Ketika pada zaman Nabi Ibrahim a.s dahulu, terdapat satu peristiwa di mana Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud yang zalim. Api itu amat besar dan sesiapa yang menghampiri api itu juga akan terasa sangat panas. Ramai orang hanya memerhatikan sahaja kerana takut akan Raja Namrud. Tiba-tiba, kelihatan seekor burung pipit kecil yang terbang berulang-alik dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Apabila dilihat dari dekat, rupa-rupanya burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu untuk memadam api yang menyala.
Haiwan lain menegur burung pipit itu, "Sememangnya engkau melakukan sesuatu yang sia-sia. Mana mungkin air yang engkau bawa itu dapat membantu memadamkan api yang besar itu?"
Lalu burung pipit itu menjawab, "Sekurang-kurangnya, bila aku mati nanti dan berhadapan dengan Allah s.w.t, aku boleh memberitahu ini usaha aku untuk membantu Nabi Ibrahim a.s. Air yang sedikit inilah akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini."
Apa yang kita mampu lakukan, kita lakukan. Ia lebih baik dari tidak berbuat apa-apa. Usaha itu mungkin nampak kecil, tapi sekiranya dilaksanakan secara berterusan, insya Allah memberi hasil. Sebagai contoh, peristiwa yang dialami rakyat Palestin sekarang. Selain dari memohon doa kepada Allah s.w.t, kita boleh melakukan beberapa perkara lain seperti memboikot barangan keluaran Israel dan U.S.A atau menderma kepada tabung amal yang sememangnya menyalurkan wang derma itu terus kepada Palestin.
Rasullah s.a.w bersabda "Sesiapa diantara kamu yang melihat perkara-perkara keji, perbetulkanlah dengan tangan; dan jika dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya, perbetulkanlah dengan lidahnya; dan jika dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya, dia haruslah membenci perkara itu dalam hatinya, dan itu adalah paling kecil keimanan." (Muslim)

No comments:
Post a Comment