August 31, 2011

Die Gedanken Sind Frei

Merdeka?

Khalas!

Sejarah hanya ditulis oleh mereka yang menang, dan berkuasa



Die Gedanken Sind Frei, my thoughts freely flower
Die Gedanken Sind Frei, my thoughts give me power
No scholar can map them, no hunter can trap them

No man can deny, Die Gedanken Sind Frei

I think as I please and this gives me pleasure
My conscience decrees this right I must treasure
My thoughts will not cater to duke or dictator

And should tyrants take me and throw me to prison
My thoughts will burst free like blossoms in season
Foundations will crumble and structures will tumble

And free men will cry, Die Gedanken Sind Frei

August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Kadang-kadang saya rasa ucapan selamat hari raya maaf zahir batin ni klise, hanya di bibir dan bukan dari hati. Tapi semuanya terpulang kepada orang yang mengucapkannya. Hari ini saya merendahkan diri dan merendahkan hati ingin memohon maaf kepada mana-mana orang perseorangan. Kalau boleh mahu saja saya jadi seperti Earl dalam cerita My Name Is Earl, yang berusaha redeem kesilapannya dengan berbuat baik kepada orang yang pernah disakitinya. Tapi saya tidak mampu melakukan perkara-perkara besar seperti Earl. Saya hanya mampu meminta maaf melalui kata-kata saya ini. Mungkin ada perbuatan saya yang membuatkan anda marah. Saya minta maaf, saya ini masih dalam proses mengenal hidup. Sering saja melakukan kesilapan.

Kalau ada pula yang ingat saya sakit hati dengan anda, jangan risau. Saya ini jenis yang bukan pemarah atau pendendam orangnya. Saya anggap semua itu macam angin yang berlalu sahaja. Masa itu juga lah saya maafkan anda, tiada simpan-simpan dalam hati. Sebagaimana saya kenal anda yang baik hati, itulah juga yang akan kekal sampai bila-bila. Pandangan saya terhadap anda tidak akan berubah sekalipun anda menjauh. Saya harap anda juga begitu. Terima kasih atas segalanya, selamat hari raya dan semoga amalan kita di Ramadhan diterima Tuhan.

Mudah-mudahan kita bertemu lagi

29 Ramadhan 1432h
4.07pm

August 26, 2011

Sungkai

Semalam saya dan beberapa orang kawan keluar bersungkai (baca:berbuka puasa) di luar. Tak sempat panggil semua orang kerana kesuntukan masa. Bila berkumpul ramai-ramai memang best, ditambah lagi dengan gaya dan karenah masing-masing. Sambil sambil kami mengenang cerita masa sekolah. Kami juga ke satu tempat wajib kami. Saya sempat menyanyi beberapa buah lagu, dan juga berduet. Macam biasa genre lagu pilihan memang universal - lagu rock kapak yang tidak boleh ketinggalan, kah kah kah.

Sebelum ke destinasi sungkai, saya berjumpa dengan seorang rakan yang mau membeli kamera Russian FED4 saya. Saya setuju untuk menjual walaupun pada mulanya saya tidak mahu. Tapi saya harus kerana saya mau menambah tabungan saya untuk membeli sesuatu. Jangan risau, minat saya pada lomography tidak pernah hilang. Saya masih menyimpan kamera holga - sepertimana janji saya untuk diserahkan kepada tuan sebenarnya kalau dia masih berminat.

Saya sebenarnya jarang menonton televisyen. Tapi ramai yang bercakap tentang Pompa Bensin. Google punya google, rupanya ini adalah sebuah band yang menyanyikan lagu OST untuk drama Ramadhan Terakhir di TV3. Boleh tahan lagu ni, susunan musik pun best. Boleh dibuat lagu untuk jamming (baca: karaoke) nanti. Haha. Apa-apapun, buat yang memandu, hati-hati ok. Kalau penat atau mengantuk, mintalah orang lain yang drive pula. Jaga jaga dengan blind spot. Pengalaman accident saya yang dulu kadang-kadang buat saya takut. Macam mana kalau disebabkan kelalaian saya, orang lain yang cedera atau terkorban. Kalau diri sendiri saja, tak apalah. Tapi kena fikir juga, nyawa itu berharga. So, take care!



Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada disisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana aku mengingatimu
Kerana aku mencintaimu

Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu jauh dimataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu

August 20, 2011

Iqro!

Baca al-Quran itu memang bagus, tapi lagi bagus kalau kita memahami isi kandungan kitab ini. Ayat al-Quran itu sendiri selain mempunyai maksud yang terang dan jelas, ada masanya memerlukan kita memahami dan menghayati maknanya yang tersirat. Tiada guna kalau kita bangga mengatakan bahwa kita sudah khatam al-Quran berkali-kali tapi kita langsung tidak tahu intipatinya!

August 16, 2011

Selamat buat Indonesia!

2002.

Semua orang bercakap tentang Ada Apa dengan Cinta. Tentang Seseorang. Tentang Rangga. Tentang Cinta.

Saya tidak tahu adakah sejak itu saya jatuh hati dengan keunikan Indonesia, atau sejak azali lagi. Namun yang pasti apabila sekumpulan pelajar Indonesia datang ke sekolah saya pada tahun 2004 untuk program pertukaran pelajar, di situlah saya makin tersentuh dengan kesopanan dan rumpun budaya yang dibawa mereka. Angga, Gerald dan Dewi. Semuanya memang baik, tapi saya lebih rapat dengan Angga walaupun dia ditempatkan di kelas lain.

