November 16, 2010

Nikmat & Korban



Kita sering terlupa.
Bila nikmat ditarik perlahan-lahan dan satu demi satu, kita akan merasakan betapa dekatnya kita dengan kematian. Ada yang berjaya tersedar dan kekalkan momentum itu, namun ada juga yang terleka lagi. Tidak kurang, ada yang masih dibuai mimpi semalam.

Nikmat itu manifestasi cinta.
Bersyukur itu manifestasi cinta.

Kita sering ragu-ragu.
Bila sesuatu perkara memerlukan pengorbanan, kita akan berfikir dua kali. Sedangkan kebaikan itu sangat besar. Ada yang berkorban wang, ada yang berkorban masa dan ada yang berkorban untuk tidak berkorban. Sesungguhnya jika sesuatu perkara itu menuntut pengorbanan yang kita tahu menuju ke jalan baik, berkorbanlah. Janji Tuhan pasti berlaku.

Pengorbanan itu manifestasi cinta.
Janji Tuhan itu manifestasi cinta.

La taqlaqu wa la tahzanu
Fainna hubbaIlahi dauman ma'akum
HubbuHu huw al-a'la wal-ajmal
InnaHu hubbun haqiqiyyun lil jami'

Usah kau resah usah kau gelisah
Kerana sesungguhnya cinta Allah tetap bersama kamu semua
CintaNya adalah cinta yang tertinggi dan yang terindah
Sesungguhnya Dia lah cinta yang hakiki untuk semua

No comments: