Apabila ada yang baru lahir, semua pun mula bertanyakan nama. Bagi yang mempunyai 'keturunan' tertentu, nama itu wajib dikekalkan atas sebab ingin menjaga 'keturunan' itu sendiri. Mesti dengar cakap orang tua-tua. Kalau tidak, adat sudah dilanggar. Dan darjat atau pangkat sudah terjejas.
Itu mereka, saya tidak bersetuju. Ada apa dengan nama? Kalau nama cantik, tapi perangai tidak cantik, didikan tidak cantik, apakah relevannya? Saya pernah dikritik oleh segelintir pihak kerana kata mereka, saya tidak tahu menjaga 'keturunan' sendiri. Kata mereka lagi, 'keturunan' ini adalah keluarga Nabi, atau Ahlul Bait. Aah, ini saya tidak mahu cakap panjang kerana saya bukanlah ahli dalam hal ini. Tapi bila mereka cakap yang 'keturunan' ini tidak boleh terima zakat, saya rasa keliru. Bagaimana mereka yang mempunyai 'keturunan' ini tapi hidup dalam kedaifan? Takkan tak boleh tolong? Bukankah kita semua sama, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa?
Saya kenal dengan seorang rakan, namanya mempunyai maksud yang sangat cantik. Tapi malang sekali kerana perangainya tidaklah seindah nama. Saya juga mempunyai kawan yang namanya langsung tidak ada makna, tapi perangainya jauh lebih baik dari rakan saya yang pertama itu. Apa-apapun, pendapat saya, asalkan tidak mempunyai maksud yang tidak baik, itu sudah cukup. Janganlah terlalu menjaga nama, sehinggakan benda yang lebih mustahak diketepikan.
p/s: Maaf sekiranya ada yang tersinggung mahupun terasa.

4 comments:
>>___<<
kehkehkeh ...
setuju. apa ada pada nama?
semua bbalik pada peribadi
wa ada sorang kazen jauh
nama nur islam ... tp, huhuhu
semua bbalik pada diri sendiri
frodo,
setuju.semua berbalik pada diri sendiri juga :)
ckp pasl hal ni..ramai jugak yang bermegah ngan nama...sebab ada keturunan..walhal nama keturunan itu mulia..dan jgn cemarkan nama dgn akhlah kita..
~ follow n link together ok ~
hawa,
benar.nama biarlah seiring dgn akhlak kita.thanks.
Post a Comment