Ada yang menganggap saya pelik kerana begitu menghormati orang-orang Indonesia, tapi saya abaikan sahaja. Mereka tidak mengetahui. Sastera dan seni Indonesia sangat indah dan luas, sama seperti di Malaysia. Cumanya saya lebih tertarik dengan Indonesia kerana lenggok bahasa dan corak budaya mereka. Terlalu abstrak dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lihat sajalah karya-karya Chairil Anwar, Goenawan Mohamad, Pramoedya Ananta Toer, Widji Thukul, W.S Rendra, Hamka, Andrea Hirata, Iwan Fals dan ramai lagi. Memang keren habis!

Walaupun belum pernah ke sana, tapi saya tahu ada beberapa tempat yang seni binanya juga cantik. Mereka masih mengekalkan konsep tradisional yang mana nilai estetika dan arsitektur itu sangat tinggi. Saya lebih suka sesuatu yang lama dari yang terlalu modern. Bagi saya, impressive. Kalau dibandingkan KLCC dengan Candi Borobudur, saya pasti pilih yang nombor dua.

Indonesia juga satu tempat percutian yang bagus. Kalau sudah bekerja nanti, saya mau menabung untuk menjejakkan kaki ke sana. Tapi bukan lah untuk shopping tudung, jubah, baju, seperti yang dilakukan orang lain (ok, mungkin sampingan lah, haha), tapi mau memburu toko-toko buku, dan juga merasai kehidupan di sana. Ya, Indonesia adalah 1st choice saya kalau mau berbulan madu. Haha.

Entri ini sebenarnya saya tulis bersempena dengan hari kemerdekaan republik itu - 17 Agustus. Buat teman-teman saya di Indonesia, selamat buat kamu. Senang-senang kirimkanlah saya pacar dari sana - kah kah kah!

Anda -Tentang Seseorang

teruntukmu hatiku
inginku bersuara
merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu mengangguku
seseorang itukah dirimu kasih

kepada yang tercinta
inginnya ku mengeluh
semua resah di diri
mencari jawab pasti

akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab

dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

August 12, 2011

Artikel - Durian FM - Sepasang Kurung Biru

Tadi saya sedang menyiapkan sebuah jurnal artikel. Artikel ni satu collaboration di antara saya dengan lecturer saya. Lanjutan dari research saya yang lepas. Kalau siap dan bagus, bakal di muatkan dalam Kajian Malaysia. Mungkin juga akan dihantar ke mana-mana conference. Insya Allah. Sambil-sambil tangan menaip, telinga saya pula mendengar Durian FM. Best dengar radio ni, lebih-lebih lagi segmen Tanda Tanya, setiap Isnin-Jumaat jam 8-10 malam. Tiba-tiba pula lagu Sepasang Kurung Biru diputarkan. Ok, lama lagi mau raya. Ada 2 minggu lagi. Tapi raya ataupun bukan, kalau dengar lagu ni memang sayu! Suara Khairil Johari Johar ni pun memang sedap. So, enjoy the song. Hehe.

p/s: Baju raya saya sudah siap, tapi bukan berwarna biru!

http://www.durianfm.com/index.php#

August 8, 2011

Ramadhan Saya

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini mungkin bukanlah yang terbaik kalau mahu dibandingkan dengan orang lain, tapi lebih baik dari Ramadhan saya yang lepas. Mungkin terlalu awal untuk dikatakan sebab belum tamat pun bulan baik ni, tapi inilah yang berlaku pada minggu pertama Ramadhan saya. Harap-harap konsisten dan berterusan.

Minggu pertama ni awal-awal lagi sudah dapat banyak ajakan beberapa orang kawan untuk berbuka bersama-sama. Tapi saya tolak dengan baik kerana kesuntukan masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Tapi seperti yang dijanjikan, saya akan menyusun jadual dan melaksanakan tugas sebagai organizer acara berbuka puasa ramai-ramai. Macam biasa tugas ini dipegang saya kerana kata mereka saya penolong ketua kelas masa sekolah menengah dahulu. Jadi saya lah yang harus bertanggungjawab. Adeh, gini lah member. Ok lah, tunggu aaa kawan-kawan!

Ada juga pergi surau depan rumah. Bukan mahu mengejar pahala semata, tapi mahu mencari ketenangan. Memang best solat jemaah ni. Paling best bila lalu sekumpulan jejaka yang sedang duduk menunggu masuk waktu, memang tersipu-sipu malu. Segan mahu bertentang mata! Mungkin disebabkan environment yang sebegitu rupa, jadi pandangan mata pun dijaga. Hehe.

Orang cakap bulan ni lah kena banyakkan ibadah dan berdoa. Bulan yang mana doa mudah untuk dimakbulkan. Tapi saya tidak mengharap sesuatu yang besar cumanya saya mahu yang baik-baik sahaja untuk diri saya, keluarga saya dan sesiapa sahaja. Saya tahu saya cumalah hamba-Nya yang masih jahil, dan saya adalah manusia biasa yang selalu tewas. Saya tidak layak untuk meminta lebih. Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa mendoakan saya.

Salam Ramadhan.