February 28, 2010

Selamat Jalan Fia.


Datuk yang sudah melihat kesan cucuh rokok pada mangsa, tidak berbuat apa-apa. Sedangkan dia sendiri sudah mengesyaki sesuatu berlaku pada cucunya.

Seorang lelaki menendang budak berumur 3 tahun seperti bola.

Puluhan saksi melihat kejadian, tidak ada diantara mereka yang betul-betul berusaha memberhentikan lelaki itu. Walaupun diugut oleh lelaki itu, tapi kalau dikumpul tenaga puluhan mereka, sudah tentu boleh mengalahkan lelaki tersebut. Kalau tidak mahu bertindak apa-apa sekalipun, laporlah segera pada polis.

Apathy
, kegilaan, kebodohan.

Selamat jalan Fia, kau pasti bahagia disana.

February 27, 2010

Ada benda

Kadang-kadang, ada benda yang dapat membuatkan kita rasa gembira dan puas hati. Tapi selalunya ada benda yang membuatkan kita rasa kesal dan sesal. Ingin saja kita berundur ke masa lalu dan perbaiki kesilapan kita. Tapi itu mustahil. Tidak ada apa yang dapat kita lakukan, melainkan menghargai apa yang kita ada sekarang supaya di masa depan kita tidak rasa ralat seperti dulu..

February 17, 2010

Kejam..

Bila kes buang bayi dipaparkan di media massa, kes-kes yang seumpamanya mesti akan menyusul. Dan yang terbaru, saya baca, mengenai 3 orang yang bukan sahaja memperkosa seorang wanita bergilir-gilir, bahkan mereka juga menyula mangsa dengan kayu.

Apa yang mereka fikir sebenarnya? Hilang sudahkah pertimbangan waras mereka? Mana perasaan kasih dan belas kasihan mereka? Kenapa sampai begitu sekali kegilaan mereka?

Are we human? Dunia terasa semakin kejam.

February 12, 2010

Raikan Cinta

Masa di sekolah dulu, tiap kali Valentine's Day datang, mesti ada saja persatuan yang membuat jualan bunga, coklat, gula-gula, keychain dan sebagainya. Sangat cantik dan kreatif.

Tertanya-tanya juga, kenapalah hari itu sahaja yang dianggap sebagai hari cinta? Bukankah lebih indah bila tiap hari kita 'meraikan' kecintaan kita terhadap Tuhan dan makhluk-Nya? Kasih sayang itu kan universal. Tidak terhad kepada waktu dan hari tertentu. Tetapi biarlah dengan cara yang berpatutan, yang halal di sisi agama.

Bahkan, kita sendiri dituntut untuk menjaga dan memelihara 3 jenis hubungan, iaitu hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan makhluk Tuhan yang lain. Apabila ketiga-tiga ini lengkap, sudah tentu yang berjaya memeliharanya akan mendapat kebahagian dan kemanisan cinta.

Apa-apapun, kepada yang bercinta, jagalah diri anda sebaik-baiknya. Janganlah sampai terpedaya dengan bisikan jahat dan nafsu yang menyimpang.

"tanpa cinta-Nya kita tiada"

February 3, 2010

3210

Berhati-hatilah bila berkata-kata, kerana kita tidak tahu sama ada apa yang kita perkatakan itu benar atau tidak. Sungguhpun kita ikhlas dengan pendirian kita, kita harus sedar bahawa keikhlasan sahaja tidak memadai. Ada perkara yang lebih penting dari itu. Janganlah mudah menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Kerana kadang-kadang kenyataan kita bercampur-baur dengan pelbagai emosi. Sememangnya, diam itu lebih baik.