March 19, 2011

Gig dan Skinhead

S.H.A.R.P - Skinheads Against Racial Prejudice

Minggu lepas ada kawan bawa pergi gig. 19hb katanya. Saya memberi janji tapi ingatkan dia cuma ajak-ajak ayam. Kelmarin dia call lagi untuk mengetahui sama ada saya confirm pergi atau tidak. Kerana tidak mahu menghampakan kawan saya ini, dan saya sendiri mahu menyertai gig ini, lalu saya bersetuju. Gig dijadualkan bermula jam 11, tapi atas sebab-sebab tertentu, jam 2 baru lah start. Gig ini adalah gig skinhead saya yang pertama. Seingat-ingat saya, gig yang saya pernah hadir adalah gig Fauziah Latiff sewaktu saya berumur 7 tahun - kah kah kah.

Terus-terang, saya agak bimbang. Bukannya dengan mereka yang hadir ke gig ini atau budak-budak skinhead. Layanan mereka sangat baik, cuma mereka hairan dengan kehadiran saya yang satu-satunya bertudung. Saya bimbang kalau-kalau ada pihak tertentu membuat serbuan dan tiba-tiba saya menjadi frontpage dalam newspaper. Bayangkan headline "Pelajar Universiti Tempatan Ditangkap Dalam Konsert Haram" dalam akhbar Harian Metro. Ok, saya mungkin paranoid sedikit disini.

Penonton yang hadir ada dalam 100 orang. Kebanyakkan memakai Lonsdale, Fred Perry dan Marten. Ada band dari Singapore datang, seperti The Bois. Ada The Official, ada local bands macam The Regained, The Last Call Heroes, Skaskanskin, The Barrom Heroes dan banyak lagi. Mereka ni datang dari Tawau, Sandakan, Labuan dan juga dari Sarawak. Lagu-lagu yang dinyanyikan juga best. Ada yang nyanyi lagu sendiri, ada yang nyanyi lagu A.C.A.B seperti Bersama Semula. Selain menjadi penonton, saya juga mengambil gambar menggunakan kamera lomografi saya. Saya akan share dengan anda gambar-gambar itu nanti apabila sudah dicuci filemnya.

Sebenarnya budak-budak skinhead ni tidaklah seperti yang diceritakan dalam Mastika, Harian Metro dan sebagainya. Sepanjang pergaulan dan pemerhatian saya di sana, saya rasa mereka biasa saja. Bila mereka menyanyi dan menari, saya lihat solidariti dan kepuasan mereka disitu. Rata-rata mereka kenal satu sama lain. Kalaupun tidak kenal, bila mereka berpogo-pogo bersama-sama, seolah-olah sudah 10 tahun kenal. Saya sendiri pun rasa macam mau join, tapi bila fikir-fikir, malu lah pula. Tapi saya sudah nekad, next time, mesti bawa kawan-kawan, boleh lah berpogo-pogo dengan mereka. haha.

Kepada siapa-siapa yang sebelum ini pernah menyimpan benci atau tidak suka kepada budak-budak skinhead, saya cadangkan anda cuba join mana-mana gig dan lihat sendiri dunia mereka yang sebenar. Jangan dengar atau lihat dari mana-mana sumber, dan terus buat andaian sendiri. Experience it yourself.

Siga saga!

1 comment:

anak abdullah said...

saya dah lama tak pergi gig. tapi memang betul lah, kalau nak tau macam mana suasana satu gig tu, jangan baca dekat mastika dahulu. heu heu heu