November 22, 2008

Short Story About Angga

Hanif bermaksud yang lurus. Itulah yang dipegang oleh sahabat saya, Angga Tri Asmara. Saya mengenalinya sewaktu di sekolah menengah dahulu. Angga terlibat di dalam Program Pertukaran Pelajar yang memerlukannya untuk berada di Kota Kinabalu, Sabah selama sebulan. Post kali ini saya tujukan untuk Angga, sebuah penghargaan atas ukhwah yang terjalin dan kerana dia sendiri telah membuat post mengenai saya sebanyak 2 kali di http://tea-coco-coffe.blog.friendster.com/





Tidak banyak yang saya ketahui mengenai Angga. Cuma sedikit informasi dari biodatanya yang pernah ditulis di dalam buku saya. Angga berasal daripada Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia. Sangat meminati kumpulan Padi dan Iwan Fals. Hobinya, tidur pulas, malas-malasan sampai 7 hari 7 malam. Orangnya sangat simple. Ketika kali pertama saya melihat dia, saya sudah dapat mengagak bahawa dia punya perwatakan yang sederhana sahaja. Dia sangat hormat kepada orang lain, terutama orang yang lebih tua darinya. Angga juga sangat menghormati masa dan punya pemikiran yang matang. Walaupun kini dia berada di Indonesia namun Alhamdulillah, menerusi Friendster, kami masih lagi berhubung dan bertukar-tukar fikiran. Saya gembira kerana mempunyai kenalan seperti Angga yang sentiasa ingat-mengingatkan. To Angga, I always wish the best for you and thanks for everything!

kau masih berdiri
kita masih di sini
tunjukkan pada dunia
arti sahabat

kau teman sejati
kita teman sejati
hadapilan dunia
genggam tanganku

4 comments:

Anonymous said...

akum, sharifah terimakasih sangt ya ko telah menulis blog buat saya,,,, saya takkan lupa kebaikan itu, (^_^) semoga kita selalu dalam lindungan ALLAH,, dan kita dapat terus menyambng tali silturaahim ini amin, makasi ya doanya

squesha said...

wslm.terima kasih kembali angga.iya,mudah-mudahan kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya.amin!

Helas木村 said...

bagusnya.. stil CNC....


p/s CNC = Contact N Communicate

squesha said...

saleh,
hehe.ya,kalau lost contact,susahlah.

moga-moga kita semua saling berhubung,tidak semestinya selalu.yg pnting,ukhwah itu terus terjalin =)