September 16, 2010

Post Mortem Raya 2010

Ada yang cakap raya tahun ni paling best, ada juga yang cakap tidak. Bagi saya, biasa sahaja.

1. Dulu, kedatangan posmen pasti ditunggu-tunggu. Manalah tau ada kad raya. Bolehlah gantung di dinding rumah jadi perhiasan. Lepas tu, e-card muncul. Siap ada lagu raya lagi. Kemudian SMS jadi pengganti. Time ni lah credit cepat habis. Sekarang Facebook sudah jadi tempat wajib, lepas ni apa pula?

2. Zaman budak-budak, hari raya bersamaan hari mendapat duit raya. Itu yang jadi excitement. Tapi bila sudah meningkat dewasa, duit raya sudah tidak dipedulikan sangat. Ada - adalah, tiada - tiadalah. Lagi best dapat duit hasil titik peluh kerana bekerja, bukannya kerana meminta.

3. Mungkin ketiadaan mood raya bagi sesetengah orang kerana dalam satu-satu keluarga, ada yang tidak dapat turut serta merayakan. Ada yang tidak dapat cuti, ada yang beraya di rantauan, ada yang beraya di kampung lain - bila tidak cukup korum, rasa something is missing.

4. Hari raya adalah peluang untuk kita berkumpul dan merapatkan hubungan yang ada. Tidak kurang juga, hari di mana semua orang akan bertanya soalan masa depan.

5. Hari raya juga adalah hari di mana kita tiada pilihan lain selain menonton wayang yang tidak laku tapi dilakukan, cerita hantu yang hantu dan filem arahan Razak Mohaideen yang bosan betul.

2 comments:

KimbeeIsMe said...

have to agree with u the number 5.. hahaha

squesha said...

Kim,
haha.tiap tahun pun macam tu.