December 28, 2008

Selamat Tinggal 1429H!

Selamat tinggal 1429H. Selamat tinggal 2008M. Kita tidak akan bertemu lagi kerana sebuah lembaran baru akan dibuka. Sememangnya usia kita semakin bertambah. Semakin itu jugalah kita telah jauh mengorak langkah kita. Tetapi apakah langkah yang telah kita lakukan itu sejajar dengan apa yang telah kita hasratkan? Dan apakah hasrat kita itu benar-benar positif atau tidak? Adakah azam di tahun lepas telah berjaya dipenuhi? Sekiranya belum, kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang untuk terus bernafas di bumi indah ini. Maka dengan peluang itulah kita harus gunakan sebaik-baiknya untuk memperbaiki diri kita. Ini yang disebut di dalam konsep hijrah. Kita berhijrah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Perubahan kehidupan perlu dilakukan demi mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Kita harus muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan pada tahun lepas. Adakah buku amalan kita lebih banyak catatan amalan baik ataupun amalan yang buruk? Semoga kesilapan kita yang lalu diampuni oleh-Nya dan tidak kita ulangi lagi. Sesungguhnya perkara yang telah berlalu, biarlah ianya kemas dalam lipatan sejarah hidup kita. Apa yang kita harapkan agar lembaran yang baru ini memberi keberkatan kepada kita semua dan keimanan kita bertambah dari tahun-tahun yang sebelumnya. Mudah-mudahan kita semua di dalam keredhaan Allah s.w.t, dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat dan dilimpahi dengan rezeki yang berlipat ganda. Marilah kita sama-sama membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Marilah kita sama-sama berazam untuk menjadi manusia yang lebih berilmu, lebih beriman dan lebih beramal. Oh ya, selamat datang 1430H!

December 19, 2008

Zionism (Bahagian I)

Apa itu Zionism? Sebelum kita mengenal apakah sebenarnya Zionism itu, adalah lebih baik sekiranya kita tahu maksud dan asal-usul Yahudi. Yahudi atau nama lain seperti Jew, Jude dan Yahud adalah sebuah bangsa di Israel dan merupakan keturunan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mempunyai 2 isteri iaitu Sarah dan Hagar (Hajar). Nabi Ishak juga mempunyai anak iaitu Nabi Yaakub. Mengikut Bible, Nabi Yaakub ialah pengasas kepada Israelites ataupun children of Israel. Nabi Yaakub mempunyai 12 anak dan salah satu daripadanya ialah Judah atau Yahud. Masing-masing berkahwin dan mempunyai bangsa sendiri. Maka terdapat banyak bangsa yang wujud tetapi hanya bangsa dari Judah sahaja yang tinggal. Mereka inilah yang dipanggil Yahudi.

Dikatakan bahawa Nabi Daud meminta agar mereka tinggal di bukit Zion yang terletak di Jerusalem. Mengikut sejarah, orang Yahudi pernah diseksa dan bangsa mereka tersebar ke merata tempat sehinggakan ke negara China ketika holocaust (tetapi di dalam populasi yang kecil). Kebanyakan mereka berada di negara Eropah. Inilah yang disebut sebagai Jewish Diaspora.

Selepas holocaust, British membawa balik ramai Yahudi ke Palestin. Orang Islam menerima mereka dengan baik (Nabi sendiri tidak bermusuh dengan orang Yahudi). Apabila mereka merasa bahawa diri mereka tertindas, mereka memikirkan sebuah idea iaitu membentuk sebuah negara Yahudi dan Palestin menjadi pilihan. Zion adalah istilah untuk memanggil semua orang Yahudi di seluruh dunia agar mereka pulang ke the promised land.

Zionism
mempunyai beberapa jenis seperti liberal, nationalism dan religious. Tetapi semuanya sama sahaja kerana mereka berpaksikan kepada satu matlamat iaitu membentuk negara Yahudi. Ada di antara orang Yahudi sendiri iaitu Orthodox Jew yang membenci Israel. Mereka mengatakan bahawa Israel mencuri rumah orang lain yang telah ditegah di dalam Kitab Taurat dan merasakan bahawa ianya memperlambatkan Jewish Messiah.

~credit to Muthannah Marawan

December 7, 2008

Aidiladha Untuk Semua

Esok 10 Zulhijjah 1429. Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban ataupun Hari Raya Haji dan bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Islam. Setiap tahun, umat Islam akan menuju ke Mekah untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima Rukun Islam. Ia adalah simbol perpaduan ummah apabila mereka berhimpun di tanah suci itu. Aidiladha juga adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail menuruti perintah Allah s.w.t.

