August 30, 2009

Merdekakah Kita?

Mengikut kamus, merdeka didefinisikan sebagai bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, tidak bergantung pada yang lain, berdiri sendiri.

Dan itulah yang biasanya dijawab oleh orang ramai apabila ditanya pengertian merdeka bagi mereka.

Persoalannya, merdekakah kita?

p/s: Baru-baru ini, saya terlihat sesuatu di televisyen. Seorang pemuda ditanya apa yang menarik tentang Malaysia, dan jawapannya: makanan yang sedap.

Apa guna makanan yang sedap kalau ianya tidak dapat dikongsi oleh semua lapisan masyarakat? Masih ada yang dibelenggu kemiskinan. Inikah yang dikatakan merdeka?

August 21, 2009

Ramadhan

Syaaban telah berlalu pergi, dan Ramadhan kini menjelma. Hopefully we will be a better person during and after Ramadhan. Marilah kita sama-sama mengejar nikmat yang dirindu ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Selamat berpuasa.

August 18, 2009

Pelajaran Berharga

Selama tiga hari berkampung di sebuah daerah, terdapat banyak pelajaran berharga yang saya peroleh. Tempat yang saya maksudkan ini adalah sebuah perkampungan kecil, agak jauh dari pekan.

Saya lihat, seorang anak kecil berusia 12 tahun dengan sendirinya membasuh kasut sekolah, menjemur kain, mengangkat kain, memasak, semuanya tanpa disuruh oleh sesiapa pun. Kanak-kanak di bandar, harapan dan pergantungan mereka adalah ibu atau orang gaji mereka.

Saya lihat, sekumpulan kanak-kanak, bermain basikal dengan riangnya. Yang ada cumalah imaginasi 'taman permainan' mereka. Ketika itulah saya terfikir apakah mereka-mereka yang tinggal di bandar ini terlalu manja? Manja dengan kehidupan yang terlalu selesa dan mewah? Kanak-kanak di bandar ada PSP, TV, panggung wayang, komputer dan segala-galanya. Malah, seawal darjah 2, mereka sudah mempunyai handphone yang canggih-canggih.

Saya lihat, kanak-kanak di kampung itu, mengisi masa lapang mereka dengan bermain gong di acara-acara keramaian, selain bersekolah. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di bandar? Cybercafe adalah rumah kedua mereka.

Betapa bertuahnya kita yang hidup di bandar ini kerana dengan mudahnya kita akan dapat apa sahaja yang kita mahukan. Mahu makan makanan sedap seperti KFC, pergi sahaja ke lokasi yang berdekatan. Mahu hilangkan kebosanan, laptop ada di sebelah. Mahu membasuh kain, gunakan sahaja washing machine atau paling mudah, pergi sahaja ke laundry.

Ada ketikanya kita harus mengingati mereka yang tidak pernah hidup mewah dan selesa seperti kita. Bersyukurlah dalam kita menikmati kurnia-Nya. Kadang-kadang, kita terlalu enjoy dengan segala-galanya hingga kita terleka semuanya itu hanya pinjaman semata-mata.

August 12, 2009

H1N1

Marilah kita sama-sama berdoa dan melakukan solat hajat, memohon kepada Tuhan agar dilindungi dari wabak ini. Tidak lupa, memohon agar Tuhan memberikan kita hidayah dan peluang untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Mungkin ini satu petanda dari-Nya bahawa hari itu makin hampir...

August 6, 2009

1 Ogos

1 Ogos, ramai yang menghantar sms untuk mengucapkan "Happy Friendship Day". Tetapi didalam banyak-banyak sms yang diterima, saya agak tersentuh dengan yang ini.

How Friendship Break?

both friends will think the other is busy
and will not contact thinking it may be disturbing
as time passes both will think let the other contact
after that each will think why should I contact first?

here your love will be converted to hate
finally without contact the memory becomes weak
they forget each other

so keep in touch with all
i don't want to be one of this kind...