May 14, 2009

Mat Rempit

"Mat Rempit, Kita Terhimpit"

"Mat Rempit, Kita Sempit"


Mat rempit sememangnya penyakit kepada negara kita. Kita jadi terhimpit dan makin sempit. Segelintir dari mereka terlibat dengan gejala samseng, vandalisme, curi, seks bebas dan macam-macam lagi. Mereka tidak takut kalau patah kaki. Mereka tidak takut akan polis. Perbuatan mereka itu kononnya untuk kepuasan dan keseronokan. Mereka berasa bangga apabila aksi mereka dilihat oleh orang ramai dan mendapat ganjaran tanpa memikirkan perbuatan mereka itu mampu mengundang bahaya kepada orang lain. Pelbagai sebab menjadi penyumbang kepada kewujudan mat rempit ini. Mungkin kerana pengaruh rakan sebaya, pengaruh media, masalah keluarga atau sikap mat rempit itu sendiri. Apapun faktornya, filem dan drama yang dihasilkan kononnya dengan tujuan untuk mendidik mat rempit ini, saya kira sebagai sesuatu yang lucu. Lebih bersifat komersial dan keuntungan dari teladan. Ini kerana pengajaran itu hanyalah sedikit cuma jika dibandingkan dengan impak negatif dari filem dan drama itu. Penonton akan memuja si pelakon sebagai hero dan ikon dalam 'dunia' mereka. Malah, mereka mungkin akan meniru aksi-aksi yang dipaparkan. Pesan saya kepada mat rempit ini, tolong berubah. Anda ada nyawa yang begitu berharga. Begitu juga dengan orang lain. Jika anda tidak mahu memikirkan diri anda, ingatlah orang lain yang bakal menjadi mangsa gara-gara anda.

Kesimpulan? Mat Rempit Tidak Rasional.

3 comments:

Cob Nobbler said...

Saudari menulis ini berdasarkan pemerhatian saudari atau pembacaan saudari dalam Utusan Melayau?

Saudari,kalau saudari tinggal di Kuala Lumpur,sekali sekala singgahkan kaki saudari di Pangsapuri Kos Rendah Kinrara di Puchong,atau mungkin pergi ke Pangsapuri Abdullah Hukum di Kampung Kerinchi.Pergi ke Flat-flat DBKL di Bandar Tun Razak,oh yeah,jangan lupa juga pergi ke Kampung Chubadak dan Kampung Pandan.

Cuba lihat pangsapuri mereka.Satu unit rumah,2 bilik,ruang sempit,dan kebanyakan mereka ini menjadi hamba kapitalis Tesco dan Giant,KFC dan McD,untuk meneruskan hidup di tengah Kuala Lumpur.Adik beradik 8-9 orang.Duduk rumah flat,beritahu saya,mat rempit ni nak pergi mana?

Jalan raya lah.Duduk rumah pun sempit,nak belajar tak kondusif*(mereka takkan faham apa itu kondusif,tapi selesa mungkin faham).

Jadi cuba fikir,pernah tak saudari hidup dalam kehidupan mereka?Hidup sering dicaci dan didiskrimikasi?Mereka hidup melata dan miskin,sedangkan anak-anak Dato dan Tan Sri tu ada juga yang bodoh.Tapi dorang ada Segi College atau Taylor College untuk mak bapak mereka habiskan duit.

Bagi seorang pesara tentera anak enam,belajar pun takat SPM,macam mana nak hantar anak ke Taylor College ke Segi?Lepas SPM pergi la nko kerja.Kerja McD,KFC,Giant,Tesco,paling kencang kerja jadi despatch.Adalah kerja courier kat Skynet Courier tu.Nak kerja hebat-hebat SPM deret F je.Kerja la jadi hamba abdi kapitalis.

Tension kena marah dengan supervisor,nak release tension,nak pergi mana?Balik rumah?Adik-adik ada lapan.Mak tak cukup duit nak bayar rumah sewa,api-air.Lepas tu adik-adik nak guna duit jugak.

Sewa rumah dah RM500.Makan minum sebulan ada dalam RM300.Gaji RM800.Harap pencen abah berapa sen sangat.Mak kerja jual nasi lemak pagi-pagi.Satu hari boleh la dapat RM50.

Balik rumah pun tension,apa mau buat?Merempit lah.Dah motor je yang dia ada.

Jadi untuk menyelesaikan masalah vandalisme,gejala samseng dan anasir yang tak baik bak kata Utusan ni tak susah sebenarnya.Senang je.

Pertama,milikrakyatkan syarikat perumahan.Jadi rumah itu milik rakyat.Milikrakyatkan syarikat air dan elektrik.Jadi tak perlu pening-pening bayar bil elektrik dan air.Ini syarikat swasta,sakit hati tak dengar tarif elektrik dinaikkan sebab harga minyak naik,tapi tak reti2 nak turunkan harga balik minyak turun.Lepas tu bukak Bulletin Utama "syarikat TNB untung RM500 juta suku tahun kedua".

Rakyat tetap jugak miskin.

Bukan Mat Rempit Yang Tak Rasional.Kerajaan Yang Tak Rasional sebab...

1.Pembasmian kemiskinan seolah-olah macam melepaskan batuk di tangga.

2.Education,education,education!Kebanyakan cikgu disiplin lebih suka melibas anak murid dari mengajar.Lebih suka memaki dari mengajar.Macam saya katakan dalam blog saya,kalau semua mat rempit di Malaysia ni diberi pendidikan percuma untuk belajar mechanical engineering,Malaysia dah jadi maju dengan industri roket dah.Dah ada bermacam teknologi dah.

Jangan melatah dan cepat salahkan mat rempit hanya kerana anda membaca Utusan.Saya bukan mat rempit,saya pemerhati.

Pembangkang pulak lebih suka berkempen tentang Altantuya berbanding kemiskinan.YB saya tak pernah datang pun melawat pangsapuri miskin saya.Yang berpakat atau berbaris,dua-dua ahli politik.Ahli politik mahukan kuasa,kerana kuasa boleh ditukarkan dengan wang.Kita rakyat sering dieksploitasi dengan benda-benda yang so-called ilmiah tapi sebenarnya tak pun.Keluarlah perkataan yang pelik-pelik tapi rakyat tak faham.

Cubalah duduk kat rumah pangsa sebulan.Kerja Tesco jadi buruh kasar.Baru anda tahu kenapa mereka merempit.

squesha said...

nami o fish,

iya,saya akui saya menulis berdasarkan pembacaan saya dari beberapa akhbar seperti utusan.selepas membaca entri anda d blog anda & komen ini, saya sedar kesilapan saya yang seolah-olah menyalahkan mat rempit ini sepenuhnya.saya tarik balik kata-kata saya bahawa mat rempit tidak rasional.memang,ada kalanya kerajaan tidak rasional tetapi apa-apapun,kita sebenarnya ada pilihan.sama ada mahu atau tidak,baik atau buruk,kita yang mengambil keputusan berdasarkan pilihan itu.

saya ingin berterima kasih kepada saudara kerana komen yg cukup bagus ini.saya memohon maaf jika entri saya ini menyebabkan kemarahan mana-mana pihak.ingin saja saya delete entri ini.hehe.apa-apapun,selamat berkenalan di dunia blog ini =)

Cob Nobbler said...

Blog adalah catatan peribadi.Tak perlu delete.

Itu adalah pandangan saudari sendiri.Pandangan jujur saudari.Sehingga ada yang memberitahu barulah anda sedar hakikat dunia ni.

Takpe,jangan didelete entry ni.