December 11, 2011

Antara Pengajar & Pelajar

Alhamdulillah, masuk minggu ini sudah minggu ketiga saya mengajar secara sambilan di sekolah saya. Walaupun hanya sambilan, tapi tugas itu saya pegang dengan sebaik-baiknya. Kerja itu kan ibadah. Tanggungjawab sebagai guru juga berlainan jika dibandingkan dengan kerja pejabat. Guru harus memastikan anak muridnya faham akan apa yang disampaikan. Kalau tidak faham, mungkin guru itu sudah gagal. Kerja pejabat pula harus menyiapkan kerja-kerja dokumentasi dan sebagainya. Nah, beza kan?

Semuanya berjalan lancar, tapi dalam hati sentiasa ada perasaan takut kalau-kalau apa yang diajarkan itu salah. Hasilnya pelajar itu akan sesat sampai bila-bila. Makanya saya meminta mereka untuk turut memberi komitment sebagai pelajar. Jangan semata-mata harapkan guru. Kalau apa yang disampaikan itu salah atau tidak menarik, berikan pembuktian. Masing-masing akan belajar sesuatu darinya. Syukur mereka menerima ajaran saya dengan tenang hati, malah ada yang membuat saya terharu - setiap kali selesai kelas, mereka akan menyalam dan mencium tangan saya.

Pengajaran saya tidak hanya mengenai subjek ilmiah, tapi juga meliputi hal-hal kehidupan. Saya meminta mereka untuk add facebook saya, bagi memudahkan sebarang pertanyaan. Ternyata mereka tidak segan untuk bersembang dengan saya dan menanyakan pendapat tentang apa yang menjadi fikiran mereka selama ini. Hubungan kami bukan sahaja di antara pengajar dan pelajar, tetapi juga kakak dan adik, serta kawan.

Sungguhpun begitu menarik pengalaman saya, ini hanya lah sementara. Saya masih mencari pekerjaan yang tetap, pekerjaan yang membawa saya ke seberang sana. Itu janji saya. Soalnya cuma cepat atau lambat sahaja. Kalau tidak pun, pekerjaan sebagai home development executive juga saya terima. Haha. Usah risau ya?

November 29, 2011

Stalker

If you want to know anything about me, please ask me directly. Do not stalk me. 

Ok2, you can stalk me if you want. But then please do not ask your friends or your siblings to stalk me.

I still know it is you.

p.s Not applicable to boys. You can stalk me, you can even ask your friends or siblings to stalk me. 

Kah kah kah.

November 21, 2011

In Response To Syafiq Fadeli

Terima kasih Syafiq Fadeli atas soalan yang ditanya!

1. Saya senang dengan nama saya, dan tidak akan menukarnya.

2. Buat masa ini, tidak ada yang menjadi kegemaran. Tapi saya cukup hormat dengan pandangan Dato' Saifuddin Abdullah. Bagi saya, dia lain dari yang lain kerana ideanya buat masa ini sering menyebelahi kehendak sebenar rakyat.

3. Hitam. Saya bercita-cita untuk membeli Hummer. Haha.

4. Don't like either. Orlando Bloom is my favorite because he is hot. Haha.

5. Tidak ingat jalan mimpinya, tetapi ada satu ketika di mana saya seolah-olah dapat mengawal pergerakan saya.

6. Saya lebih ramai kawan lelaki dari perempuan. Secara jujurnya, hati mereka lebih senang dijaga. Tapi jantina tidak penting, kerana yang memainkan peranan adalah bagaimana mereka mempengaruhi kehidupan kita.

7. Tom Yam!

8. I don't like or hate any celebrity.

9. Baju dan seluar.

10. Dah tengok dah, 1st vlog lagi. Mesej ada, menarik, tapi nak bagi menarik lagi, letak unsur humor sikit dan lagu yang bersesuaian. Baru nampak tak mendatar.

November 19, 2011

Rehat

Ternyata sejak kebelakangan ini saya sudah jadi pasif dalam berfikir dan menulis. Semacam tiada hala tuju, blog ini juga semakin lama semakin kosong. Saya kagum dengan mereka yang walaupun jarang-jarang menulis tapi masih bisa menghasilkan tulisan yang hebat. Tidak seperti saya, yang agak payah mengetuk papan kekunci walaupun cuma sehuruf.

November 6, 2011

Hajj

Menurut tulisan Ali Shariati dalam bukunya Hajj, ibadah Haji bukan sekadar satu ritual tetapi mengandungi banyak makna dan tanda yang harus difahami. Antaranya adalah bagaimana kita menjadi 'Ibrahim' dan siapa atau apakah 'Ismail' kita... (Sharifah Nursyahidah, 2011).
 Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan.

November 3, 2011

Wisuda

Usai sudah satu fasa, doakan saya untuk fasa-fasa kehidupan saya yang seterusnya.

October 13, 2011

Karate - Satu Ingatan

Sejak akhir-akhir ini singgah perasaan rindu saya kepada karate-do. Penglibatan saya terhenti di tali pinggang purple brown sahaja. Hanya beberapa tangga lagi untuk memegang black belt. Jangan terkejut kerana itulah reaksi sesetengah orang apabila saya memberitahu bahawa susuk tubuh badan yang kecil ini adalah seorang karatekas. Malah saya pernah mewakili sekolah sebanyak dua kali untuk pertandingan sparring. 

Saya mula berkecimpung dalam karate (shotokan) sejak Darjah 2 lagi. Saya berminat bukan kerana ingin mempelajari cara mempertahankan diri, tapi kerana seni yang terdapat di dalam setiap pergerakannya. Saya percaya walaupun kita memegang tali pinggang yang paling senior sekali pun, kalau musuh punya senjata yang lebih kuat, kita bakal tewas. Dalam karate inilah saya belajar untuk menghormati disiplin, persahabatan dan juga masa. Bayangkan, training di sekolah rendah ketika itu bermula jam 6 petang sedangkan waktu sekolah tamat jam 5.45 petang. Saya tidak balik kerumah sebaliknya saya segera menyarungkan karategi dan merehatkan diri sekadar dua tiga minit. Memang penat kerana pergi ke sekolah seawal jam 11 pagi dan balik rumah selewat jam 7.30 malam. 

Kami berlatih tidak mengira tempat - kantin sekolah, padang sekolah, basketball court dan juga jalan raya! Itupun berkaki ayam! Sudah lah kaki bermuscle, tidak ayu pula tu. Haha. Sepanjang mengikuti karate, saya tidak pernah mengalami kecederaan besar, hanya 'kecederaan' biasa di tapak kaki, dan 'kecederaan' sementara ketika mengikuti sparring. Saya ingat lagi semasa pemilihan untuk pertandingan sparring a.k.a kumite, saya telah ditipu oleh seorang kawan. Dia meminta saya untuk tidak menyerangnya kerana dia sedang sakit perut yang kuat. Kerana masih mentah ketika itu, saya hanya menurut dan tidak bersungguh-sungguh ketika berhadapan dengannya untuk dipilih ke pertandingan. Ya, dia menang dan terpilih. Saya pula dijadikan sebagai pemain simpanan kalau-kalau terjadi sesuatu kepadanya sebelum pertandingan. Sejak itu saya sedar kata-kata "trust no one" ada betulnya. Tahun seterusnya saya berjaya menyertai pertandingan. Walaupun tidak menang, tapi pengalaman menyertai sudah cukup bagus.

Apabila di sekolah menengah, saya jarang menyertai upgrading test kerana saya tidak bersetuju dengan cara sensei saya. Sensei terbaik saya ialah Sensei Patrick, beliau sudah meninggal dunia tapi apa yang diajarnya masih lekat dalam ingatan saya. Saya hanya aktif menyertai kawan-kawan melakukan demonstrasi untuk gema merdeka dan sebagainya. Itupun kerana saya ingin mengelak dari disuruh ikut kawad. Haha. Tapi ini pun memang pengalaman yang manis kerana saya bukan sahaja bergaul rapat dengan kawan sekarate tapi juga kawan-kawan dari silat dan taekwando. Kami akan berlatih bersama-sama, dan beramai-ramai. Saya paling respek dengan Abang Daud, dia memang pakar dalam martial arts. 

Training kami ni memang ala askar juga. Lari 20 pusingan memang aktiviti utama. Saya diantara yang paling belakang kerana saya cepat semput - salahkan asthma, bukannya tiada stamina. Haha. Dan setiap kali kami dijadualkan untuk membuat persembahan, mesti di kala matahari sedang panas melampau - memang azab buat kami kerana kami tidak boleh memakai kasut dan mattress yang kami gunakan memang menyerap haba. Kami terpaksa melompat-lompat dan berpura-pura tidak kepanasan. Saya awal-awal lagi sudah bersiap siaga dengan memakai bandage di tapak kaki, supaya kesan panas dapat dikurangkan. Kah kah kah.

Sebenarnya, rasa rindu ini pula menebal bila akhir-akhir ini di Tv ada menayangkan mengenai shorinji kempo, capoeira dan sebagainya. Saya betul-betul mengharapkan saya dapat memegang tali pinggang hitam karate-do dan mencuba seni lain pula. Puas rasanya bila kita sudah berjaya accomplish satu perkara. 

Saya datang dengan tangan kosong, tanpa senjata.
Jika saya terpaksa mempertahankan diri saya, maruah saya, keluarga saya atau pegangan saya, 
Inilah senjata saya, karate - tangan kosong!

