January 26, 2010

Sembuh.

Hari tu, laptop sakit. Baru-baru ni, tuan empunya laptop pula yang sakit. Sampai 2 hari tidak ke kelas. Banyak juga perkara-perkara yang tergendala dan harus dikejar secepat mungkin. Yalah, minggu ni dah masuk minggu yang ke-empat. Minggu depan pula kita akan menginjak bulan Februari. Cepat betul masa berlalu. Mungkinkah saya yang terlalu banyak urusan sehingga tidak sedar perjalanan masa, atau memang masa itu berlalu dengan pantas sekali?

January 24, 2010

Cerita MPP.

Sekarang ni, rasa-rasanya semua universiti awam sedang sibuk berpilihanraya. Di tempat saya juga tidak terkecuali. Ada juga rakan-rakan yang mengajak saya untuk mengikuti pilihanraya kali ini. Tapi saya menolak. Saya ada sebab dan pendirian saya. Mungkin semasa diploma dahulu saya berminat, tapi sekarang tidak lagi. Saya rasakan perwakilan itu sudah hilang signifikannya. Mungkin saya tersilap, atau mungkin saya juga betul. Tapi tidak mengapa, buat rakan-rakan saya yang bertanding, saya sudah tentu akan menyokong anda dari belakang.

Saya teringat kata-kata Nami di blognya. Saya kurang pasti, tapi bunyinya ada sedikit seperti ini, "program lawatan sambil belajar MPP umpama program cuti-cuti Malaysia". (Nami, betulkan saya kalau saya salah! ehehe)

January 17, 2010

Bila Laptop Rosak...

Bila laptop rosak, nak buat assignment pun agak payah. Nasib baiklah kondisi laptop tidak teruk sangat. Kalau teruk, nampaknya kena keluarkan duit yang lebih banyak untuk merawatnya. Ni lah yang terjadi apabila terlalu bergantung kepada laptop, Internet dan segalanya. Kalau dulu-dulu, pensel sebatang dan kertas kajang sudah cukup..kan?

January 1, 2010

Entri Pertama 10

Selepas meneliti banyak artikel yang menarik berkenaan dengan dajal, saya bercadang untuk berkongsi pemahaman saya mengenai artikel-artikel tersebut. Mungkin melalui blog ini, atau sebuah blog yang baru. Mudah-mudahan dari perkongsian ini, ada yang mendapat manfaatnya.