June 22, 2011

Life As a University Student

17hb lepas, result exam keluar. Alhamdulillah, masih lagi maintain pointer walaupun ada sedikit penurunan. Tarikh ini juga sebenarnya menandakan tamatlah sudah pengajian saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda. Nampak hebat kan title ni? Haha. Ok2, ada pelbagai reaksi dari kawan sekelas saya. Sudah tentu ramai yang gembira dan excited. Ya, tidak perlu lagi menghadapi tekanan exam, research, test, assignment dan sebagainya. Saya? Jujur saya katakan yang saya dalam gembira, ada sedih, dan dalam sedih, ada ralat.

Sepanjang 5 tahun saya belajar di sini, ada benda yang saya kesalkan. Diri saya dan persekitaran. Masa saya baru masuk Diploma, biasalah, belum tahu apa-apa, jadi ikut saja peraturan dan jadi budak baik. 2 semester pertama saya dpt DL. Masuk semester ketiga, saya sudah kurang serius dalam pelajaran. Kuat main, kuat berpoya-poya. Kesannya, result exam teruk sangat. Semester keempat, saya berjaya catch up pointer tapi malangnya saya masih tidak serik. Sekali lagi pointer jatuh dan terus jatuh di akhir pengajian Diploma.

Masa ni lah baru saya terbangun dari tidur yang panjang. Saya cari punca dan jawapan. Di mana silap saya, dan ke mana harus saya tuju. Ketika saya mendapat tawaran Degree, saya sudah nekad tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang lepas. Saya block perkara-perkara yang boleh menganggu saya. Selama 2 tahun saya berusaha, akhirnya saya pasti dengan langkah saya pada awalnya dan sekarang saya sudah tamat pengajian dengan cemerlang. Ada 4 semester, 3 kali DL dan habis dengan First Class Honours. Kalaulah semester pertama saya dapat DL juga, sudah tentu saya dianugerahkan dengan ANC. Tapi saya tidak kisah dapat ANC atau tidak, kerana yang penting kenapa saya mau belajar. Terus terang, saya belajar bukan sebab mau mendapat kerja, tapi saya belajar kerana saya memang suka belajar.

Pesan saya dengan siapa-siapa saja yang mau dan masih menuntut, tidak kiralah di institusi mana. Sama ada sekolah, kolej atau universiti, tolonglah sayang dan hormat pada ilmu. Apa yang kita buat menentukan siapa kita. Ramai student yang copy paste assignment, meniru masa test dan sebagainya. Ini realiti. Memang mudah dilakukan, dan memang akan grad kalau lepas dalam exam, dan tidak tertangkap. Tapi berani saya katakan yang orang seperti ini tidak ikhlas dan tidak jujur dalam mencari ilmu. Ya, ukuran ikhlas dan kejujuran itu subjektif tapi boleh kah kamu time konvo, naik pentas, genggam scroll, sambil disaksikan oleh ibubapa kamu, dan dengan bangga nyatakan "Saya belajar dengan titik peluh saya sendiri, saya tidak meniru sesiapapun, dan tidak plagiarise. Saya mendapat sesuatu ketika saya belajar. Ini hasil saya berusaha 5 tahun, bapak, mummy". Boleh? Sebab itu saya tabik dengan orang yang mungkin hanya sekadar lulus dan tidak mendapat apa-apa pencapaian, tapi tidak pernah melakukan benda-benda di atas. Saya hormat pada repeaters yang gagal tapi tidak meniru, dari orang yang lulus tapi meniru!

Satu lagi, kalau ada dapat bantuan mana-mana pihak, macam PTPTN, MARA atau Zakat, ingat lah itu bukan duit kita woi. Itu duit pembayar cukai! Jadi gunakan lah di tempat yang sepatutnya. Senang-senang ja guna duit orang. Kalau guna duit untuk belanja makan, sewa bilik, itu tidak mengapa. Sebab dalam proses mencari ilmu, of course lah kita perlukan tempat tinggal, makan dan sebagainya. Tapi beli handphone baru? BB pula tu. Bila lecturer suruh beli buku, mula lah banyak alasan. Sanggup fotostat buku dari beli buku, sebab mau up to date dengan the latest trend. Ok2, kalau PTPTN, MARA, nanti bayar balik juga kan kalau sudah bekerja. Boleh dimaafkan. Tapi ZAKAT? Gila ka apa pergi memohon zakat dan mengaku orang miskin, tapi guna duit tu untuk berjoli. Ada kereta pula tu, parents pun sangat berkemampuan. Bukan banyak tanggungan pun. Saya pernah praktikal di Pusat Zakat, dan saya tahu, bagaimana sebenarnya keadaan orang yang betul-betul susah. Ingat satu perkara, Zakat = Fisabilillah. Time isi borang permohonan, ada perkataan ni kan? Bila kita guna duit ni, ingat-ingatlah, kita sedang ambil hak orang lain. Saya bukannya bagus sangat pun, tapi saya rasa kecewa bila ada yang ambil hak orang yang lebih memerlukan sedangkan dia mampu. Saya lagi malu pada kawan-kawan yang non-muslim.