September 23, 2011

Aku Penganggur

Saya masih lagi bergelar penganggur, atau bahasa positivismenya - freelancer. Sudah 4 bulan terdampar di rumah. Semakin hari semakin tekanan. Sebagai graduan yang tamat dengan keputusan yang boleh dikatakan cukup baik, tekanan itu saya kira lebih dari orang lain. Saya takut kalau ada yang memandang sinis dengan mengatakan bahawa saya memilih kerja, atau saya tidak punya communication skill yang bagus - itu yang sering ditulis di media tentang punca pengangguran di negara ini. Ataupun saya hanya bagus di kertas peperiksaan sahaja. Saya langsung tidak memilih kerja, malah saya ada memohon jawatan biasa yang tidak setimpal dengan lulusan saya. Itupun tidak berjaya. Jawapannya saya cukup bagus untuk jawatan itu. Mereka takut kalau saya mendapat offer yang lebih baik, saya akan berhenti. Dan akibatnya mereka terpaksa mengiklankan lagi, suatu yang harus dielak jika mereka mengambil kira kos. Saya juga pernah dipuji ketika interview kerana cara berkomunikasi saya.

Sedia maklum, jawatan kosong kerajaan juga telah dibekukan sehingga Ogos. Yang terbaru saya dengar ianya telah dilanjutkan lagi. Maka graduan-graduan di seluruh Malaysia terpaksa fokus kepada sektor swasta. Satu persaingan yang hebat di antara satu sama yang lain (fresh graduate) dan juga yang sudah mempunyai pengalaman bekerja bertahun-tahun. Memang ada jawatan kosong kerajaan, agensi dan GLC yang diiklankan, malangnya berdasarkan pemerhatian saya semuanya hanyalah kontrak. Saya tidak tahu kenapa, tapi seperti tanda kerajaan sudah kesuntukan wang. Bagi pencari kerja, ini sesuatu yang harus difikir-fikir kerana sudah tentu kami mahukan job security. Jika kontrak habis, tiada jaminan ianya akan disambung semula.

Betul lah, terlampau ramai graduan tetapi job market tiada. Ini sebenarnya punca pengangguran yang utama. Lebih-lebih lagi yang berada di tempat bukan tumpuan seperti di Sabah. Memang rasa kepayahan mencari kerja. Untuk berhijrah ke kotaraya (baca: Kuala Lumpur) peluang pun mungkin tipis kerana disana pun sudah ramai pencari kerja yang senasib. Kawan saya sendiri yang sedang berada di sana masih belum mendapat pekerjaan. Do not seek job, but create job. Atau bahasa mudahnya buat business. Macam mana kalau modal pun tiada. Kalau mau memohon dengan sebarang pinjaman, suatu yang harus difikir-fikir kerana pinjaman PTPTN pun belum lepas, inikan lagi pinjaman perniagaan. Memang suatu yang payah bila hidup kita ini bekerja untuk membayar hutang dan bil. Sebab itu last resort bagi pencari kerja adalah mencari cable atau orang dalam. Ada dua tiga kawan saya sudah berjaya mendapat kerja dengan cara ini walaupun sepertinya ada yang lebih baik dari mereka. Saya pernah bercakap dengan seorang kenalan mengenai ini dan dia berpesan supaya bersabar dan berusaha sendiri. Jangan sampai mengambil hak orang lain. Saya setuju, tapi ekonomi pencari kerja tidak boleh terus menunggu. Saya pun kalau boleh mahu mengelak dari last resort ini kerana dua kakak saya mendapat kerja yang bagus tanpa bantuan orang lain. Suatu yang memalukan kalau saya memecah tradisi ini. Tapi itu lah, saya berharap nasib saya akan bertambah baik, kalau tidak mungkin saya akan akur kepada Plan B atau Plan C.

Ya, semoga Tuhan mengurniakan rezeki kepada kita pencari kerja. Tolong doakan saya. Terima kasih.

p/s: Kalau ada yang mahu menawarkan kerja, boleh lah tinggalkan e-mail di ruangan komen. Nanti saya hantar resume. Confirm dapat kan? kah kah kah.

September 18, 2011

ISA- Optimistik dan Pesimistik

Bila saya membaca akhbar mengenai #NajibsAnnouncement yang akan disiarkan secara live, saya jadi teruja. Bukan teruja dengan apa yang akan disampaikan, tapi teruja dengan feedback dan komen yang bakal diberi oleh pihak tertentu - dari orang ramai, media, penganalis politik sehinggalah ahli politik itu sendiri. Ini kerana pandangan mereka ada yang bernas, tapi ada juga yang sekadar membodek. Waktu ini lah saya akan ketawa kah kah kah. Bayangkan, dahulu bila ada tentangan terhadap ISA, mereka mengatakan bahawa akta ini sangat relevan. Tapi bila akta ini diisytiharkan pemansuhannya, mereka juga lah yang mengatakan bahawa akta ini tidak lagi relevan. Cuma satu persoalan saya, adakah rancangan pemansuhan ini sudah dibahaskan di peringkat parlimen? Atau baru bakal dibincangkan? Kalau najib sudah memberi keputusan tanpa bawa isu ini ke parlimen - ini nampaknya satu tanda kepada kita.

Saya sudah dapat merasakan ada sesuatu yang besar harus dilakukan segera oleh najib jika mereka mahu terus mendapatkan kepercayaan dan persetujuan rakyat. Berdasarkan situasi sekarang yang tegang dengan isu pensejarahan dan komunis, tindakan memansuhkan ISA adalah satu langkah yang 'signifikan' bagi najib. Bagi saya, ini satu bentuk public relations untuk memenangi hati rakyat. Pasti ramai yang akan menganggap najib sebagai seorang pemimpin yang berani, pasti ramai yang akan salute kepada beliau. Ini kerana para perdana menteri yang terdahulu belum pernah berbuat sedemikian. Lalu najib akan dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup melakukan apa sahaja transformasi demi kepentingan negara. Nah, lihat saja, ada sudah yang menggelar beliau sebagai Bapa Transformasi. Beliau juga sudah turun ke Konsert Suara Kami untuk menunjukkan coolness beliau kepada anak-anak muda. Sebagai pengamal perhubungan awam, ini satu benda yang wajib. Tapi sebagai rakyat marhen seperti saya, imej yang positif akan datang dengan sendirinya kalau pemimpin benar-benar mementingkan rakyat. Ada baiknya kalau najib dan barisannya mencari solusi kepada masalah pengangguran anak-anak muda sekarang. Saya tidak menentang sebarang bentuk konsert (kecuali konsert Justin Bieber dan seumpamanya) kerana itulah cara manusia untuk berhibur, tapi kita semua harus maklum bahawa semakin banyak graduan yang keluar dari universiti, tapi hanya mampu duduk di rumah kerana tiada pekerjaan.

Najib juga ada memberitahu tentang dua akta baru bagi menggantikan ISA. Ada juga akta yang berkaitan dengan pengganas. Suatu yang malang jika akta baru ini sama sahaja modus operandinya dengan ISA cuma ditukarkan nama dan disedapkan bunyinya sahaja. Saya hairan kenapa sejak kebelakangan ini tv3 menyiarkan segmen esklusif tentang kejadian pengganas di Bali dan sebagainya. Saya ingatkan ulang tahun kepada peristiwa ini tapi saya silap. Ini sebenarnya satu langkah untuk mengolah persetujuan rakyat tentang bahayanya pengganas dan eureka! kerajaan telah berusaha melindungi rakyat dengan menampilkan akta baru. Satu lagi, perkataan 'pengganas' lebih dangerous bunyinya. Maka orang ramai wajib hati-hati dengan sesiapa yang ada potential untuk jadi 'pengganas' - ini yang mungkin sedang didoktrinkan oleh mereka. Sebagai pengamal body language, bahasa tubuh badan najib menunjukkan sesuatu yang aneh. Tapi sebagai rakyat marhaen seperti saya, bahasa tubuh badan tidak penting, yang penting action. Yang penting walk the talk. Kalau betul najib serius dengan agenda negara, silakan.

Ada yang melihat langkah najib untuk memansuhkan ISA ini kerana takut kalau-kalau beliau kalah dalam pilihanraya, nanti anwar pula akan menyumbat beliau terus ke kem tahanan. Saya bukan pro anwar mahupun anti najib, tapi saya kira anwar tidak akan sebodoh itu. Ini akan memberi bad image kepadanya. Anwar harus mengekalkan imej positif beliau ketika itu dan menggunakan konsep bicara. Dan kalau anwar menang, beliau sudah pasti akan bergembira duduk di kerusinya dan meneruskan agenda politiknya yang lain.

Apa-apapun analisa kita tentang pemansuhan ISA - sama ada optimistik ataupun pesimistik, ada satu tanda yang pasti, kita akan mengundi tidak lama lagi. 

Mohon pencerahan.

September 16, 2011

54 atau 48?

Malaysia tidak lahir pada tahun 1957, hanya Tanah Melayu sahaja yang merdeka ketika itu. Sabah dan Sarawak masing-masing mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1963, dan selepas itu baru lah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Bagi saya, ini lah kemerdekaan yang sebenar bagi negara Malaysia.

54 atau 48, ada satu lagi fakta yang harus diberi perhatian. Bukan bersifat parochial, tetapi rakyat Sabah dan Sarawak wajib bangun dan berjuang menentang hak mereka yang sudah lama dinafikan, hak mereka yang sedang rakus dirampas. Rakyat Sabah dan Sarawak wajib sedar yang jika kita membiarkan perkara ini berterusan, kita akan menjadi pendatang di bumi sendiri.

