April 21, 2011

Tragedi Bulan April

Betul-betul genap sebulan saya meningkat usia, saya mengalami satu tragedi yang hampir meragut nyawa saya. Ketika dalam perjalanan, kereta di hadapan saya tiba-tiba berhenti mengejut. Saya terkejut dan tidak dapat mengawal kenderaan. Saya sebenarnya cuba mengelak dari berlaku kemalangan dengan kereta hadapan. Akibatnya kereta saya terpusing ke lorong kiri. Di lorong kiri pula ada lori 12 tan. Pemandu lori itu juga terkejut dan melanggar saya. Akibat pelanggaran itu juga, kereta saya disorong ke sebelah kanan lagi dan melanggar 3 lagi buah kereta. Nasib baik kereta itu ada di lorong u-turn, kalau tidak kereta saya pasti akan terbuang ke lorong sebelah yang bertentangan arusnya.

Saya selamat. Saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang oleh Nya. Tapi ketika kejadian, saya sudah nekad, kalau Dia mahu mengambil nyawa saya ketika itu, saya redha. Rupanya Tuhan bagaikan mahu memberi teguran kepada saya. Nyawa bila-bila sahaja boleh melayang. Bukan milik kita tapi Dia. Kalaupun kita hati-hati ketika memandu, kalau Dia mahu kita dilanggar kenderaan lain, kita tidak boleh lari. Kalaupun kita sedang duduk diam di dalam rumah, kalau Dia mahu Tsunami berlaku, kita tidak boleh lari. Dan kalau ketika sedang menulis entri blog pun, kalau Dia mahu Izrail datang menyambut kita, kita tidak boleh lari.

Satu lagi yang pasti, sedikit sebanyak kemalangan ini meninggalkan trauma buat saya. Accident ini seperti babak dalam movie. Saya teringat cerita dalam Inception di mana kereta mereka terjunam ke dalam laut dalam slow motion. Tragedi saya juga begitu. Betapa perlahan masa ketika kereta saya disorong dan ketika kereta saya berhenti, barulah saya sedar dengan jelas bahawa saya mengalami kemalangan. Mungkin saya cuai, tapi saya rasa ada mesej disitu.

Kita cuma pinjaman saja.

4 comments:

nanake? said...

hey,salam...

bersabarlah and tabah ok...
Dia masih sayang kan umatnya...takecare...

squesha said...

nana,
thanks! jaga diri juga.

Syafiq Fadeli said...

nanake: bukan ummat, 'hamba' la...hehehehe

squesha: so,kamu ada cedera x?dasat jgak cite ni.kamu btuah sb Allah pilih kamu utk merasai insiden mcm ni...ramai lg org d luar sana yg hepi2 hidup x igt mati.syukur kamu slmt,n syukur kamu dipilih dlm bjuta (",)

squesha said...

syafiq fadeli,
ya kan, tak sedar pula. it should be "hamba" hehe.

kaki bengkak je.dasat juga la,tapi pengalaman ni buat saya tersentak juga, kita milik Tuhan, bila2 je dia nak ambil nyawa kita. memang bertuah sangat2 sbb dpt merasai insiden ni, pastu diberi peluang untuk hidup lagi.