July 31, 2009

Tag!

Di tag oleh sno0p.

1. Bekas Kekasih Saya Adalah
seorang lelaki yang kini menjadi kawan saya

2. Lagu Yang Sedang Saya Dengar
oasis-wonderwall

3. Mungkin Saya Patut
berehat seketika dari dunia Internet, fokus dengan pelajaran

4. Saya Suka
membaca self-help books!

5. Sahabat Baik Saya
adalah seseorang yang paling saya hargai dalam hidup ini

6. Saya Tak Faham
tentang mengapa orang boleh berubah dengan cepatnya

7. Saya Kehilangan
sesuatu yang tidak mungkin akan kembali

8. Ramai Yang Kata
saya seorang yang skema

9. Makna Nama
sharifah nursyahidah - yang mulia cahaya saksi

10. Cinta Itu
abstrak lagi universal

11. Di Suatu Tempat, Seorang Sedang
melakukan sesuatu yang tidak kita ketahui

12. Saya Akan Cuba
untuk menjadi orang yang lebih baik

13. Ayat Selamanya Bermaksud
kekal abadi

14. Telefon Bimbit Saya
sgh e-200

15. Bila Bangun Dari Tidur
ucaplah alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melihat dunia

16. Saya Paling Meluat
apabila ada yang suka merendah-rendahkan orang lain

17. Pesta / Parti Adalah
tempat yang tidak saya gemari kerana sesak dengan orang

18. Haiwan Yang Paling Comel Pernah Saya Temui Adalah
sagwa-kucing saya!

19. Peringkat Umur Yang Menyeronokkan
ketika masih kanak-kanak lagi

20. Hari Ini
hari terakhir cuti

21. Malam Ini
cuba siapkan assignment yang berlambak

22. Esok Pula Saya Akan
pergi ke library dan selesaikan beberapa perkara

23. Saya Betul-Betul Inginkan
$$$

24. Ketika Melihat Wajah Anda Di Cermin Pagi Ini
rasa bersyukur kerana dikurniakan wajah yang sempurna

25. Pusat Beli-Belah / Arked Permainan
dulu suka, sekarang tak suka

26. Makanan Barat / Jepun
western food!

27. Bilik Gelap / Terang
bergantung kepada situasi

28. Ayat Terakhir Saya Katakan Pada Seseorang
ok, nanti malam saya bagi confirm

29. Anda Ingin Tag
Wea, Husna, Frodo, Aken

July 28, 2009

Terima Kasih Wea!



Mendapat award lagi. Kali ini dari sahabat jauh, dari Banjarnegara, Indonesia. Moga-moga dengan pemberian award ini, akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Dan mudah-mudahan tidak terputus hubungan itu dan kita akan terus saling bertukar pendapat dan idea. Saya sangat menghargai pemberian ini. Terima kasih Wea!

July 25, 2009

Law of Attraction

Menurut Michael J. Losier, apabila kita mengaplikasikan Law of Attraction (LoA), kita akan mendapat lebih apa yang kita mahukan. Terdapat pelbagai pendapat tentang perkara ini. Ada yang menyokong, namun ada juga yang mempersoalkan. Saya ada mencuba LoA ini dan ternyata ianya berkesan! Perkara pertama yang saya lakukan adalah mengenalpasti kemahuan saya. Kemudian, saya berikan perhatian terhadapnya. Akhir sekali, saya harus membenarkan kemahuan saya itu.

Antara kemahuan saya adalah untuk lebih mengambil bahagian ketika di dalam kelas. Pada hari pertama saya mencuba LoA ini, saya benar-benar terkejut kerana saya banyak memberi pendapat ketika berdiskusi dengan rakan-rakan dan pensyarah. Bukan satu dua subjek, tapi semua subjek! Entah dari mana datang keberanian itu sedangkan sebelum ini saya lebih gemar berdiam diri.

Apa yang saya dapat simpulkan dari LoA ini adalah kita harus sentiasa berfikir positif. Jadi optimistik. Bayangkan perkara yang baik-baik sahaja. Kalau anda mahu berjaya, bayangkan kejayaan anda itu, jangan bayangkan kegagalan. Mungkin inilah yang cuba ditunjukkan didalam lagu Fikirkan Boleh. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Semuanya terletak didalam pemikiran kita. Bak kata Dr. Joyce Brothers, "success is a state of mind. if you want success, start thinking of yourself as a success".

jika kau fikirkan kau boleh
kau hampir boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu-ragu
usahamu tidak menentu

July 18, 2009

Menjaga Alam Sekitar

Saya mendapat tahu dari seorang profesor bahawa terdapat 3 intipati utama yang ditekankan di dalam Al-Quran iaitu aqidah, pemakanan dan alam sekitar. Kita adalah khalifah yang diamanahkan untuk menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya. Maka apabila kita membuang sampah merata-rata atau melakukan apa-apa pencemaran yang merosakkan bumi ini, kita sebenarnya sudah melakukan satu kesalahan yang besar. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar ini. Demi kepentingan bersama, untuk kita dan masa yang akan datang.

