August 8, 2011

Ramadhan Saya

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini mungkin bukanlah yang terbaik kalau mahu dibandingkan dengan orang lain, tapi lebih baik dari Ramadhan saya yang lepas. Mungkin terlalu awal untuk dikatakan sebab belum tamat pun bulan baik ni, tapi inilah yang berlaku pada minggu pertama Ramadhan saya. Harap-harap konsisten dan berterusan.

Minggu pertama ni awal-awal lagi sudah dapat banyak ajakan beberapa orang kawan untuk berbuka bersama-sama. Tapi saya tolak dengan baik kerana kesuntukan masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Tapi seperti yang dijanjikan, saya akan menyusun jadual dan melaksanakan tugas sebagai organizer acara berbuka puasa ramai-ramai. Macam biasa tugas ini dipegang saya kerana kata mereka saya penolong ketua kelas masa sekolah menengah dahulu. Jadi saya lah yang harus bertanggungjawab. Adeh, gini lah member. Ok lah, tunggu aaa kawan-kawan!

Ada juga pergi surau depan rumah. Bukan mahu mengejar pahala semata, tapi mahu mencari ketenangan. Memang best solat jemaah ni. Paling best bila lalu sekumpulan jejaka yang sedang duduk menunggu masuk waktu, memang tersipu-sipu malu. Segan mahu bertentang mata! Mungkin disebabkan environment yang sebegitu rupa, jadi pandangan mata pun dijaga. Hehe.

Orang cakap bulan ni lah kena banyakkan ibadah dan berdoa. Bulan yang mana doa mudah untuk dimakbulkan. Tapi saya tidak mengharap sesuatu yang besar cumanya saya mahu yang baik-baik sahaja untuk diri saya, keluarga saya dan sesiapa sahaja. Saya tahu saya cumalah hamba-Nya yang masih jahil, dan saya adalah manusia biasa yang selalu tewas. Saya tidak layak untuk meminta lebih. Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa mendoakan saya.

Salam Ramadhan.

No comments: