita ikhlas dengan pendirian kita, kita harus sedar bahawa keikhlasan sahaja tidak memadai. Ada perkara yang lebih penting dari itu. Janganlah mudah menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Kerana kadang-kadang kenyataan kita bercampur-baur dengan pelbagai emosi. Sememangnya, diam itu lebih baik.

January 26, 2010

Sembuh.

Hari tu, laptop sakit. Baru-baru ni, tuan empunya laptop pula yang sakit. Sampai 2 hari tidak ke kelas. Banyak juga perkara-perkara yang tergendala dan harus dikejar secepat mungkin. Yalah, minggu ni dah masuk minggu yang ke-empat. Minggu depan pula kita akan menginjak bulan Februari. Cepat betul masa berlalu. Mungkinkah saya yang terlalu banyak urusan sehingga tidak sedar perjalanan masa, atau memang masa itu berlalu dengan pantas sekali?

January 24, 2010

Cerita MPP.

Sekarang ni, rasa-rasanya semua universiti awam sedang sibuk berpilihanraya. Di tempat saya juga tidak terkecuali. Ada juga rakan-rakan yang mengajak saya untuk mengikuti pilihanraya kali ini. Tapi saya menolak. Saya ada sebab dan pendirian saya. Mungkin semasa diploma dahulu saya berminat, tapi sekarang tidak lagi. Saya rasakan perwakilan itu sudah hilang signifikannya. Mungkin saya tersilap, atau mungkin saya juga betul. Tapi tidak mengapa, buat rakan-rakan saya yang bertanding, saya sudah tentu akan menyokong anda dari belakang.

Saya teringat kata-kata Nami di blognya. Saya kurang pasti, tapi bunyinya ada sedikit seperti ini, "program lawatan sambil belajar MPP umpama program cuti-cuti Malaysia". (Nami, betulkan saya kalau saya salah! ehehe)

January 17, 2010

Bila Laptop Rosak...

Bila laptop rosak, nak buat assignment pun agak payah. Nasib baiklah kondisi laptop tidak teruk sangat. Kalau teruk, nampaknya kena keluarkan duit yang lebih banyak untuk merawatnya. Ni lah yang terjadi apabila terlalu bergantung kepada laptop, Internet dan segalanya. Kalau dulu-dulu, pensel sebatang dan kertas kajang sudah cukup..kan?

January 1, 2010

Entri Pertama 10

Selepas meneliti banyak artikel yang menarik berkenaan dengan dajal, saya bercadang untuk berkongsi pemahaman saya mengenai artikel-artikel tersebut. Mungkin melalui blog ini, atau sebuah blog yang baru. Mudah-mudahan dari perkongsian ini, ada yang mendapat manfaatnya.