December 17, 2010

Lalala Kerjalah

Lima minggu. Itu lah cabaran kami. Mencari peluang sebaik mungkin. Buku log terisi, report penuh dan pengalaman diambil.

Menunggu hari pertama, memang excited. Awal pagi sudah bersedia, sudah terpacak di depan office. Konon-konon mau bagi first impression. Orang yang bertanggungjawab menyelia saya dan kawan saya, En. Iwan memanggil kami dan meminta kami masuk ke dalam biliknya. Dia bagi sedikit briefing tentang perjalanan latihan praktikal yang akan kami hadapi. Kemudian, dia memperkenalkan kami dengan staff di sana.

Mula-mula, ingatkan semua staff serius-serius orangnya. Yalah, kebanyakan mereka lulusan agama dan bergelar ustaz. Ok, ini mungkin sudah satu stereotaip. Tapi seriously, baru sehari berada di sana, seolah-olah sudah bersama mereka selama bertahun-tahun! Memang friendly habis diorang!

Staff yang paling rapat dengan kami, Abang Acad. Tiada dia, memang sunyi office sebab dia lah yang paling kuat mengacau. Tengah buat kerja, boleh pula dia kacau laptop saya. Kalau ada orang datang di kaunter, mesti saya yang dipanggil. Jangan ingat saya tiada serangan balas. Kalau dia di tempat lain dan ada ramai orang di kaunter, saya sengaja panggil dia. Lepas tu, saya berpura-pura menyibukkan diri dengan kerja lain. Biar dia handle sendiri. haha.

Itu Abang Acad. Abg Aladin a.k.a abang DJ pun best juga. Ada masa, mesti dia ke tempat saya dan kawan saya. Bawa bercerita, ajak kami minum, belikan kuih dan sebagainya. Paling terharu, dia belanja saya dan rakan-rakan sepraktikal makan di sebuah restoran walaupun gajinya sebagai driver cuma cukup-cukup makan sahaja. Sebelum kami ke restoran itu, dia ada singgah sebentar di bank. Ambil duit. Ingatkan untuk apa, rupa-rupanya dia sudah pasang niat untuk belanja kami. Terima kasih Abang Aladin! Masuk ini, sudah 3 kali orang belanja makan sepanjang kami praktikal. Rezeki, rezeki.

Abang Akmal, pun baik orangnya. Dikenali sebagai PJJ atau Pegawai Jalan-Jalan. Setiap hari, ada saja dia ke office kami walaupun officenya terletak di blok lain. Apa yang menarik, perwatakan, penampilan, senyuman dan cara bercakap Abang Akmal ini mengingatkan saya dengan kawan saya di Indonesia. Angga namanya. Aduh, bisa jatuh hati gini! haha.

Ok, habis sudah bahagian pengenalan. Kadang-kadang, saya dapat lihat apa yang kita belajar di kuliah atau teori tidak sama dengan apa yang boleh dipraktikkan di dunia sebenar. Malah, kita tidak terfikir untuk mengaplikasikannya langsung! Mungkin ketika belajar, kita punya hati yang mudah tersentuh. Tapi ketika sudah bekerja, kita kena keraskan hati, lebih-lebih lagi apabila harus berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang jujur, ada yang berlakon semata-mata.

Tempat yang saya praktikal, ada berkait rapat dengan bantuan kepada yang memerlukan. Ada yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan, kecemasan dan sebagainya. Apabila ada yang datang meminta bantuan kecemasan, disitu kita harus bijak mengesan penipuan. Ada yang mengaku gila, ada yang mahu balik kampung setelah isterinya hilang tiba-tiba, ada yang kononnya terlibat dalam kebakaran dan sebagainya.

Satu lagi, apabila mereka datang dan menceritakan masalah mereka, saya rasa sebak. Macam-macam boleh terjadi dengan sesiapa sahaja. Ada yang isterinya dilanggar dan menunggu hari untuk dicabut nyawa, ada yang dibuang keluarga hanya kerana memeluk agama baru, ada yang dituduh melanggar - walhal dia tidak berada di tempat kejadian, ada yang menghidap kanser dan lumpuh separuh badan, ada yang boleh diserang epilepsi bila-bila masa, ada yang anaknya berumur 4 bulan mempunyai masalah jantung berlubang dan banyak lagi. Masa ini lah kena tahan hati, untuk tidak mengeluarkan air mata. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan mereka. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ada 1 minggu lagi tinggal. Rasa happy pun ada, sebab boleh berehat seminggu sementara semester baru bermula. Rasa sedih pun ada, sebab banyak kenangan mahupun pengalaman yang mengajar erti kehidupan. Sememangnya, hidup ini memerlukan kita untuk pantas mengadaptasi mengikut situasi dan keadaan. Ada masa kita empathy, ada masa kita kena keras hati.

2 comments:

Pekerja Kontrak said...

hahahahaha... kerja memang begitu....

anyway sdh sy add kau di fb... nama saya M**** Joe... kena kasi bintang atas sebab tertentu....

squesha said...

Pekerja Kontrak,
kau memang kuat ketawa bah kan?
ya, tq tq. haha. selebriti bah dia ni, orang tertentu ja boleh add dia.