November 19, 2008

Seekor Manusia Seorang Binatang

Post saya yang pertama adalah mengenai si monyet yang punya perasaan, sama seperti kita si manusia. Berita itu sudah lama di dalam simpanan saya, tapi baru hari ini saya keluarkan, sekadar untuk berkongsi bersama manusia-manusia yang lain. Saya teringat sebuah buku antologi cerpen yang amat saya gemari, Seekor Manusia Seorang Binatang. Di dalam buku ini, terkandung 10 cerpen remaja karya 10 pemenang yang terdiri daripada penulis mapan dan muda. Cerpen "Seekor Manusia Seorang Binatang" tulisan Muhammad Isa al-Jambuli telah diangkat menjadi judul kepada antologi itu.

Cerpen ini punya substance yang amat kuat di mana masyarakat kita sedang bergelut dengan pelbagai masalah sosial terutamanya gejala bohsia dan bohjan. Masalah ini saya definisikan sebagai virus berbahaya. Why? Iya, virus berbahaya kerana masalah seperti inilah yang menyumbang kepada derita, kecewa dan gerhananya masa depan anak muda kita.

Cerpen ini menceritakan mengenai Zaniyah, gadis remaja yang bingung dengan kemelut cinta sehingga menjebakkan diri ke dalam dunia hedonistik, menjadi ahli keluarga kepada masyarakat bohsia dan bohjan. Akhirnya, dia berbadan dua. Terselit juga pengorbanan seekor ibu monyet yang bersifat kemanusiaan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya dari menjadi mangsa bahaman buaya.

Zaniyah memasang niat untuk membuang anak yang dilahirkannya di tengah-tengah hutan belantara, tetapi insaf dan terharu setelah menyaksikan gelagat manusiawi ibu monyet itu. Nah, the moral of the story, di saat ini masih ada yang tidak berperikemanusiaan dan bersifat materialistik. Sanggup meninggalkan rasa kasih sayang kerana mahu mengejar kebendaan dan benda-benda lain. Ini bukan sekadar cerita dongengan, kerana hakikatnya memang ada di luar sana. Tidak perlu diulas lanjut, kerana ia sudah cukup menyakitkan. Kepada teman-teman, sama ada yang laki-laki atau yang perempuan, ingat! Dunia ini cuma persinggahan. Maka jangan pernah terfikir untuk menjadi binatang!

Konklusinya, betapa binatang ada waktunya lebih manusia daripada manusia!

3 comments:

Anonymous said...

saya sokong. Dan pada pandangan saya,kemungkinan besar binatang lebih baik drpd manusia sekiranya dikurniakan akal. Ambil contoh kes baru-baru ini,seorang ayah merogol anak berusia 12tahun sehingga mengandung. Ini kes sumbang mahram dan rasanya binatang sejahat buaya pun tahu menjaga anaknya.

wallahualam.

Helas木村 said...

sekarang bukan setakat bohsia dan bohjan.. lagi teruk adalah wujudnya golongan GAY, LESBIAN, PONDAN dan GOLONGAN paling aku BENCI.. PENGKID!!! arghh...

semoga sedar la mereka2 ini suatu hari nanti...

squesha said...

saleh,
moga-moga suatu hari nnt mereka akn sedar.tp kita pn ada peranan dlm hal ni,kan? ehehe