May 28, 2010

Mr.Monk





Monk, antara TV show yang terbaik saya pernah tonton. Tony Shalhoub sebagai Mr. Adrian Monk memainkan watak dengan bersahaja tetapi memberi kesan yang mendalam. Dalam cerita ini, Monk mempunyai pelbagai fobia dan juga OCD. Namun begitu, dia masih seorang detektif yang hebat dan berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah.

Mungkin ini hanyalah sebuah siri TV show, tapi bagi peminat selama 8 season seperti saya, Monk sangat berlainan. Ini terbukti apabila Tony Shalhoub pernah memenangi 3 Emmys dan beberapa nominasi penting.

Saya merasakan sebahagian dari diri saya ada pada Monk. Mungkin kerana saya juga mempunyai OCD (tidaklah seteruk Monk) atau mungkin kerana kesan dari peranan Tony Shalhoub untuk mendekatkan kita dengan watak yang dipegangnya.

Apa-apapun, Monk sudah sampai kepada penghabisannya. Tidak ada lagi rancangan menarik yang boleh membuatkan saya merasai pelbagai perasaan pada masa yang sama. Yes Mr. Monk, I'm gonna miss you when you are gone.

May 24, 2010

Cuba Try

Dulu dah pernah cuba try twitter. Mula-mula macam best. Boleh tweet dengan artis.haha.Tapi tak lama lepas tu, memang bosan. Tmblr? Pun dah cuba. Ada yang cakap tmblr lagi best dan senang dari blogspot. Tapi entah kenapa, blogspot juga sentiasa di hati.

Sekarang ramai pula yang main formspring. Saya pun buat juga, mana boleh ketinggalan dengan trend terbaru ni.haha.Jadi apa lagi, jangan segan silu, kalau nak tanya apa-apa, ajukan terus ke formspring saya.hehe :)

May 22, 2010

Muallaf.

Dah lama cerita arwah Yasmin Ahmad ni, tapi saya baru saja berpeluang menontonnya. Ketika pembikinan filem ini saja, sudah banyak kontroversi timbul. Mungkin kerana filem ini menyentuh hal keagamaan, maka ia jadi sangat berat. Bagi saya, tak kisahlah apa kontroversi tu, yang penting kita amati mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah. Cukup disitu.

1. Bapa Rohana yang terlalu sosial; berdangdut dan minum arak. Tetapi sangat sinis, skeptikal dengan anjing.

2. Brian (ketika kecil) dibogelkan di khalayak orang ramai sebagai hukuman kerana membaca buku lucah. Brian membenci ibunya.

3. Rohana selalu menyebut beberapa kombinasi angka. Brother Anthony dan Brian cuba memahami kelakuan Rohana ini. Puan Siva pula pernah merotan Rohana kerana menganggap dia pelik dan tidak mengikut arahan.

4. Sifat ingin tahu yang tinggi mengenai agama dan perbandingannya tetapi tidak ada atau kurang institusi pendidikan tinggi yang menawarkan bidang ini. Kebanyakan hanya fokus kepada alam kerjaya, bukannya maksud ilmu itu sendiri.

5. Setiap malam sebelum tidur Rohana dan Rohani memaafkan kesalahan orang lain terhadap mereka. It is in forgiving that we are forgiven.

May 16, 2010

Donna-Donna

Saya dan seorang kawan bertukar-tukar idea tentang music dan youth. Dan ini hasilnya, video pilihan untuk hari ini.

May 14, 2010

Kalau

Kita selalu membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Akibatnya, kita rasa menyesal.

Kan bagus kalau boleh putar balik masa. Boleh tarik balik keputusan yang telah dibuat. Rasanya ini statement atau monolog yang selalu disebut apabila kita rasa ralat mahupun serabut.

Kalau, kalau, kalau...Dan inilah yang akan bermain di fikiran sehinggalah kita menerima kekesalan dengan tenang jiwa.

May 13, 2010

Percayalah~

Semalam saya berchatting dengan seorang kawan baru, dan dia bercerita tentang kepercayaan. Lalu dia pun berkongsi dengan saya tentang sesuatu. Ringkas, tapi padat.

Once a friend asked the other friend, "What would you do if I cheat you?"

Then the other friend replied, "Trusting you is my decision and proving me right is your choice."

May 11, 2010

My Name Is

Apabila ada yang baru lahir, semua pun mula bertanyakan nama. Bagi yang mempunyai 'keturunan' tertentu, nama itu wajib dikekalkan atas sebab ingin menjaga 'keturunan' itu sendiri. Mesti dengar cakap orang tua-tua. Kalau tidak, adat sudah dilanggar. Dan darjat atau pangkat sudah terjejas.

Itu mereka, saya tidak bersetuju. Ada apa dengan nama? Kalau nama cantik, tapi perangai tidak cantik, didikan tidak cantik, apakah relevannya? Saya pernah dikritik oleh segelintir pihak kerana kata mereka, saya tidak tahu menjaga 'keturunan' sendiri. Kata mereka lagi, 'keturunan' ini adalah keluarga Nabi, atau Ahlul Bait. Aah, ini saya tidak mahu cakap panjang kerana saya bukanlah ahli dalam hal ini. Tapi bila mereka cakap yang 'keturunan' ini tidak boleh terima zakat, saya rasa keliru. Bagaimana mereka yang mempunyai 'keturunan' ini tapi hidup dalam kedaifan? Takkan tak boleh tolong? Bukankah kita semua sama, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa?

Saya kenal dengan seorang rakan, namanya mempunyai maksud yang sangat cantik. Tapi malang sekali kerana perangainya tidaklah seindah nama. Saya juga mempunyai kawan yang namanya langsung tidak ada makna, tapi perangainya jauh lebih baik dari rakan saya yang pertama itu. Apa-apapun, pendapat saya, asalkan tidak mempunyai maksud yang tidak baik, itu sudah cukup. Janganlah terlalu menjaga nama, sehinggakan benda yang lebih mustahak diketepikan.

p/s: Maaf sekiranya ada yang tersinggung mahupun terasa.

May 10, 2010

5 Things

Satu perjalanan sudah berlalu, mungkin.

1. Orang mula pandang tinggi dengan kita bila kita sudah tunjuk taring. Persepsi mereka sudah berubah kerana diam-diam ubi berisi.

2. Rupa-rupanya blog yang ntah apa-apa ni, ada juga classmate yang singgah dan bagi positive feedback. Terima kasih banyak-banyak.

3. Tidak semestinya perangai adik sama dengan si kakak atau abang. Jangan expect kedua-duanya sama. Kalau A pandai, mestikah B juga pandai seperti A? Nama pun adik-beradik, memanglah berlainan. Kalau kembar, mungkin boleh jadi sama.

4. Kalau dulu "tak kenal maka tak kenal", sekarang perkenalan itu membawa kepada satu persahabatan. Sama ada mereka memikirkan benda yang sama atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang penting, saya rasa selesa bersama mereka.

5. Semua orang punya maruah. Jadi belajar untuk menghormati yang lain.

May 1, 2010