April 10, 2009

PERPISAHAN


bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa
hilang di mata di hati janganlah lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa
semoga kita berjumpa di lain masa


saya rasa semua mesti pernah dengar lagu ini
lagu bertemu dan berpisah
begitu juga dengan lagu sayonara
tiba-tiba saya teringatkan kedua-dua lagu ini
saya menjadi ralat, saya menjadi sedih
liriknya sahaja cukup sayu, ditambah pula dengan rentak yang mendayu-dayu
kelmarin adalah kelas yang terakhir
cuma tinggal final exam lagi
ah, saya benci adat ini
bila bertemu, mesti berpisah
pertemuan itu indah
perpisahan itu perit
izinkan saya di dalam dimensi pertemuan sahaja
tapi, itu mustahil
kalau begitu
cuma satu sahaja yang ingin kukatakan
sampai jumpa kawanku!

6 comments:

Eldy Voon said...

biasa la .. gua juga selalu macam tu ..

Anonymous said...

....Apalah yg ada pada perpisahan sdgkan kita tidak pernah mengerti tentang adanya pertemuan...

E-oNe said...

aku juga melalui saat2 perpisahan itu skrng...dan mmng sesuatu yg sangat menjengkelkan utk dilalui biarpun bukannya pertama kali kan. permulaan 3 tahun d alam kampus ini sangat lama tp pengakhiran nya begitu cepat berlalu hahaha dan seperti kata Jikustik..."dengan perpisahan kita akan mengerti erti pertemuan"

squesha said...

betul,begitu lama mana pun pertemuan,pengakhirannya pasti pantas sekali.

dan sekuat mana pun pengertian kita tentang pertemuan, sakit akan perpisahan pasti akan terasa juga.

Helas木村 said...

berpisah tidak semestinya akan menghilang kan semua memori yg dicipta sewaktu bersama..hanya jasad yg berjauhan... memori itu lah yg akan sentiasa diingati dan menjadi jambatan untuk menghubungankan antara satu dengan yg lain tidak kira dmana pun berada.. =)

squesha said...

cuma kenangan saja yg mampu 'merawat' kerinduan kita pada pertemuan lalu..