Selamat Hari Jadi Malaysia, semoga anak-anak muda, termasuk saya, lebih berani untuk ke depan.

August 31, 2011

Die Gedanken Sind Frei

Merdeka?

Khalas!

Sejarah hanya ditulis oleh mereka yang menang, dan berkuasa



Die Gedanken Sind Frei, my thoughts freely flower
Die Gedanken Sind Frei, my thoughts give me power
No scholar can map them, no hunter can trap them

No man can deny, Die Gedanken Sind Frei

I think as I please and this gives me pleasure
My conscience decrees this right I must treasure
My thoughts will not cater to duke or dictator

And should tyrants take me and throw me to prison
My thoughts will burst free like blossoms in season
Foundations will crumble and structures will tumble

And free men will cry, Die Gedanken Sind Frei

August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Kadang-kadang saya rasa ucapan selamat hari raya maaf zahir batin ni klise, hanya di bibir dan bukan dari hati. Tapi semuanya terpulang kepada orang yang mengucapkannya. Hari ini saya merendahkan diri dan merendahkan hati ingin memohon maaf kepada mana-mana orang perseorangan. Kalau boleh mahu saja saya jadi seperti Earl dalam cerita My Name Is Earl, yang berusaha redeem kesilapannya dengan berbuat baik kepada orang yang pernah disakitinya. Tapi saya tidak mampu melakukan perkara-perkara besar seperti Earl. Saya hanya mampu meminta maaf melalui kata-kata saya ini. Mungkin ada perbuatan saya yang membuatkan anda marah. Saya minta maaf, saya ini masih dalam proses mengenal hidup. Sering saja melakukan kesilapan.

Kalau ada pula yang ingat saya sakit hati dengan anda, jangan risau. Saya ini jenis yang bukan pemarah atau pendendam orangnya. Saya anggap semua itu macam angin yang berlalu sahaja. Masa itu juga lah saya maafkan anda, tiada simpan-simpan dalam hati. Sebagaimana saya kenal anda yang baik hati, itulah juga yang akan kekal sampai bila-bila. Pandangan saya terhadap anda tidak akan berubah sekalipun anda menjauh. Saya harap anda juga begitu. Terima kasih atas segalanya, selamat hari raya dan semoga amalan kita di Ramadhan diterima Tuhan.

Mudah-mudahan kita bertemu lagi

29 Ramadhan 1432h
4.07pm

August 26, 2011

Sungkai

Semalam saya dan beberapa orang kawan keluar bersungkai (baca:berbuka puasa) di luar. Tak sempat panggil semua orang kerana kesuntukan masa. Bila berkumpul ramai-ramai memang best, ditambah lagi dengan gaya dan karenah masing-masing. Sambil sambil kami mengenang cerita masa sekolah. Kami juga ke satu tempat wajib kami. Saya sempat menyanyi beberapa buah lagu, dan juga berduet. Macam biasa genre lagu pilihan memang universal - lagu rock kapak yang tidak boleh ketinggalan, kah kah kah.

Sebelum ke destinasi sungkai, saya berjumpa dengan seorang rakan yang mau membeli kamera Russian FED4 saya. Saya setuju untuk menjual walaupun pada mulanya saya tidak mahu. Tapi saya harus kerana saya mau menambah tabungan saya untuk membeli sesuatu. Jangan risau, minat saya pada lomography tidak pernah hilang. Saya masih menyimpan kamera holga - sepertimana janji saya untuk diserahkan kepada tuan sebenarnya kalau dia masih berminat.

Saya sebenarnya jarang menonton televisyen. Tapi ramai yang bercakap tentang Pompa Bensin. Google punya google, rupanya ini adalah sebuah band yang menyanyikan lagu OST untuk drama Ramadhan Terakhir di TV3. Boleh tahan lagu ni, susunan musik pun best. Boleh dibuat lagu untuk jamming (baca: karaoke) nanti. Haha. Apa-apapun, buat yang memandu, hati-hati ok. Kalau penat atau mengantuk, mintalah orang lain yang drive pula. Jaga jaga dengan blind spot. Pengalaman accident saya yang dulu kadang-kadang buat saya takut. Macam mana kalau disebabkan kelalaian saya, orang lain yang cedera atau terkorban. Kalau diri sendiri saja, tak apalah. Tapi kena fikir juga, nyawa itu berharga. So, take care!



Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada disisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana aku mengingatimu
Kerana aku mencintaimu

Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu jauh dimataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu

August 20, 2011

Iqro!

Baca al-Quran itu memang bagus, tapi lagi bagus kalau kita memahami isi kandungan kitab ini. Ayat al-Quran itu sendiri selain mempunyai maksud yang terang dan jelas, ada masanya memerlukan kita memahami dan menghayati maknanya yang tersirat. Tiada guna kalau kita bangga mengatakan bahwa kita sudah khatam al-Quran berkali-kali tapi kita langsung tidak tahu intipatinya!

August 16, 2011

Selamat buat Indonesia!

2002.

Semua orang bercakap tentang Ada Apa dengan Cinta. Tentang Seseorang. Tentang Rangga. Tentang Cinta.

Saya tidak tahu adakah sejak itu saya jatuh hati dengan keunikan Indonesia, atau sejak azali lagi. Namun yang pasti apabila sekumpulan pelajar Indonesia datang ke sekolah saya pada tahun 2004 untuk program pertukaran pelajar, di situlah saya makin tersentuh dengan kesopanan dan rumpun budaya yang dibawa mereka. Angga, Gerald dan Dewi. Semuanya memang baik, tapi saya lebih rapat dengan Angga walaupun dia ditempatkan di kelas lain.

Ada yang menganggap saya pelik kerana begitu menghormati orang-orang Indonesia, tapi saya abaikan sahaja. Mereka tidak mengetahui. Sastera dan seni Indonesia sangat indah dan luas, sama seperti di Malaysia. Cumanya saya lebih tertarik dengan Indonesia kerana lenggok bahasa dan corak budaya mereka. Terlalu abstrak dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lihat sajalah karya-karya Chairil Anwar, Goenawan Mohamad, Pramoedya Ananta Toer, Widji Thukul, W.S Rendra, Hamka, Andrea Hirata, Iwan Fals dan ramai lagi. Memang keren habis!

Walaupun belum pernah ke sana, tapi saya tahu ada beberapa tempat yang seni binanya juga cantik. Mereka masih mengekalkan konsep tradisional yang mana nilai estetika dan arsitektur itu sangat tinggi. Saya lebih suka sesuatu yang lama dari yang terlalu modern. Bagi saya, impressive. Kalau dibandingkan KLCC dengan Candi Borobudur, saya pasti pilih yang nombor dua.

Indonesia juga satu tempat percutian yang bagus. Kalau sudah bekerja nanti, saya mau menabung untuk menjejakkan kaki ke sana. Tapi bukan lah untuk shopping tudung, jubah, baju, seperti yang dilakukan orang lain (ok, mungkin sampingan lah, haha), tapi mau memburu toko-toko buku, dan juga merasai kehidupan di sana. Ya, Indonesia adalah 1st choice saya kalau mau berbulan madu. Haha.

Entri ini sebenarnya saya tulis bersempena dengan hari kemerdekaan republik itu - 17 Agustus. Buat teman-teman saya di Indonesia, selamat buat kamu. Senang-senang kirimkanlah saya pacar dari sana - kah kah kah!

Anda -Tentang Seseorang

teruntukmu hatiku
inginku bersuara
merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu mengangguku
seseorang itukah dirimu kasih

kepada yang tercinta
inginnya ku mengeluh
semua resah di diri
mencari jawab pasti

akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab

dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

August 12, 2011

Artikel - Durian FM - Sepasang Kurung Biru

Tadi saya sedang menyiapkan sebuah jurnal artikel. Artikel ni satu collaboration di antara saya dengan lecturer saya. Lanjutan dari research saya yang lepas. Kalau siap dan bagus, bakal di muatkan dalam Kajian Malaysia. Mungkin juga akan dihantar ke mana-mana conference. Insya Allah. Sambil-sambil tangan menaip, telinga saya pula mendengar Durian FM. Best dengar radio ni, lebih-lebih lagi segmen Tanda Tanya, setiap Isnin-Jumaat jam 8-10 malam. Tiba-tiba pula lagu Sepasang Kurung Biru diputarkan. Ok, lama lagi mau raya. Ada 2 minggu lagi. Tapi raya ataupun bukan, kalau dengar lagu ni memang sayu! Suara Khairil Johari Johar ni pun memang sedap. So, enjoy the song. Hehe.

p/s: Baju raya saya sudah siap, tapi bukan berwarna biru!

http://www.durianfm.com/index.php#

August 8, 2011

Ramadhan Saya

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini mungkin bukanlah yang terbaik kalau mahu dibandingkan dengan orang lain, tapi lebih baik dari Ramadhan saya yang lepas. Mungkin terlalu awal untuk dikatakan sebab belum tamat pun bulan baik ni, tapi inilah yang berlaku pada minggu pertama Ramadhan saya. Harap-harap konsisten dan berterusan.

Minggu pertama ni awal-awal lagi sudah dapat banyak ajakan beberapa orang kawan untuk berbuka bersama-sama. Tapi saya tolak dengan baik kerana kesuntukan masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Tapi seperti yang dijanjikan, saya akan menyusun jadual dan melaksanakan tugas sebagai organizer acara berbuka puasa ramai-ramai. Macam biasa tugas ini dipegang saya kerana kata mereka saya penolong ketua kelas masa sekolah menengah dahulu. Jadi saya lah yang harus bertanggungjawab. Adeh, gini lah member. Ok lah, tunggu aaa kawan-kawan!