July 9, 2009

Saya Sudah Kembali!

Hari ini saya menginjak ke fasa baru. Persekitaran itu tetap sama. Tiada apa yang berubah. Cuma, saya dapat rasakan suatu kehilangan. Tapi saya sedar, sekuat mana pun kehilangan itu dirindukan, saya harus pandang ke depan. Ada lagi perjuangan yang belum selesai yang harus saya sudahkan. Saya telah memasang azam untuk lupakan waktu dahulu dan bangkit sebagai orang yang baru. Sakit, memang sakit. Tapi saya harus merasai kesakitan itu kalau saya mahu berjaya. Kata orang, no pains, no gains.

Pada mulanya, saya sebenarnya agak kurang bermotivasi. Entah bagaimana, saya bagaikan ditiup satu semangat. Saya menjadi berkobar-kobar dan tidak sabar-sabar untuk memulakan hari saya. Setiap hari adalah hari yang baru bagi saya. Saya tidak mahu ianya menjadi hari yang sama seperti kelmarin. Memang benar, setiap perkara ada hikmahnya dan saya sedang merasai hikmah itu. Saya mahu buktikan sesuatu dan saya ingin cari keberanian yang sudah lama menghilang itu. Iya, saya sudah kembali! Terima kasih Tuhan!


it ain't about how hard ya hit. it's about how hard you can get it and keep moving forward. how much you can take and keep moving forward. that's how winning is done! now if you know what you're worth then go out and get what you're worth.
- rocky balboa

July 4, 2009

Saya Ingin Mengubah Dunia!

*Yahoo! Image

Kebelakangan ini, saya seolah-olah mendapat idea untuk melakukan sesuatu. Saya terasa seperti hendak mengubah dunia ini. Angan-angan kosong saya ini memang suatu yang mustahil untuk direalisasikan. Anda mungkin ketawa terbahak-bahak mendengarnya. Tapi, siapa tau, cita-cita tinggi saya ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti. Mungkin anda lupa bagaimana orang mentertawakan impian Orville dan Wilbur Wright, tetapi akhirnya mereka terdiam dan kagum kerana impian itu betul-betul menjadi!

Saya rasa saya terpengaruh dengan beberapa filem yang saya tonton sepanjang cuti semester ini. Contohnya,
Pay It Forward. Saya benar-benar tertarik dengan jalan ceritanya. Pay It Forward bermaksud apabila seseorang berbuat baik kepada anda, jangan balas balik kepada orang itu, tetapi Pay It Forward, iaitu berbuat baik kepada tiga orang yang lain dan mereka harus membalasnya dengan berbuat baik kepada tiga orang yang lain pula dan begitulah seterusnya sehingga kebaikan dapat disebarkan dan dunia dapat berubah.

Saya pernah terdengar satu ungkapan bahawa "everybody wants to change the world, but nobody thinks about changing himself". Maka dengan itu, untuk mengubah dunia, kita perlulah mengubah diri sendiri terlebih dahulu. Sebenarnya, secara tidak langsung, apabila kita membantu orang lain, kita juga turut membantu diri kita sendiri. Kita menjadi orang yang penuh dengan keikhlasan. Kita menjadi orang yang cintakan keamanan. Kita menjadi orang yang lebih baik. Bukankah suatu yang sangat indah jika semua orang bersifat sedemikian?

Saya benar-benar berhasrat untuk melakukan sesuatu yang mampu memberikan kesan positif kepada hidup seseorang. Mungkin ianya tidaklah sesuatu yang besar, hanya pertolongan kecil sahaja. Saya percaya "small miracles inspires living everyday". Tetapi sebelum itu, saya harus melalui proses-proses pembaikan diri. Hari ini, saya ingin menjadi lebih baik dari hari kelmarin agar hari esok saya mampu mengubah dunia ini. Doakan saya berjaya dalam proses ini dan sudah tentu, saya juga turut mendoakan anda semua. Apabila proses ini selesai, saya akan kembali dengan entri kejayaan saya. Mungkin proses ini hanya sekejap, mungkin juga memakan masa bertahun-tahun. Tetapi, selama mana pun proses itu, yang penting adalah hasilnya. Insya Allah.