Maka dengan itu, ketika Aidiladha, haiwan seperti kambing dan lembu disembelih mengikut syara' agama. Satu pertiga dari daging itu akan diberikan kepada orang yang melakukan ibadah korban itu sendiri manakala yang selebihnya diagih-agihkan untuk fakir miskin dan mana-mana yang layak diberikan. Ibadah korban ini hanya wajib dilakukan kepada mereka yang berkemampuan. Ianya adalah sebagai satu cara penyucian jiwa.

Ramai yang beranggapan bahawa Hari Raya Aidiladha adalah untuk diraikan oleh mereka yang menunaikan haji sahaja. Sebenarnya, Aidiladha adalah untuk semua. Ini kerana Aidiladha berkisarkan pengorbanan dan pengorbanan itu perlu bagi kita. Sebagai contoh, kita seharusnya mengorbankan harta kita ke jalan Allah. Ibadah korban mencerminkan sifat ihsan yang sememangnya dituntut dalam Islam. Selain itu, kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan kenalan untuk mengeratkan lagi ukhwah dan ikatan persaudaraan. Sudah tiba masanya untuk kita melakukan pengisian demi memperoleh keredhaan Allah s.w.t. Semoga Aidiladha kali ini memberi pengertian kepada kita semua. Salam Aidiladha!

December 1, 2008

Friendster Oh Friendster...

Tiap hari seperti biasa pasti akan saya buka laman web Friendster, ingin melihat kalau-kalau ada message atau comment daripada kawan-kawan. Ada beberapa orang yang melihat profile saya. Ada yang saya kenal, tetapi ada juga yang tidak saya kenal. Kerana ingin tahu gerangan yang tidak saya kenali itu, saya cuba view profile-nya. Saya tidak melihat pada gambar-gambar, sebaliknya membaca comment yang diberi oleh rakan-rakannya. Saya terus membaca satu demi satu comment yang diberi sehingga membuatkan saya terkejut dengan orang ini. Terdapat beberapa album yang diletakkan. Gambar-gambar awal pada album pertama nampak biasa sahaja, tetapi apabila saya terus melihat gambar yang seterusnya, saya hanya mampu mengucap Astaghfirullahulazim.

Kenapa saya berbuat sebegitu? Ini kerana gambar-gambar yang ditunjukkan cukup menjelikkan. Si perempuan berdua-duaan dengan lelaki berlatar belakangkan bilik hotel. Yang dipakai oleh si perempuan hanyalah tuala. Kemudian, gambar-gambar di dalam album kedua membuatkan saya berasa simpati akan nasib malang perempuan ini. Saya tidak ingin ceritakan apa yang terkandung dalam album kedua itu. Bagi saya, perempuan ini tidak kenal erti malu. Mungkin dia ingin memberitahu dunia bahawa dialah yang paling cantik, dialah yang mampu menawan hati para jejaka dan dialah perempuan yang sangat-sangat berani mendedahkan tubuhnya itu. Entah apa yang difikirkannya sehingga sanggup melakukan seperti itu. Sebagai seorang Muslim, saya cukup-cukup malu dengan perbuatan itu. Suatu petunjuk bahawa perempuan itu bagaikan tiada maruah dan harga diri. Dari comment-comment yang saya baca, perempuan ini memang nyata seorang Muslim. Apakah motif sebenar yang cuba disampaikan perempuan ini? Untuk pengetahuan, this is a public profile. Maka bererti, sesiapa sahaja boleh view profile perempuan ini! Benarlah, ini salah satu keburukan Friendster dan laman web seumpamanya. Sepatutnya kita jadikan Friendster sebagai ruang untuk mengeratkan ukhwah sesama insan, bukannya mendedahkan diri sedemikian rupa!

November 22, 2008

Short Story About Angga

Hanif bermaksud yang lurus. Itulah yang dipegang oleh sahabat saya, Angga Tri Asmara. Saya mengenalinya sewaktu di sekolah menengah dahulu. Angga terlibat di dalam Program Pertukaran Pelajar yang memerlukannya untuk berada di Kota Kinabalu, Sabah selama sebulan. Post kali ini saya tujukan untuk Angga, sebuah penghargaan atas ukhwah yang terjalin dan kerana dia sendiri telah membuat post mengenai saya sebanyak 2 kali di http://tea-coco-coffe.blog.friendster.com/





Tidak banyak yang saya ketahui mengenai Angga. Cuma sedikit informasi dari biodatanya yang pernah ditulis di dalam buku saya. Angga berasal daripada Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia. Sangat meminati kumpulan Padi dan Iwan Fals. Hobinya, tidur pulas, malas-malasan sampai 7 hari 7 malam. Orangnya sangat simple. Ketika kali pertama saya melihat dia, saya sudah dapat mengagak bahawa dia punya perwatakan yang sederhana sahaja. Dia sangat hormat kepada orang lain, terutama orang yang lebih tua darinya. Angga juga sangat menghormati masa dan punya pemikiran yang matang. Walaupun kini dia berada di Indonesia namun Alhamdulillah, menerusi Friendster, kami masih lagi berhubung dan bertukar-tukar fikiran. Saya gembira kerana mempunyai kenalan seperti Angga yang sentiasa ingat-mengingatkan. To Angga, I always wish the best for you and thanks for everything!