Ada juga pergi surau depan rumah. Bukan mahu mengejar pahala semata, tapi mahu mencari ketenangan. Memang best solat jemaah ni. Paling best bila lalu sekumpulan jejaka yang sedang duduk menunggu masuk waktu, memang tersipu-sipu malu. Segan mahu bertentang mata! Mungkin disebabkan environment yang sebegitu rupa, jadi pandangan mata pun dijaga. Hehe.

Orang cakap bulan ni lah kena banyakkan ibadah dan berdoa. Bulan yang mana doa mudah untuk dimakbulkan. Tapi saya tidak mengharap sesuatu yang besar cumanya saya mahu yang baik-baik sahaja untuk diri saya, keluarga saya dan sesiapa sahaja. Saya tahu saya cumalah hamba-Nya yang masih jahil, dan saya adalah manusia biasa yang selalu tewas. Saya tidak layak untuk meminta lebih. Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa mendoakan saya.

Salam Ramadhan.

July 7, 2011

Unclean

Saya berhajat ingin menulis tentang isu ini tapi saya memilih untuk berdiam diri pada awalnya. Sebabnya saya rasa saya tidak layak untuk membuat sebarang pandangan. Saya bukanlah pakar dalam hal-hal sebegini. Cuma hari ini saya rasa terpanggil untuk menulis setelah melihat komen-komen di facebook mengenai bandar KK yang kecoh dengan FRU dan polis, dan saya juga faham bahawa saya adalah seorang rakyat yang berhak bersuara.

Saya lihat isu ini sebagai suatu perkara yang positif, dan juga negatif. Positif kerana yang tidak pernah ambil tahu tentang isu-isu semasa mula berminat memahaminya. Betul lah ada satu kajian yang mengatakan bahawa social networking sites seperti facebook membuatkan orang lebih peka dengan isu politik. Apabila rakyat turun ke jalan beramai-ramai, ini adalah satu signal kepada kerajaan mengenai people power. Kita harus hormati perjuangan mereka. Ramai yang bertanya kenapa tidak tunjukkan melalui undi. Pertama, perlu faham apa tuntutan Bersih yang sebenarnya. Bukan mahu tumbangkan kerajaan yang ada sekarang. Kedua, kalau pilihanraya boleh mengubah keadaan, sudah lama ianya diharamkan. Pilihanraya sekarang cuma satu tanda bahawa kerajaan telah mengamalkan prinsip demokrasi.

Negatif apabila Bersih yang sepatutnya non-governmental organization turut diwakili oleh pihak pembangkang. Tidak salah mereka bersama-sama dengan tuntutan Bersih tapi tidak wajar bila mereka ke depan. Ini memberi bad image kepada public di mana mereka melihat Bersih sebagai satu agenda politik pihak pembangkang. Ada juga yang ingin menyertai kerana saja-saja atau rasa benda ini cool. Mungkin perkara yang baik apabila nanti mereka diberi pencerahan oleh orang yang lebih faham. Tapi malangnya apabila mereka tidak kekal dengan matlamat asal. Satu lagi perkara yang saya tidak suka, apabila ada orang condemn tanpa memahami perkara sebenar. Bagi saya, masing-masing punya fahaman dan ideologi sendiri. Yang setuju, setujulah. Yang tidak, tidaklah. Yang tidak setuju, buat apa mau ribut-ribut? Yang setuju juga rakyat, mereka juga berhak bersuara. Malah apa yang disuarakan adalah untuk kepentingan bersama. Agree to disagree. Tapi pastikan anda tanya dan faham dulu, baru cakap.

p/s: Apabila rakyat turun ke jalan, keadaan dikuasai oleh rakyat. Tapi apabila stadium tempat berhimpun, situasi sudah berubah di mana pihak yang satu lagi berkuasa. Tuntutan Bersih seharusnya difahami juga oleh rakyat Sabah, kerana kita sudah maklum dengan isu PTI, projek IC dan sebagainya.

July 4, 2011

klasik!

Saya pernah bermimpi untuk hidup di zaman ini.

Dan masih bermimpi.


June 22, 2011

Life As a University Student

17hb lepas, result exam keluar. Alhamdulillah, masih lagi maintain pointer walaupun ada sedikit penurunan. Tarikh ini juga sebenarnya menandakan tamatlah sudah pengajian saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda. Nampak hebat kan title ni? Haha. Ok2, ada pelbagai reaksi dari kawan sekelas saya. Sudah tentu ramai yang gembira dan excited. Ya, tidak perlu lagi menghadapi tekanan exam, research, test, assignment dan sebagainya. Saya? Jujur saya katakan yang saya dalam gembira, ada sedih, dan dalam sedih, ada ralat.

Sepanjang 5 tahun saya belajar di sini, ada benda yang saya kesalkan. Diri saya dan persekitaran. Masa saya baru masuk Diploma, biasalah, belum tahu apa-apa, jadi ikut saja peraturan dan jadi budak baik. 2 semester pertama saya dpt DL. Masuk semester ketiga, saya sudah kurang serius dalam pelajaran. Kuat main, kuat berpoya-poya. Kesannya, result exam teruk sangat. Semester keempat, saya berjaya catch up pointer tapi malangnya saya masih tidak serik. Sekali lagi pointer jatuh dan terus jatuh di akhir pengajian Diploma.

Masa ni lah baru saya terbangun dari tidur yang panjang. Saya cari punca dan jawapan. Di mana silap saya, dan ke mana harus saya tuju. Ketika saya mendapat tawaran Degree, saya sudah nekad tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang lepas. Saya block perkara-perkara yang boleh menganggu saya. Selama 2 tahun saya berusaha, akhirnya saya pasti dengan langkah saya pada awalnya dan sekarang saya sudah tamat pengajian dengan cemerlang. Ada 4 semester, 3 kali DL dan habis dengan First Class Honours. Kalaulah semester pertama saya dapat DL juga, sudah tentu saya dianugerahkan dengan ANC. Tapi saya tidak kisah dapat ANC atau tidak, kerana yang penting kenapa saya mau belajar. Terus terang, saya belajar bukan sebab mau mendapat kerja, tapi saya belajar kerana saya memang suka belajar.

Pesan saya dengan siapa-siapa saja yang mau dan masih menuntut, tidak kiralah di institusi mana. Sama ada sekolah, kolej atau universiti, tolonglah sayang dan hormat pada ilmu. Apa yang kita buat menentukan siapa kita. Ramai student yang copy paste assignment, meniru masa test dan sebagainya. Ini realiti. Memang mudah dilakukan, dan memang akan grad kalau lepas dalam exam, dan tidak tertangkap. Tapi berani saya katakan yang orang seperti ini tidak ikhlas dan tidak jujur dalam mencari ilmu. Ya, ukuran ikhlas dan kejujuran itu subjektif tapi boleh kah kamu time konvo, naik pentas, genggam scroll, sambil disaksikan oleh ibubapa kamu, dan dengan bangga nyatakan "Saya belajar dengan titik peluh saya sendiri, saya tidak meniru sesiapapun, dan tidak plagiarise. Saya mendapat sesuatu ketika saya belajar. Ini hasil saya berusaha 5 tahun, bapak, mummy". Boleh? Sebab itu saya tabik dengan orang yang mungkin hanya sekadar lulus dan tidak mendapat apa-apa pencapaian, tapi tidak pernah melakukan benda-benda di atas. Saya hormat pada repeaters yang gagal tapi tidak meniru, dari orang yang lulus tapi meniru!

Satu lagi, kalau ada dapat bantuan mana-mana pihak, macam PTPTN, MARA atau Zakat, ingat lah itu bukan duit kita woi. Itu duit pembayar cukai! Jadi gunakan lah di tempat yang sepatutnya. Senang-senang ja guna duit orang. Kalau guna duit untuk belanja makan, sewa bilik, itu tidak mengapa. Sebab dalam proses mencari ilmu, of course lah kita perlukan tempat tinggal, makan dan sebagainya. Tapi beli handphone baru? BB pula tu. Bila lecturer suruh beli buku, mula lah banyak alasan. Sanggup fotostat buku dari beli buku, sebab mau up to date dengan the latest trend. Ok2, kalau PTPTN, MARA, nanti bayar balik juga kan kalau sudah bekerja. Boleh dimaafkan. Tapi ZAKAT? Gila ka apa pergi memohon zakat dan mengaku orang miskin, tapi guna duit tu untuk berjoli. Ada kereta pula tu, parents pun sangat berkemampuan. Bukan banyak tanggungan pun. Saya pernah praktikal di Pusat Zakat, dan saya tahu, bagaimana sebenarnya keadaan orang yang betul-betul susah. Ingat satu perkara, Zakat = Fisabilillah. Time isi borang permohonan, ada perkataan ni kan? Bila kita guna duit ni, ingat-ingatlah, kita sedang ambil hak orang lain. Saya bukannya bagus sangat pun, tapi saya rasa kecewa bila ada yang ambil hak orang yang lebih memerlukan sedangkan dia mampu. Saya lagi malu pada kawan-kawan yang non-muslim.

