September 18, 2009

Salam Buat Semua

Ramadhan akan melabuhkan tirainya.

Saya belajar erti kesabaran. Dan dari kesabaran itu, saya belajar keperluan kita menghormati orang lain. Bila timbul perasaan respek, kita saling memahami dan hidup akan jadi lebih mudah.

Syawal pula bakal tiba.

Dengan ini, saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran perbuatan mahupun kata-kata saya yang telah menyinggung perasaan anda. Semoga anda semua bergembira dan berhati-hatilah di jalan raya.

September 9, 2009

090909

Hari itu, 080808.

Dan hari ini, 090909.

Betapa cepatnya masa berlalu.

p/s: wake me up when september ends.

September 5, 2009

Kad Raya

Masih saya ingat lagi dahulu, kedatangan posmen sudah semestinya ditunggu-tunggu. Bila ada kad raya, cepat-cepat dibuka sampul itu. Ingin tahu siapa yang menghantarnya. Isi kandungan kad raya biasanya hampir sama. Bertanya khabar, balik kampung mana tahun ini, baju raya warna apa, kuih dibuat sendiri atau ditempah, semuanya mengenai persiapan raya. Yang pasti, kad raya itu akan dibalas secepat mungkin. Terasa bangga juga apabila jumlah kad raya yang diterima lebih dari yang lain. Iyalah, bila ada yang menghantar kad raya, itu tandanya dia ingat pada kita.

Namun, peredaran masa menyebabkan kad raya sudah digantikan dengan alternatif yang mungkin lebih baik; SMS. Lebih cepat. Tidak perlu menunggu masa berhari-hari untuk sampai kepada si penerima. Lebih murah. Nak beli kad raya, sekurang-kurangnya RM2 lebih untuk 5 keping. Lagi cantik, lagi mahal lah kad raya itu.

Mungkin kad raya sudah ketinggalan zaman. Apa-apapun, cara manapun yang kita gunakan untuk mengucap selamat hari raya, yang penting adalah keikhlasan kita. Kan?

p/s: masih sempat lagi kah untuk menghantar kad raya?

September 1, 2009

Ajaran Sesat

Dunia makin canggih, pengamal ajaran sesat pun sudah tahu menggunakan blog.

Sila ke blog Doin Dawa, ada pesanan bagaimana untuk menghapuskan blog si pengamal ajaran sesat.

Terima kasih.