January 31, 2011

Hujung Minggu

1. Kelmarin saya ke car wash. Saya memang biasa dengan tempat ini. Cuma jarang-jarang saya ke sini. Hanya kalau saya berduit, hanya kalau saya rasa penat untuk mencuci sendiri. Apabila saya ke tempat ini, saya lihat pekerja-pekerjanya tidak lagi sama seperti dahulu. Lalu saya mencari susuk badan yang saya kenali. Tiada. Saya cuma dapat mendetect seorang pekerja lama. Sementara menunggu, saya sempat bercerita dengannya. Rupa-rupanya orang yang saya cari itu baru sahaja berhenti kerja. Saya lost sekejap. Walaupun saya tidak mengenali dia secara langsung, tapi saya dapat rasakan satu hubungan persahabatan antara kami berdua. Dia bukannya orang tempatan, dan mungkin berusia dalam 17 - 18 tahun. Setiap kali saya ke sini, kami akan meluangkan masa untuk bercerita. Kadang-kadang saya berikan sesuatu, sebagai tanda hormat saya, dan tanda terima kasih saya atas kerajinannya. Dan setiap kali saya ke sini, senyuman lebar akan diberikan olehnya. Itu yang menjadi kerinduan saya sekarang. Betapa ada yang memandang jijik terhadap mereka, tapi mereka tidak pernah memandang serong kepada kita.

2. Sekarang banyak kerja yang harus disiapkan. Terlalu banyak tekanan yang saya terima. Tapi banyak juga idea untuk berlibur. Kerja kerja juga, tapi ada masanya kita harus berseronok untuk menghiburkan hati, untuk menambah pengalaman. Antaranya bungee jumping. Saya baru mendapat tahu ada aktiviti seperti ini di tempat saya. Saya memang lama sudah ingin mencubanya. Tapi saya terpaksa melupakan sahaja atas faktor kesihatan. Saya mengalami masalah jantung yang tidak pernah saya rujuk kepada pakar kerana kedegilan saya. Dan kedegilan itulah yang mungkin akan membawa saya untuk melakukan bungee jumping dalam masa terdekat ini.

No comments: