September 18, 2011

ISA- Optimistik dan Pesimistik

Bila saya membaca akhbar mengenai #NajibsAnnouncement yang akan disiarkan secara live, saya jadi teruja. Bukan teruja dengan apa yang akan disampaikan, tapi teruja dengan feedback dan komen yang bakal diberi oleh pihak tertentu - dari orang ramai, media, penganalis politik sehinggalah ahli politik itu sendiri. Ini kerana pandangan mereka ada yang bernas, tapi ada juga yang sekadar membodek. Waktu ini lah saya akan ketawa kah kah kah. Bayangkan, dahulu bila ada tentangan terhadap ISA, mereka mengatakan bahawa akta ini sangat relevan. Tapi bila akta ini diisytiharkan pemansuhannya, mereka juga lah yang mengatakan bahawa akta ini tidak lagi relevan. Cuma satu persoalan saya, adakah rancangan pemansuhan ini sudah dibahaskan di peringkat parlimen? Atau baru bakal dibincangkan? Kalau najib sudah memberi keputusan tanpa bawa isu ini ke parlimen - ini nampaknya satu tanda kepada kita.

Saya sudah dapat merasakan ada sesuatu yang besar harus dilakukan segera oleh najib jika mereka mahu terus mendapatkan kepercayaan dan persetujuan rakyat. Berdasarkan situasi sekarang yang tegang dengan isu pensejarahan dan komunis, tindakan memansuhkan ISA adalah satu langkah yang 'signifikan' bagi najib. Bagi saya, ini satu bentuk public relations untuk memenangi hati rakyat. Pasti ramai yang akan menganggap najib sebagai seorang pemimpin yang berani, pasti ramai yang akan salute kepada beliau. Ini kerana para perdana menteri yang terdahulu belum pernah berbuat sedemikian. Lalu najib akan dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup melakukan apa sahaja transformasi demi kepentingan negara. Nah, lihat saja, ada sudah yang menggelar beliau sebagai Bapa Transformasi. Beliau juga sudah turun ke Konsert Suara Kami untuk menunjukkan coolness beliau kepada anak-anak muda. Sebagai pengamal perhubungan awam, ini satu benda yang wajib. Tapi sebagai rakyat marhen seperti saya, imej yang positif akan datang dengan sendirinya kalau pemimpin benar-benar mementingkan rakyat. Ada baiknya kalau najib dan barisannya mencari solusi kepada masalah pengangguran anak-anak muda sekarang. Saya tidak menentang sebarang bentuk konsert (kecuali konsert Justin Bieber dan seumpamanya) kerana itulah cara manusia untuk berhibur, tapi kita semua harus maklum bahawa semakin banyak graduan yang keluar dari universiti, tapi hanya mampu duduk di rumah kerana tiada pekerjaan.

Najib juga ada memberitahu tentang dua akta baru bagi menggantikan ISA. Ada juga akta yang berkaitan dengan pengganas. Suatu yang malang jika akta baru ini sama sahaja modus operandinya dengan ISA cuma ditukarkan nama dan disedapkan bunyinya sahaja. Saya hairan kenapa sejak kebelakangan ini tv3 menyiarkan segmen esklusif tentang kejadian pengganas di Bali dan sebagainya. Saya ingatkan ulang tahun kepada peristiwa ini tapi saya silap. Ini sebenarnya satu langkah untuk mengolah persetujuan rakyat tentang bahayanya pengganas dan eureka! kerajaan telah berusaha melindungi rakyat dengan menampilkan akta baru. Satu lagi, perkataan 'pengganas' lebih dangerous bunyinya. Maka orang ramai wajib hati-hati dengan sesiapa yang ada potential untuk jadi 'pengganas' - ini yang mungkin sedang didoktrinkan oleh mereka. Sebagai pengamal body language, bahasa tubuh badan najib menunjukkan sesuatu yang aneh. Tapi sebagai rakyat marhaen seperti saya, bahasa tubuh badan tidak penting, yang penting action. Yang penting walk the talk. Kalau betul najib serius dengan agenda negara, silakan.

Ada yang melihat langkah najib untuk memansuhkan ISA ini kerana takut kalau-kalau beliau kalah dalam pilihanraya, nanti anwar pula akan menyumbat beliau terus ke kem tahanan. Saya bukan pro anwar mahupun anti najib, tapi saya kira anwar tidak akan sebodoh itu. Ini akan memberi bad image kepadanya. Anwar harus mengekalkan imej positif beliau ketika itu dan menggunakan konsep bicara. Dan kalau anwar menang, beliau sudah pasti akan bergembira duduk di kerusinya dan meneruskan agenda politiknya yang lain.

Apa-apapun analisa kita tentang pemansuhan ISA - sama ada optimistik ataupun pesimistik, ada satu tanda yang pasti, kita akan mengundi tidak lama lagi. 

Mohon pencerahan.

2 comments:

Le Roturier said...

wahhh ini dia pendebat hebat maktab sabah! bukan suda diisytiharkan meh ISA di mansuhkan? bagi aku ni taktik menang undi jak ba ni. tapi mmg betul la sebagai negara demokrasi, ISA ni mcm komunisme pulak. kalo akta baru tu mekanisma dia sama jak mcm ISA.. mmg la nampak sgt, ada udang d sebalik mee. tapi kalo sama seja, mmg kedapatan la menipu - ibaratkan sureheboh yg difatwakan haram, kemudian di ganti nama dengan sureheboh. TV3 mmg pun pro-kerajaan. ada meh stesen TV negara yg atas pagar? so far newspaper adalah kot mcm the star, sebab dua2 pendapat dr suara kerajaan dan pembangkang dorg ambil.

squesha said...

Le Roturier : haha. bagi saya, selagi perlaksanaannya belum ada lagi, selagi itu kita kena curiga.