September 18, 2010

Cerita mIRC

Tahun 1999, masa darjah 5, itulah kali pertama saya menggunakan komputer. Waktu tu, belum ada streamyx, yang wujud hanyalah dial-up connection 1515. Siapa yang ada kedua-dua kemudahan ini dianggap cukup hebat. Tidak ramai yang memilikinya. Berbanding sekarang, boleh dikatakan semua orang memiliki laptop dan juga komputer di rumah. Satu untuk game, satu lagi untuk kerja.

Masa itu juga saya menceburi bidang mIRC. Tapi tidak lah terlalu aktif. Cuma banyak eksperimentasi telah saya lakukan - menyamar sebagai gadis 18 tahun, seorang lelaki dewasa berusia 32 tahun dan juga sebagai diri sendiri ketika itu, 11 tahun. Hasilnya, budak 11 tahun tidak diterima oleh komuniti mIRC, masih lagi budak hingusan kata mereka. Yang menjadi buruan adalah remaja perempuan dan lelaki dewasa. mIRC ni suatu ketika menjadi medium untuk mereka yang mencari cinta.

Iya, siapa tidak tahu frasa ini "hai.a/s/l pls?"
Inilah ayat permulaan bagi seseorang chatter untuk berkenal-kenalan. Dulu saya langsung tidak tahu apa benda a/s/l. Mula-mula saya ingatkan "asal", rupanya age/sex/location. Ok, dekat-dekat lah tu kan.haha.

Masuk sekolah menengah, saya kenal dengan ramai kawan yang baru. Sekolah rendah saya dulu all-girls. Bila sudah berada di tingkatan, kawan lelaki saya lebih ramai dari kawan perempuan. Time ni, adalah zaman kegemilangan mIRC. 2001-2002. Saya sekolah sesi petang ketika itu. Sebelum pergi sekolah, on9. Lepas balik dari sekolah, pun on9 juga. Kalau tidak on9, ada lah yang mencari. Classmate saya, D dan A (bukan nama sebenar) sanggup menelefon rumah saya hanya kerana mIRC. "ui, mana ko? chatting kita".

Time tu, banyak # yang best-best. Sekolah saya ada channel sendiri. Dari channel tu lah berlaku banyak perselisihan faham. Group A dengan Group B. Yang senior dengan yang junior. Saya ingat lagi, masa rehat, diorang datang ke kelas, cari gaduh. Kami semua terkejut. Kawan saya, yang jadi target, sudah siap bersedia dengan senjatanya knuckle. Nasib baik pergaduhan itu tidak jadi, sebab masa rehat sudah tamat.

OP, AOP, SOP, jadi rebutan. Siap ada yang turun pangkat lagi. Bagi seorang founder, cabaran mereka adalah untuk meng-invite seramai orang yang boleh untuk memeriahkan lagi channel. Ada juga yang buat kuiz. Kalau tidak tahu, boleh minta !hint. Kadang-kadang boring, layan kuiz ni best juga. Untuk menambahkan pengetahuan am, haha. Lepas tu, dunia mIRC dihangatkan lagi dengan script. Boleh kick, ban dan war dengan orang lain. Ada juga yang buat script sendiri. Saya tiada kepakaran dalam hal ni, jadi saya cuma download dari Internet, Pokemen Script. (punca komputer saya banyak virus). Haha. Benda ni sudah jadi satu game. Sama juga dengan flood. Siapa yang berjaya kekal dianggap hebat, siapa yang terkeluar, adalah loser.

Sepanjang jadi chatter, banyak nick yang saya gunakan. Nick saya telah menjadi perlian dan juga sindiran. Iya, saya akui saya seorang yang tidak kreatif. Takoseijin - nama cyberpet alien, diorang cakap taiko. Navy Savanna - sejenis warna, diorang cakap saya mahu jadi askar. Sampai ada yang suggest dengan saya nick lain, canggih bunyinya, tapi nasib baik saya check kamus dulu. Kalau tidak, saya akan jadi buruan sex maniac. Haha.

mIRC ni pencetus blind date. Kalau rasa berminat, ada yang ajak berjumpa. Kalau sudah jumpa dan rasa tidak sesuai, terus menghilang. Ramai yang saya kenal di mIRC ni dan masih ada yang berhubung dengan saya sampai sekarang. Tapi dalam banyak-banyak itu, ada dua orang yang sangat signifikan. Satu pernah jadi double, satu lagi hampir jadi - sampai sekarang saya jadi secret admirer orang ini. Yang orang kedua ni, saya sanggup jadi peminat bola hanya kerana dia adalah die hard fan Arsenal. Bila beli The Star, saya selalu baca dari depan. Tapi sebab dia, saya baca ruang belakang dulu. Haha.

Sebenarnya banyak lagi yang mahu diceritakan. Mungkin lepas ni part 2 akan menyusul. Banyak sangat kenangan mIRC ni. Entah masih wujud lagi atau tidak. Paling last saya tahu, tahun 2007. Tapi apa-apapun saya sangat berterima kasih dengan Khaled Mardam-Bey (entah siapa sebenarnya dia ni. kalau on mIRC, gambar dia yang pertama sekali kita nampak. ah, yang saya tahu chat seja). mIRC banyak tolong meningkatkan skill menaip saya, dan juga English. Ya, kalau berchatting dengan orang luar negara, English harus mantap. Haha. Tapi dari mIRC ni juga banyak term baru muncul, macam gtg, afk, brb, nvm, btw, dan macam-macam lagi lah. Oh, sungguh manis kenangan itu. Orang yang lahir 80-an memang cool sebab banyak benda cool yang muncul time ni.

6 comments:

Cob Nobbler said...

hi
leh kenal?
asl plz?

26 m kl

#kampung,#mamak,#kawan

tgk2 ada @ tak
@ aop.
hahaha!

KimbeeIsMe said...

a/s/l pls..hahaha

OMG! this entry remind me of my MiRC moments too...lucu eh..hehe
sggp jalan pg cc main MiRC ja..

msh wujud lg ni..my bro msh main..haha

Unknown said...

hi. a/s/l.
kt ner?
wt pe?
bye gtg.

MIRC rules...

http://timelineskasih.blogspot.com/

squesha said...

nami,
#kawan? serious ke u join channel tu? haha.

kim,
haha.masih ada lagi? tapi of course,tidak se-best dulu kan.

zulkifli,
yeah,mIRC rules! tq sbb singgah.

Cob Nobbler said...

dulu kawan i @sop

selalu la lepak situ
my first date wasn't that convincing
kat gambar awek cun
tapi rupanya bila jumpa
sekali pandang ingat peti ais
dua kali pandang lori trelar.

kah kah kah!

squesha said...

nami,
lepas tu,tak sanggup pandang kali ke-3 ke? haha.