July 4, 2009

Saya Ingin Mengubah Dunia!

*Yahoo! Image

Kebelakangan ini, saya seolah-olah mendapat idea untuk melakukan sesuatu. Saya terasa seperti hendak mengubah dunia ini. Angan-angan kosong saya ini memang suatu yang mustahil untuk direalisasikan. Anda mungkin ketawa terbahak-bahak mendengarnya. Tapi, siapa tau, cita-cita tinggi saya ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti. Mungkin anda lupa bagaimana orang mentertawakan impian Orville dan Wilbur Wright, tetapi akhirnya mereka terdiam dan kagum kerana impian itu betul-betul menjadi!

Saya rasa saya terpengaruh dengan beberapa filem yang saya tonton sepanjang cuti semester ini. Contohnya,
Pay It Forward. Saya benar-benar tertarik dengan jalan ceritanya. Pay It Forward bermaksud apabila seseorang berbuat baik kepada anda, jangan balas balik kepada orang itu, tetapi Pay It Forward, iaitu berbuat baik kepada tiga orang yang lain dan mereka harus membalasnya dengan berbuat baik kepada tiga orang yang lain pula dan begitulah seterusnya sehingga kebaikan dapat disebarkan dan dunia dapat berubah.

Saya pernah terdengar satu ungkapan bahawa "everybody wants to change the world, but nobody thinks about changing himself". Maka dengan itu, untuk mengubah dunia, kita perlulah mengubah diri sendiri terlebih dahulu. Sebenarnya, secara tidak langsung, apabila kita membantu orang lain, kita juga turut membantu diri kita sendiri. Kita menjadi orang yang penuh dengan keikhlasan. Kita menjadi orang yang cintakan keamanan. Kita menjadi orang yang lebih baik. Bukankah suatu yang sangat indah jika semua orang bersifat sedemikian?

Saya benar-benar berhasrat untuk melakukan sesuatu yang mampu memberikan kesan positif kepada hidup seseorang. Mungkin ianya tidaklah sesuatu yang besar, hanya pertolongan kecil sahaja. Saya percaya "small miracles inspires living everyday". Tetapi sebelum itu, saya harus melalui proses-proses pembaikan diri. Hari ini, saya ingin menjadi lebih baik dari hari kelmarin agar hari esok saya mampu mengubah dunia ini. Doakan saya berjaya dalam proses ini dan sudah tentu, saya juga turut mendoakan anda semua. Apabila proses ini selesai, saya akan kembali dengan entri kejayaan saya. Mungkin proses ini hanya sekejap, mungkin juga memakan masa bertahun-tahun. Tetapi, selama mana pun proses itu, yang penting adalah hasilnya. Insya Allah.

3 comments:

cham's said...

ubah minda dgn akal...lebih dangkal dan tumpul, namun jika bijak menyusun kata biarkan saja dunia itu di ubah dgn hujung lidah yg tumpul tapi cukup tajam membelah dunia.

squesha said...

cham's,
thanks! dalam sungguh kata-kata kamu itu.

cuma sy tidak mengerti, "lebih dangkal dan tumpul".ia sebenarnya merujuk kepada apa?

a s m said...

hehe