Macam panjang pula tulisan saya. Bukan mau mengata mana-mana pihak, tapi sambil-sambil mengisi masa lapang, saya harap tulisan saya dapatlah memberi kesan kepada yang membaca. Masa saya belajar, saya gagal menghalang perkara sebegini dari dilakukan oleh kawan-kawan saya. Sebab tu saya ralat dan saya harap tiada lagilah isu-isu macam ni. Kita belajar ilmu, jadi hormat pada ilmu. Kalau anda buat perkara-perkara di atas, anda tidak patut merasa bangga memegang title sebagai Diploma holder mahupun Degree holder. Malu sikit dengan orang yang hanya memegang sijil SPM, tapi jujur dan ikhlas dalam mencari ilmu. Yang ni baru cool!

Kehidupan sebagai pelajar sebenarnya amat berat, jadi jangan jadi bodoh dengan berlagak pandai. Lebih baik bodoh dari pura-pura pandai. tq.

June 8, 2011

Obedient Wives Club

Topik: Obedient Wives Club

1. Saya belum berkahwin tapi bagi saya, perkahwinan bukan sekadar seks semata-mata. Perkahwinan adalah cara untuk menghalalkan seks.

2. Perkahwinan mungkin satu tanda cinta, tapi seks tidaklah bersamaan dengan cinta.

3. Tiada jaminan dalam dunia ini. Maka seks juga bukan jaminan terhadap sesebuah perkara.

4. Saya setuju seorang isteri harus taat kepada suaminya, tapi saya juga setuju seorang suami harus taat kepada isterinya. Taat dalam konteks ini adalah sifat hormat, tidak dayus, saling mengasihi, menjaga keperluan isteri dan keluarga, tidak menggunakan isteri untuk tujuan tertentu, dan sebagainya lagi.

5. Saya suka sekiranya ahli-ahli dalam club ini berkongsi idea dan tips untuk memasak, menjahit, parenting dan lain-lain lagi. Tapi untuk ajar sex lesson, saya rasa agak pelik.

Konklusi: Saya berazam untuk menjadi isteri yang taat. Siapa-siapa yang berminat, tinggalkan lah nombor telefon. Mungkin kita boleh panjangkan cerita. Haha.


June 4, 2011

Surat Cinta Dari Juli

Rumi,

Hari pertama kita berkenalan, aku sudah tahu kau lah orang yang aku tunggu selama ini. Pada mulanya aku ragu-ragu untuk menerima kau dalam hidup aku kerana aku orang yang takut menerima kenyataan yang pahit, aku takut kalau aku akan kehilangan kau sekiranya kita bersama. Alhamdulillah, kau berjaya meyakinkan aku.

Manis cuma sekejap saja. Rupa-rupanya ada topan yang melanda. Cinta kita mendapat tentangan orang ramai. Aku tidak tahu mengapa dan aku masih kalut akan hal ini. Di saat aku jatuh dan hampir tewas, kau datang dan bangunkan aku. Sekali lagi kau meyakinkan aku. Terima kasih untuk itu. Kalau tiada kau, aku rasa aku bukan yang dulu lagi.

Cepat sekali masa berlalu. Aku tidak tahu apakah penghujung bagi cerita kita ini. Aku tau Tuhan yang mengatur semuanya ini dan kita harus berharap padaNya. Banyak sangat dugaan yang kadang kala membuatkan aku lemah apabila memikirkannya. Aku berdoa semuanya akan baik-baik sahaja. Kalau tidak, aku ada rancangan yang lain. Rahsia dan muktamad. Buat masa ini, aku berusaha sedaya upaya untuk menjadi lebih baik dari hari-hari kelmarin. Aku tahu kau juga begitu.

Sebenarnya aku tidak tahu berpuitis. Tapi aku ingin kau tahu, tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu. Aku juga tidak pandai berbahasa English. Tapi kau harus tahu satu perkara, there is many men around but I do not see no one except you. Rumi, you are the best I ever had. Thanks for the sweet memories.

P.S. I Love You!

Juli


May 26, 2011

maya

Hari ini tiba-tiba dapat misscall dari nombor yang tidak dikenali. So saya pun call balik nombor tu, ingatkan company mana yang call (konon2 ada lah panggilan untuk interview). Rupa-rupanya itu adalah Endy. Dia sekarang di Labuan atas urusan kerja dan akan naik flight ke KK untuk balik ke KL. Ada gap sejam sementara tunggu flight tu. Kami pun berjumpa di airport. Rasa gembira dan excited sebab saya kenal dengan dia sejak tahun 2004, tak pernah berjumpa langsung, dan selalu lost contact. Sebabnya dia selalu tukar phone number. Nasiblah saya masih gunakan nombor yang sama dan dia berjaya contact saya semula hari ini. Lucu juga sebab 7 tahun berkawan, baru sekarang dapat jumpa. Tapi betul lah kata orang, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Dan ternyata hari ini jodoh kami berjumpa.

Banyak kawan yang saya kenal dari mirc, masih berhubung sampai sekarang. Kalaupun lost contact, kalau berjumpa balik, masih boleh cerita-cerita macam biasa, macam tak pernah lost contact langsung! Ya lah, bila dah lama sangat lost contact, bila berjumpa balik, mesti blur dan tak tahu nak cerita apa. Kan? Kadang-kadang, kawan yang kau rasa kau kenal sangat, rupanya fake dan lebih "maya" dari kawan yang kau kenal kat alam maya.

May 8, 2011

Projek Sehabis Jalan

Sekarang saya sedang bercuti. Sambil memikirkan perancangan masa depan, saya cuba melakukan beberapa aktiviti yang dari dulu saya mahu, tapi tidak terlaksana. Semua aktiviti tersebut diletakkan dalam satu projek yang dinamakan Projek Sehabis Jalan. Kenapa "Sehabis Jalan"? Ini kerana ada dua tiga benda yang saya minat, tapi hanya separuh jalan. Saya sikit lagi dapatkan black belt karate, tapi hanya setakat purple brown kerana komitmen lain dan tidak bersetuju dengan cara sensei saya. Saya juga pernah belajar main gitar, tapi berhenti untuk sebab yang saya sendiri tidak tahu. Haha. Jadi kali ni, saya akan cuba pastikan aktiviti-aktiviti ini berjaya dan tidak separuh jalan lagi.

1. Stencil dan Graffiti
2. Komuniti
3. Lomography
4. Masterchef
5. Buku
6. Ukelele
7. Dan perkara-perkara berbangkit

Ada juga kawan-kawan yang akan join antara beberapa aktiviti di atas. Sekarang cuba recruit lagi ramai kawan sekepala. Benda ni memang perlukan belanja. Jadi saya akan mencari kerja part time untuk menampung kos. Mana-mana yang mahu offer kerja kosong, contactlah saya. Saya akan pertimbangkan. Haha.

April 24, 2011

Periksa

29 April, 4 May, 6 May - Mudah-mudahan lancar!

Amin.

April 21, 2011

Tragedi Bulan April

Betul-betul genap sebulan saya meningkat usia, saya mengalami satu tragedi yang hampir meragut nyawa saya. Ketika dalam perjalanan, kereta di hadapan saya tiba-tiba berhenti mengejut. Saya terkejut dan tidak dapat mengawal kenderaan. Saya sebenarnya cuba mengelak dari berlaku kemalangan dengan kereta hadapan. Akibatnya kereta saya terpusing ke lorong kiri. Di lorong kiri pula ada lori 12 tan. Pemandu lori itu juga terkejut dan melanggar saya. Akibat pelanggaran itu juga, kereta saya disorong ke sebelah kanan lagi dan melanggar 3 lagi buah kereta. Nasib baik kereta itu ada di lorong u-turn, kalau tidak kereta saya pasti akan terbuang ke lorong sebelah yang bertentangan arusnya.

Saya selamat. Saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang oleh Nya. Tapi ketika kejadian, saya sudah nekad, kalau Dia mahu mengambil nyawa saya ketika itu, saya redha. Rupanya Tuhan bagaikan mahu memberi teguran kepada saya. Nyawa bila-bila sahaja boleh melayang. Bukan milik kita tapi Dia. Kalaupun kita hati-hati ketika memandu, kalau Dia mahu kita dilanggar kenderaan lain, kita tidak boleh lari. Kalaupun kita sedang duduk diam di dalam rumah, kalau Dia mahu Tsunami berlaku, kita tidak boleh lari. Dan kalau ketika sedang menulis entri blog pun, kalau Dia mahu Izrail datang menyambut kita, kita tidak boleh lari.

Satu lagi yang pasti, sedikit sebanyak kemalangan ini meninggalkan trauma buat saya. Accident ini seperti babak dalam movie. Saya teringat cerita dalam Inception di mana kereta mereka terjunam ke dalam laut dalam slow motion. Tragedi saya juga begitu. Betapa perlahan masa ketika kereta saya disorong dan ketika kereta saya berhenti, barulah saya sedar dengan jelas bahawa saya mengalami kemalangan. Mungkin saya cuai, tapi saya rasa ada mesej disitu.

Kita cuma pinjaman saja.

March 29, 2011

Twenty Three

Ada orang tanya, "Berapa umur kau?"

Saya bertanya balik, "Agak-agak berapa?"

"Hm, 17?"

"Betul lah tu"



March 19, 2011

Gig dan Skinhead

S.H.A.R.P - Skinheads Against Racial Prejudice

Minggu lepas ada kawan bawa pergi gig. 19hb katanya. Saya memberi janji tapi ingatkan dia cuma ajak-ajak ayam. Kelmarin dia call lagi untuk mengetahui sama ada saya confirm pergi atau tidak. Kerana tidak mahu menghampakan kawan saya ini, dan saya sendiri mahu menyertai gig ini, lalu saya bersetuju. Gig dijadualkan bermula jam 11, tapi atas sebab-sebab tertentu, jam 2 baru lah start. Gig ini adalah gig skinhead saya yang pertama. Seingat-ingat saya, gig yang saya pernah hadir adalah gig Fauziah Latiff sewaktu saya berumur 7 tahun - kah kah kah.