Macam panjang pula tulisan saya. Bukan mau mengata mana-mana pihak, tapi sambil-sambil mengisi masa lapang, saya harap tulisan saya dapatlah memberi kesan kepada yang membaca. Masa saya belajar, saya gagal menghalang perkara sebegini dari dilakukan oleh kawan-kawan saya. Sebab tu saya ralat dan saya harap tiada lagilah isu-isu macam ni. Kita belajar ilmu, jadi hormat pada ilmu. Kalau anda buat perkara-perkara di atas, anda tidak patut merasa bangga memegang title sebagai Diploma holder mahupun Degree holder. Malu sikit dengan orang yang hanya memegang sijil SPM, tapi jujur dan ikhlas dalam mencari ilmu. Yang ni baru cool!

Kehidupan sebagai pelajar sebenarnya amat berat, jadi jangan jadi bodoh dengan berlagak pandai. Lebih baik bodoh dari pura-pura pandai. tq.

June 8, 2011

Obedient Wives Club

Topik: Obedient Wives Club

1. Saya belum berkahwin tapi bagi saya, perkahwinan bukan sekadar seks semata-mata. Perkahwinan adalah cara untuk menghalalkan seks.

2. Perkahwinan mungkin satu tanda cinta, tapi seks tidaklah bersamaan dengan cinta.

3. Tiada jaminan dalam dunia ini. Maka seks juga bukan jaminan terhadap sesebuah perkara.

4. Saya setuju seorang isteri harus taat kepada suaminya, tapi saya juga setuju seorang suami harus taat kepada isterinya. Taat dalam konteks ini adalah sifat hormat, tidak dayus, saling mengasihi, menjaga keperluan isteri dan keluarga, tidak menggunakan isteri untuk tujuan tertentu, dan sebagainya lagi.

5. Saya suka sekiranya ahli-ahli dalam club ini berkongsi idea dan tips untuk memasak, menjahit, parenting dan lain-lain lagi. Tapi untuk ajar sex lesson, saya rasa agak pelik.

Konklusi: Saya berazam untuk menjadi isteri yang taat. Siapa-siapa yang berminat, tinggalkan lah nombor telefon. Mungkin kita boleh panjangkan cerita. Haha.


June 4, 2011

Surat Cinta Dari Juli

Rumi,

Hari pertama kita berkenalan, aku sudah tahu kau lah orang yang aku tunggu selama ini. Pada mulanya aku ragu-ragu untuk menerima kau dalam hidup aku kerana aku orang yang takut menerima kenyataan yang pahit, aku takut kalau aku akan kehilangan kau sekiranya kita bersama. Alhamdulillah, kau berjaya meyakinkan aku.

Manis cuma sekejap saja. Rupa-rupanya ada topan yang melanda. Cinta kita mendapat tentangan orang ramai. Aku tidak tahu mengapa dan aku masih kalut akan hal ini. Di saat aku jatuh dan hampir tewas, kau datang dan bangunkan aku. Sekali lagi kau meyakinkan aku. Terima kasih untuk itu. Kalau tiada kau, aku rasa aku bukan yang dulu lagi.

Cepat sekali masa berlalu. Aku tidak tahu apakah penghujung bagi cerita kita ini. Aku tau Tuhan yang mengatur semuanya ini dan kita harus berharap padaNya. Banyak sangat dugaan yang kadang kala membuatkan aku lemah apabila memikirkannya. Aku berdoa semuanya akan baik-baik sahaja. Kalau tidak, aku ada rancangan yang lain. Rahsia dan muktamad. Buat masa ini, aku berusaha sedaya upaya untuk menjadi lebih baik dari hari-hari kelmarin. Aku tahu kau juga begitu.

Sebenarnya aku tidak tahu berpuitis. Tapi aku ingin kau tahu, tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu. Aku juga tidak pandai berbahasa English. Tapi kau harus tahu satu perkara, there is many men around but I do not see no one except you. Rumi, you are the best I ever had. Thanks for the sweet memories.

P.S. I Love You!

Juli