kau masih berdiri
kita masih di sini
tunjukkan pada dunia
arti sahabat

kau teman sejati
kita teman sejati
hadapilan dunia
genggam tanganku

November 19, 2008

Seekor Manusia Seorang Binatang

Post saya yang pertama adalah mengenai si monyet yang punya perasaan, sama seperti kita si manusia. Berita itu sudah lama di dalam simpanan saya, tapi baru hari ini saya keluarkan, sekadar untuk berkongsi bersama manusia-manusia yang lain. Saya teringat sebuah buku antologi cerpen yang amat saya gemari, Seekor Manusia Seorang Binatang. Di dalam buku ini, terkandung 10 cerpen remaja karya 10 pemenang yang terdiri daripada penulis mapan dan muda. Cerpen "Seekor Manusia Seorang Binatang" tulisan Muhammad Isa al-Jambuli telah diangkat menjadi judul kepada antologi itu.

Cerpen ini punya substance yang amat kuat di mana masyarakat kita sedang bergelut dengan pelbagai masalah sosial terutamanya gejala bohsia dan bohjan. Masalah ini saya definisikan sebagai virus berbahaya. Why? Iya, virus berbahaya kerana masalah seperti inilah yang menyumbang kepada derita, kecewa dan gerhananya masa depan anak muda kita.

Cerpen ini menceritakan mengenai Zaniyah, gadis remaja yang bingung dengan kemelut cinta sehingga menjebakkan diri ke dalam dunia hedonistik, menjadi ahli keluarga kepada masyarakat bohsia dan bohjan. Akhirnya, dia berbadan dua. Terselit juga pengorbanan seekor ibu monyet yang bersifat kemanusiaan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya dari menjadi mangsa bahaman buaya.

Zaniyah memasang niat untuk membuang anak yang dilahirkannya di tengah-tengah hutan belantara, tetapi insaf dan terharu setelah menyaksikan gelagat manusiawi ibu monyet itu. Nah, the moral of the story, di saat ini masih ada yang tidak berperikemanusiaan dan bersifat materialistik. Sanggup meninggalkan rasa kasih sayang kerana mahu mengejar kebendaan dan benda-benda lain. Ini bukan sekadar cerita dongengan, kerana hakikatnya memang ada di luar sana. Tidak perlu diulas lanjut, kerana ia sudah cukup menyakitkan. Kepada teman-teman, sama ada yang laki-laki atau yang perempuan, ingat! Dunia ini cuma persinggahan. Maka jangan pernah terfikir untuk menjadi binatang!

Konklusinya, betapa binatang ada waktunya lebih manusia daripada manusia!

Bernasib Baik

A drowning Proboscis monkey was a picture of relief and gratitude when it was rescued from the sea by a dive team.

Mark Hedger, 23, who led the divers on a trip to Sapi Island near here yesterday, was surprised to notice something struggling in the water.

He said they had reached the dive site, Clement Reef, when they spotted the monkey making noise as it struggled helplessly and decided to come to its aid.

Mark, who is the Manager of E-Dive Resort operated by Excel Dive and Tours (Borneo) S/B, said: "With a slight swirl on the surface, our boat drew closer and our divers could not believe what we were seeing before our eyes; we discovered a Proboscis (monkey).

"He was crying and we managed to save him and put him with us in the boat. The way he reacted to our help really makes him like a human being, so we treat him like human."

Asked how the monkey reacted as they approached it, Mark, who is from London, said: "He looked very tired and relieved as we were approaching him. As the boat was within reaching distance, it swam directly for the boat and was trying to climb on.

"The dive team used the life ring for him to climb onto the boat. Halid Linggi, Idani Bin Paraja and Liasan Bin Liasim, who are staff members of the dive team helped to make him feel safe.

"We found out that it was a male and we felt he was lucky to be alive, so we nicknamed him Bernasib Baik or Lucky. E-Dive transported Lucky to the Sabah National Parks office at Sapi Island. I would like to share here with others that whilst transporting Lucky to Sapi Island, the dive team was able to take a close look and discover that it is not too much different from a human. Lucky has feelings just like ourselves and was crying and wiping his nose as he realized E-Dive had just saved his life.

"To my knowledge, the Proboscis monkey's diet consists mainly of seeds, leaves, mangrove shoots and unripened fruit.

"Proboscis monkey is both arboreal and amphibious, with its mangrove swamp and river environments containing forest, dry land, shallow water allowing wading, and deep water requiring swimming. Like other similar monkeys, the Proboscis monkey climbs well. It is also a proficient swimmer, often swimming from island to island," Mark says.

~taken from The Borneo Post, Saturday March 29 2008