Terus-terang, saya agak bimbang. Bukannya dengan mereka yang hadir ke gig ini atau budak-budak skinhead. Layanan mereka sangat baik, cuma mereka hairan dengan kehadiran saya yang satu-satunya bertudung. Saya bimbang kalau-kalau ada pihak tertentu membuat serbuan dan tiba-tiba saya menjadi frontpage dalam newspaper. Bayangkan headline "Pelajar Universiti Tempatan Ditangkap Dalam Konsert Haram" dalam akhbar Harian Metro. Ok, saya mungkin paranoid sedikit disini.

Penonton yang hadir ada dalam 100 orang. Kebanyakkan memakai Lonsdale, Fred Perry dan Marten. Ada band dari Singapore datang, seperti The Bois. Ada The Official, ada local bands macam The Regained, The Last Call Heroes, Skaskanskin, The Barrom Heroes dan banyak lagi. Mereka ni datang dari Tawau, Sandakan, Labuan dan juga dari Sarawak. Lagu-lagu yang dinyanyikan juga best. Ada yang nyanyi lagu sendiri, ada yang nyanyi lagu A.C.A.B seperti Bersama Semula. Selain menjadi penonton, saya juga mengambil gambar menggunakan kamera lomografi saya. Saya akan share dengan anda gambar-gambar itu nanti apabila sudah dicuci filemnya.

Sebenarnya budak-budak skinhead ni tidaklah seperti yang diceritakan dalam Mastika, Harian Metro dan sebagainya. Sepanjang pergaulan dan pemerhatian saya di sana, saya rasa mereka biasa saja. Bila mereka menyanyi dan menari, saya lihat solidariti dan kepuasan mereka disitu. Rata-rata mereka kenal satu sama lain. Kalaupun tidak kenal, bila mereka berpogo-pogo bersama-sama, seolah-olah sudah 10 tahun kenal. Saya sendiri pun rasa macam mau join, tapi bila fikir-fikir, malu lah pula. Tapi saya sudah nekad, next time, mesti bawa kawan-kawan, boleh lah berpogo-pogo dengan mereka. haha.

Kepada siapa-siapa yang sebelum ini pernah menyimpan benci atau tidak suka kepada budak-budak skinhead, saya cadangkan anda cuba join mana-mana gig dan lihat sendiri dunia mereka yang sebenar. Jangan dengar atau lihat dari mana-mana sumber, dan terus buat andaian sendiri. Experience it yourself.

Siga saga!

March 15, 2011

Jatuh Cinta

Semalam dengar suara Bondan Prakoso menyanyi, lalu jatuh cinta kepada dia.

Semalam kerja makin bertimbun, lalu bercintalah dengan ia mulai saat ini.

Semalam nocturnal makin menjadi, lalu putus cinta dengan tidur.




Ketika mimpimu yang begitu indah
tak pernah terwujud, ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Yang tak pernah sampai, ya sudahlah

Apapun yang terjadi
Ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everything's gonna be Okay

March 10, 2011

Short Story About Asyraf


Dalam banyak-banyak gambar, gambar ni yang paling saya suka sebab mengingatkan saya dengan perkenalan kami di mIRC. Asyraf a.k.a Acap ni guna nickname RugbyBoy masa tu. Minat sangat main ragbi sampai sakit kuat baru-baru ni. Kena operation lagi. Ha, tengok, siapa yang susah?

Entri ni sebenarnya dibuat sempena birthday dia hari ni. Mungkin sebab birthday kami berdua berdekatan jadi kami senang sangat bergaul. Dia 10hb, saya pula 20hb. Tapi rasa-rasanya, tarikh hari jadi tu bukanlah penyebab. Tapi sebab Acap ni memang baik orangnya. That's why saya berusaha mencari Acap setelah 4 tahun lost contact. Kenal dengan dia somewhere around lepas SPM. Entah macam mana di Oktober tahun lalu, tengah kemas-kemas bilik, nampak alamat e-mail Acap. Tanpa berlengah, saya pun mencari sama ada dia mempunyai facebook. Memang ada pun! Tapi nak tunggu dia balas message punya lah lama. Ya lah, dia ni di tengah-tengah laut. Mana lah nak cari line internet.

Last-last dia balas juga. Kebetulan pula dia cuti. Jadi berpeluanglah kami berhubung melalui hp dan facebook. Kalau boleh nak jumpa dengan Acap ni, dah lama kan lost contact. Entah bila boleh berhubung lagi. Tapi apa kan daya, dia di tempat lain, saya pula di tempat lain. Tak lama lagi dia nak naik kapal dah. Orang 3rd officer kapal, jangan main-main tau! haha

Masa saya susah, dia memang pendengar yang baik. Masa dia susah, saya pun cuba untuk menjadi pendengar yang baik. Nak minta tolong apa-apa dengan dia pun boleh. Relaks ja. Tu yang best kawan dengan dia ni. Tapi kuat makan sangat.. Balik-balik nak minta belanja lokan tapi tak datang sini pun. Apa laaa.. haha

Apa-apapun encik Acap, Fa doakan Acap sihat dan happy selalu di samping keluarga tersayang. Fa juga doakan Acap cepat-cepat kahwin dengan cik Eika tu. Manja-manja pula dorang ni kat facebook. Geli tau! Haha.

p/s: Selamat Hari Jadi Muhammad Asyraf bin Ali! Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu! Naik kapal bagitau Fa, dah kat kapal jangan lupa hantar e-mail. Mesti report keadaan Acap kat situ. Hehe :)

March 6, 2011

Sama Gampang.

Semalam kecoh dengan video "Serdang Cat Killer". Seorang individu yang memijak, memukul kucing sehingga mati. Hari ini sebuah press conference dibuat oleh individu ini di Seri Kembangan bagi meminta maaf. Katanya tindakan itu disebabkan oleh tekanan dengan masalah keluarga. Aiseh. Saya pun mengalami tekanan juga tapi tidaklah sampai tergamak melakukan keganasan seperti ini. Dan ketika press conference berkenaan, dia dilayan seperti dialah mangsa kejadian. Eh, sekarang siapa sebenarnya mangsa, siapa yang pemangsa?

Kalau tidak silap saya, undang-undang di Malaysia hanya memperuntukkan denda RM200 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Memang tidak setimpal, tapi harap-harap sesuatu akan terjadi dengan pesalah-pesalah seperti ini. Amin.

Saya ada seekor kucing, namanya Sagwa. Saya selalu "bergaduh" dengannya gara-gara mau berebut tempat tidur. Kucing ni suka tidur di katil saya. Gundah pula tu. Kadang-kadang saya terpaksa tidur di lantai atau di tempat lain untuk memberi laluan kepada Sagwa. Biasa jam 3-4 pagi bangunkan saya. Lapar. Saya bangun jugalah walaupun agak payah sedikit. Huh, bukan mau memuji diri sendiri tapi orang yang sayangkan haiwan adalah orang yang berjiwa penyayang dan penyabar. Dan juga waras. Mungkin Serdang Cat Killer tidak memiliki ketiga-tiga ciri ini.

Dalam dunia haiwan tiada manusia, tapi dalam dunia manusia ada haiwan.

March 4, 2011

Minggu yang sakit

Satu dua minggu ni memang sakit kerana banyak aktiviti dan isu berbangkit. Satu dua minggu ni memang sakit kerana saya masih sakit.

Kelas berjalan seperti biasa. Hari Rabu minggu lepas, ada karnival. Mula-mula saya menolak apabila lecturer suruh ikut arena orator dengan tema dadah musuh negara - entah apa-apa - Tapi apabila saya fikir-fikir 2-3 minit bercakap pun sudah boleh dapat wang saguhati, saya terus mengambil borang. Hentam seja lah. Yang penting confirm dapat RM30. Pedulikan sekejap sakit.

Hari Ahad pula join outing budak-budak lomo dan sk8. Agak mencabar kerana kami berjalan di tempat awam dengan jumlah 20 lebih orang sambil membawa camera dan skate. Kami berhati-hati supaya tidak dikejar pihak tertentu. Agak mencabar juga kerana I am the only girl. Haha. Hentam seja lah. Yang penting dapat input, pengalaman dan berkenalan dengan kawan baru. Thanks Subkhi and Eugene!

Minggu ini banyak isu timbul. Satu perkara yang jelas, lidah yang panjangnya 3 inci boleh membunuh manusia yang tingginya 6 kaki!

Oh ya, campur esok, 3 kali sudah saya berjumpa doktor. Rasa-rasa saya kena jumpa dukun baru sembuh, haha.

February 22, 2011

Kronik

Sakit tak baik-baik lagi. Lagi kronik rasanya. Makan ubat sudah, minum air banyak-banyak sudah, tidur pulas-pulasan pun sudah. Lusa pula ada test. Kalau berterusan macam ni, susahlah. Terpaksa minum ubat herba Cina yang amat pahit. Minum pun sekali teguk. Huh. Berkesan atau tidak, baru cuba dua malam. Apa-apapun, tribute untuk Sudirman sempena pemergian beliau yang sudah mengjangkau 19 tahun. Sememangnya filem Kami adalah filem paling jujur!


