June 4, 2010

Semusim

Berita Konvoi Gaza diserang, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana mereka memang sentiasa ada sahaja rancangan untuk menggagalkan usaha dan misi pihak yang satu lagi. Kalau mereka tidak melakukan apa-apa, itu baru kejutan.

Bila saya baca beberapa entri dari rakan-rakan blogger, saya tersentak. Memang betul apa yang mereka cuba sampaikan itu. Apa yang kita buat, semuanya bermusim. Bila isu seperti ini muncul, mula lah buat kempen, post entri mengutuk serangan, buat demonstrasi, petisyen dan sebagainya. Tidak lupa, ada juga yang meletak gambar hitam sebagai profile picture mereka, satu tanda kepada sokongan mereka kepada usaha konvoi ini atau lebih ringkas, boikot Israel. Satu persoalan yang bermain di fikiran, adakah Israel kisah apabila kita menukarkan profile picture kepada gambar hitam? Bertahun-tahun kita gunakan cara yang sama, tidak adakah solusi atau cara yang lebih signifikan?

Saya tidaklah memperlekehkan niat murni mereka untuk memberi sokongan. Tiap orang lain caranya. Tapi seolah-olah tiada maknanya apabila berbuat sedemikian. Ini kerana semuanya bermusim. Saya jamin, lepas isu ini reda, maka mereka pun m.i.a atau missing in action. Tidak ada lagi kempen hebat dari mereka. Kalau isu ini muncul kembali, mereka juga muncul kembali. Saya akui, ketika mendengar berita konvoi Gaza diserang, saya menitipkan doa buat mereka agar mereka selamat. Tapi itu cuma sekali sahaja, saya tidak bersungguh-sungguh atau istiqamah. Lepas tu, tiada sudah doa buat saya untuk mereka. Ini pun satu bentuk musim juga. Dan saya rasa ralat.

4 comments:

bangunberdiri said...

ikut musim ni mcm ikut trend... ada juga yang tampal quote atas guitar "reklaxla israel"... kahkahkah

Anonymous said...

mcm mana dgn musim cinta?kahkahkah

squesha said...

johan,
musim cinta memang sedang melanda skrg.haha.

Anonymous said...

dah bersawang n berdebu blog ni..hehe