February 18, 2011

Be Yourself - Audioslave




be who you are and say what you feel because those who mind do not matter and those who matter do not mind - dr. seuss

February 13, 2011

Still

Kelmarin menghadiri modul yang diwajibkan. Hari ini pula menghadiri jemputan kahwin. Anak kepada rakan sekerja ibu saya dulu. Kalau ikutkan saya malas untuk ke sana tapi saya telah ditugaskan untuk memandu. Jarak jauh perjalanan sekitar 200km. Tanpa banyak alasan, saya setuju. Saya memang suka memandu ke tempat yang jauh, boleh melihat pemandangan sambil menenangkan fikiran.

Esok pula adalah hari kasih sayang. Kepada yang menyambutnya, sambutlah. Tiada siapa punya hak untuk melarang anda dari menyatakan rasa kasih dan sayang anda. Kepada yang tidak menyambutnya, kita senasib. Siapa tahu mungkin tahun yang akan datang, kita akan berdua pula. Eh, silap, anda akan berdua pula. Haha.

Tiada kata-kata
Hanya secebis munajat

Lebih dari kata-kata
Sampai tidak terungkap

Mana dia kata-kata
Yang jadi dosa



you are my drug, you are my medicine
how could i live without these two?

February 7, 2011

CNY: Sebuah Cerita tentang Pertemuan dan Pemergian



CNY ini, kakak dan abang ipar saya balik ke KK untuk bercuti selama seminggu. Suatu moment yang kami nanti-nantikan. Suatu moment yang jarang-jarang kami peroleh kerana jarak yang sedikit jauh. Kedatangan mereka kami sambut dengan gembira dan teruja, lebih-lebih lagi kerana kami juga turut meraikan CNY. Setiap malam kami adakan makan besar. Satu tradisi apabila semua ahli keluarga berkumpul ramai-ramai. Apabila kami duduk semeja bersama, satu perkara yang menyenangkan apabila melihat senyuman dan gelak ketawa di wajah mereka satu persatu. Di rumah, hanya tinggal saya, adik saya dan kedua ibubapa saya. Bila kedua-dua kakak saya berpindah ke tempat lain kerana mengikut suami, kesunyian dan kerinduan jelas terasa. Ini kerana hubungan kami adik beradik rapat sekali dan apabila berjauhan, something is missing. Satu hari nanti saya mungkin akan mengikut jejak langkah mereka, dan saya sudah dapat gambarkan kekosongan yang akan bertambah di rumah nanti. Kadang-kadang saya pernah berfikir alangkah bagusnya jikalau masa dapat diputar balik ke waktu kami semua masih tinggal sebumbung. Dan kalau saya ada clockstopper, saya sudah tentu akan hentikan masa ini.

CNY bukan sekadar limau mandarin dan angpau. Ia lebih dari itu. Ketika saya beraya di rumah ah yie, reunion keluarga adalah perkara yang paling menggembirakan buat kami semua. Kami tidak ada masalah walaupun berbeza anutan. Saya rasa terharu dengan sifat saling menghormati dan tiada prejudis yang ditunjukkan oleh mereka. Saya juga turut menggunakan kemahiran saya yang limited bercakap dalam bahasa Mandarin untuk berkomunikasi. Saya berketurunan Cina tapi langsung tidak tahu bercakap dalam dialek Hakka. Nasib baiklah ada third language di tempat saya belajar. Ada juga basic bahasa Mandarin. Dan apabila mengambil gambar keluarga, saya terasa seolah-olah saya dalam iklan TV. Bukan apa, saya dapat rasakan inilah yang diinginkan oleh ibubapa yang menanti kepulangan anak-anak mereka untuk beraya. Inilah moment yang mereka mahu. Melihat anak-anak yang mereka besarkan sejak dari kandungan lagi. Satu permintaan yang nampak ringkas tapi agak payah untuk dilakukan. Bagi saya, keluarga adalah perkara paling atas yang harus kita letak dalam hidup kita. Bukannya harta. Sebesar mana pun rumah tidak akan bererti kalau kita masih merasa kosong. Keluarga itulah rumah kita yang sebenar.



Adik saya tiba-tiba tertekan dan menangis. Dia menceritakan bahawa salah seorang kawannya akan meninggal dunia. Kanser. Menurut doktor, jangka masa Mario cuma dalam sebulan sahaja lagi. Mario adalah jiran kami yang berusia 15 tahun dan suddenly suatu hari dia berpindah secara diam. Tidak memaklumkan ke mana dia pergi. Baru-baru ini sahaja dia menghubungi kawan adik saya, untuk memaklumkan keadaannya yang tenat. Tapi dia langsung tidak mahu memberi alamat barunya kerana tidak mahu orang berkunjung dan melihat kesakitannya. Saya terdiam melihat kesedihan adik saya. Saya tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Hanya pelukan yang dapat saya berikan.

The sharp knife of a short life
Well, I've had just enough time

Sememangnya begitulah kehidupan. Ada yang datang, ada juga yang pergi. Sebab itulah kita kena menikmati saat yang kita ada sekarang. Untuk orang yang sayang kita, untuk orang yang kita sayang, jangan lupakan dan terus menghargai mereka. Kita tidak mahu ada kesesalan di hujung hari nanti apabila satu kehilangan tiba-tiba berlaku. Syukur atas pertemuan yang tidak pernah ditemukan dan dirancang oleh kita. Cherish the moment. Live, laugh, love.

"I will be a better Muslim, better daughter, better sister, better friend, better student and better lover"

February 1, 2011

Review Analog

Saya sebenarnya sedang berkira-kira untuk membuat keputusan di antara Diana F+, sprinter sprocket ataupun holga TLR. Tunggu punya tunggu, tiada khabar. Lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Kebetulan pula ada seorang member, Aaron, tengah cuba menjual Russian 35mm Fed 4 Rangefinder. Made in USSR, sekitar tahun 1970an. Bincang punya bincang, akhirnya dia offer camera tu dengan sekian harga dengan leather case, 3 film kodak max dan 2 film kodak gold. Memandangkan saya tidak tahu menggunakan camera seperti ini, dia bersetuju untuk mengajar saya. Sebelum ini, camera yang saya gunakan cumalah melibatkan satu butang sahaja. Butang untuk shoot gambar. Berbeza dengan Fed 4 ini, ia sedikit rumit tapi sangat sesuai untuk beginner yang cuba maju ke satu tapak lagi.



Mula-mula agak dua hati untuk membeli Fed 4 ini. Tapi setelah diyakinkan akan fungsinya yang lebih baik dari ketiga-tiga camera yang saya nyatakan tadi, maka saya buat keputusan untuk membelinya. Bagi mereka yang berminat dengan camera lomo seperti ini, ini sedikit informasi untuk anda.

1. Diana F+
Paling bagus di antara ketiga-tiga camera. Mungkin inilah kenapa camera ini mahal dari sprinter sprocket dan holga TLR. Tapi ada sedikit kekurangan kerana camera ini memerlukan film 120mm. FYI, film yang murah dan biasa digunakan adalah 35mm. Film 120mm ini agak mahal dan boleh mencecah sekitar rm50 sedangkan film 35mm hanya dalam RM5-10 sahaja. Tidak banyak kedai foto yang boleh memproses film 120mm. Tapi jangan risau kerana ada solusinya. Kalau anda ada duit lebih, anda boleh beli 35mm bck converter yang berfungsi untuk mengconvert 120mm kepada 35mm. Harga benda ini dalam RM180. Kalau masih mahukan Diana F+ tapi tidak mampu beli film yang mahal ataupun converter tersebut, anda juga boleh memilih Diana Mini yang menggunakan film 35mm dan tidak banyak jauh bezanya dari yang asal.

2. Sprinter Sprocket
Gambar yang terhasil nanti juga cantik kerana ia berasaskan panorama. Namun begitu, kerana ianya panorama, maka anda hanya akan dapat sekitar 18shoot sahaja memandangkan ia akan memakan banyak filem. Sprinter sprocket ini menggunakan film 35mm.

3. Holga TLR
Tidak banyak yang saya dapati mengenai camera ini. Mengikut pandangan member-member, camera ini tidak berapa famous. Mungkin kerana saiznya yang agak besar sedikit dari holga biasa. Apa-apapun camera yang ingin anda beli, sila cari di Internet imej yang akan terhasil dari camera berkenaan. Dari situ anda akan tahu mana satu minat anda. Tapi semua itu pun bergantung kepada bagaimana anda mengambil gambar dan film jenis apa yang anda gunakan. Selamat mencuba, selamat bergembira!

-tq-

January 31, 2011

Hujung Minggu

1. Kelmarin saya ke car wash. Saya memang biasa dengan tempat ini. Cuma jarang-jarang saya ke sini. Hanya kalau saya berduit, hanya kalau saya rasa penat untuk mencuci sendiri. Apabila saya ke tempat ini, saya lihat pekerja-pekerjanya tidak lagi sama seperti dahulu. Lalu saya mencari susuk badan yang saya kenali. Tiada. Saya cuma dapat mendetect seorang pekerja lama. Sementara menunggu, saya sempat bercerita dengannya. Rupa-rupanya orang yang saya cari itu baru sahaja berhenti kerja. Saya lost sekejap. Walaupun saya tidak mengenali dia secara langsung, tapi saya dapat rasakan satu hubungan persahabatan antara kami berdua. Dia bukannya orang tempatan, dan mungkin berusia dalam 17 - 18 tahun. Setiap kali saya ke sini, kami akan meluangkan masa untuk bercerita. Kadang-kadang saya berikan sesuatu, sebagai tanda hormat saya, dan tanda terima kasih saya atas kerajinannya. Dan setiap kali saya ke sini, senyuman lebar akan diberikan olehnya. Itu yang menjadi kerinduan saya sekarang. Betapa ada yang memandang jijik terhadap mereka, tapi mereka tidak pernah memandang serong kepada kita.

2. Sekarang banyak kerja yang harus disiapkan. Terlalu banyak tekanan yang saya terima. Tapi banyak juga idea untuk berlibur. Kerja kerja juga, tapi ada masanya kita harus berseronok untuk menghiburkan hati, untuk menambah pengalaman. Antaranya bungee jumping. Saya baru mendapat tahu ada aktiviti seperti ini di tempat saya. Saya memang lama sudah ingin mencubanya. Tapi saya terpaksa melupakan sahaja atas faktor kesihatan. Saya mengalami masalah jantung yang tidak pernah saya rujuk kepada pakar kerana kedegilan saya. Dan kedegilan itulah yang mungkin akan membawa saya untuk melakukan bungee jumping dalam masa terdekat ini.

January 28, 2011

Jesselton Tonight

Kerap kali sudah hujan turun tiap malam. Tapi malam ini lain sejuknya. Malam ini di Jesselton sangat indah. Bintang pun malu-malu mengeluarkan sinarnya. Sambil baring-baring melihat bulan bercahaya, lagu Jesselton Tonight (Pete Teo) memainkan peranan...

The boys are playing down the riverside
Flat broke and crazy, but it didn't seem to matter, cos we had the night
Yeah, we had the night
Doing sweet thing in 4/4 time
You said it didn't work, but I'm oh so glad to be alive
To be alive

Hosannas under a blood red sky
We danced a tune to Van's surrender
Bless the man, he is singing and howling sweetly to the moon
And then you took me by the hand again and said, "I love you so. Would you fall in love in Jesselton tonight?"

We headed down to the Zanzibar
Make a left somewhere between your dreams and the shooting stars, that's where you are
Oh baby, why don't you just let it show?
"Hey!" she laughed, "that's Brown Eyed Girl on the radio!"
On the radio

Would you fall in love in Jesselton ere days of 'burn baby burn'?
Would you fall in love in Jesselton tonight?

January 25, 2011

Gampang!

Gampang! Itu perkataan pertama keluar dari mulut saya apabila menonton video yang menunjukkan kekejaman sepasang couple terhadap seekor anjing. Saya tidak dapat share video itu di sini memandangkan ianya sudah di remove. Saya sempat share di Facebook. Sememangnya 5 saat dari 15 minit video itu sudah cukup buat saya menangis.

Saya sudah menghantar online report ke SPCA Selangor. Rupanya SPCA Singapore dan SPCA Malaysia sudah maklum dengan kejadian ini. Saya tidak tahu sama ada undang-undang di Malaysia ada memperuntukkan sesuatu yang relevan untuk mengajar orang yang tidak waras seperti mereka. Saya cuma berharap sesuatu yang setimpal akan terjadi kepada mereka berdua.

Saya sangat-sangat terganggu dengan video ini. Aksi kekejaman yang dilakukan mereka terbayang-bayang di fikiran saya setiap masa. Soalan saya, are we human?

January 23, 2011

Antara Percaya, Fobia dan Surrender


1. Percaya

Isu ini heboh minggu lepas. Maka berduyun-duyun lah orang datang ke lokasi berkenaan untuk melihat pokok tarap yang dikatakan menyerupai Jesus. Mereka percaya ini satu keajaiban atau miracle. Ada yang memeluk, mencium pokok ini dan sebagainya. Tuan punya pokok ini akhirnya terpaksa memasang pagar di sekitar pokok ini untuk mengelak pelawat-pelawat dari menyentuhnya. Namun begitu, ada juga yang bijak mentafsir kejadian ini. Pokok ini mempunyai pattern seperti muka, tapi telah ditambahkan lagi dengan ukiran buatan manusia. Apa yang menghairankan, tuan punya pokok ini mengugut untuk menebang pokok ini sekiranya disentuh orang. Kalau benar pokok ini imej Jesus, mengapa dia sanggup menebang pokok ini? Apakah dia takut perkara sebenar terbongkar? Apa-apapun agama yang kita anuti, Nabi, Rasul dan Tuhan itu suci. Mengapa harus percaya ianya muncul di tempat-tempat sebegini? Mungkin manusia mudah percaya pada hoax daripada agama itu sendiri...



2. Fobia

Saya mengaku saya tidak pandai memasak. Tapi bukan kerana saya malas dan tidak mahu. Tapi kerana saya punya fobia terhadap api. Kejadian semasa saya kanak-kanak membuatkan saya demam seminggu dan akhirnya fobia terhadap api. Mau pasang lighter pun takut, dan alternatif lain adalah menggunakan mancis kayu. Masa sekolah dulu, kalau ada eksperimen yang melibatkan penunu bunsen, saya mengelak. Saya minta kawan saya untuk memasang penunu bunsen itu. Fobia ini sebenarnya agak menyusahkan, dan saya terpaksa bergantung harap dengan orang lain. Oleh itu, misi saya tahun ini, untuk menghadapi ketakutan saya itu. Saya mendapat inspirasi dari cerita Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby lakonan Will Ferrell. Dia mengalami kemalangan yang menyebabkan dia takut untuk memandu lagi. Akhirnya dia cuba menghadapi ketakutannya, dengan memandu sebuah kereta yang di dalamnya ada seekor anjing yang garang! Mungkin untuk menghadapi ketakutan itu, adalah menghadapi fobia itu sendiri. Tapi apa-apapun, jadi diri sendiri adalah lebih baik. Tak perlu ikut orang lain.


3. Surrender

Buat mereka yang sedang menghadapi dugaan dan masalah, janganlah surrender. Cara yang terbaik adalah bersabar. Katakan kalau kita surrender, dan di saat itu Tuhan hampir menunjukkan jalan keluar, tapi kita berputus asa, sudah tentu kita tidak akan menemuinya. Kesabaran itulah kekuatan kita untuk menghadapi hari-hari susah. Saya pernah hampir-hampir putus asa, tapi tiba-tiba saya diberikan satu semangat yang membuatkan saya tersenyum setiap kali ianya datang.

No mountain's too high for you to climb
All you have to do is have some climbing faith
No river's too wide for you to make it across
All you have to do is believe it when you pray

I am Your Angel - Celine Dion

Saya tidak pernah dan tidak akan surrender. Anda bagaimana? :p

January 19, 2011

Yeah!

Saya bukanlah seperti gadis-gadis yang lain, yang shopaholic. Kalau ke shopping complex, toko buku merupakan destinasi pertama saya. Bukannya butik baju, kedai kasut dan yang seumpamanya. Tapi saya akui, saya adalah seorang yang agak pemboros. Asal ada duit di tangan, pasti akan digunakan. Tapi untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Hari ini saya baru sahaja mendapat saguhati praktikal. Ada lah dalam seratus dua. Tidak lama lagi, CNY pula. Masa untuk berjumpa cousin-cousin dan menerima angpau. Yeah!

1. Backpack
2. Camera Lomo
3. Jakarta
4. Lesen motor
5. Etc

Backpack untuk mengembara ketika bercuti. Camera Lomo untuk menimbak-nimbak gambar. Jakarta untuk bersiar-siar dan bertemu sobat. Lesen motor sebagai kunci untuk mendapatkan sebuah vespa. Etc untuk perkara-perkara berbangkit. Ini cumalah wishlist. Mudah-mudahan semuanya dapat. Yeah!

January 16, 2011

Bye Bye Ben Ali


Unemployment, poverty and political repression

Selamat jalan Ben Ali
Hajatmu ke Kota Perancis nampaknya tidak dialu-alukan
Saudi Arabia juga yang menanti

Tunisia sudah, entah kita bila

Salute!

January 14, 2011

Friday, I LOVE YOU!

Hari Jumaat adalah hari yang dinanti-nantikan. Hari ini tiada kelas. Kalaupun ada, hanya perlu berjumpa dengan lecturer untuk berbincang mengenai research. Tajuk research saya adalah mengenai women's representation in state legislative assembly. Saya sudah menyiapkan puluhan literature review yang sumbernya agak limited.

Hari Jumaat juga adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang kerana esoknya adalah hujung minggu. Masa untuk berjalan-jalan, mencuci mata, berehat-rehat dan hangout bersama kawan ataupun dating bersama kekasih hati. Oh, Friday, I'm in Love!

January 11, 2011

11.1.11


Untuk kawan-kawan yang turun PMN2011, selamat maju jaya! Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Mahasiswa yang tak turun PMN2011 ni memanglah rugi - termasuk saya. Harap-harap tahun-tahun yang seterusnya PMN akan diteruskan lagi. Insya Allah kalau panjang umur, saya akan ikut serta. Mungkin bukan sebagai mahasiswa, tapi sebagai pemerhati dan penyokong.

January 2, 2011

Entri Pertama 11

Ahad lepas, Lomo Sabah telah mengadakan Lomo Matrix Outing. Saya langsung tidak mengenali sesiapa disitu dan pada hari tersebut, saya memberanikan diri untuk bergaul dengan mereka. Layanan mereka sangatlah baik dan banyak perkara pasal Lomo yang saya ketahui dari mereka. Terima kasih Romi, Sio, Manaf, Ayin, Saphire, Florence, Gladys dan kawan-kawan Lomo Sabah. Ini percubaan pertama saya menggunakan Holga K200N Fisheye. Sebelum ini saya menggunakan Yellow Lomolitos. Err, kepada tuan punya camera, jangan marah. Kita share-share bah kan ni camera? Hehe :p