May 28, 2010

Mr.Monk





Monk, antara TV show yang terbaik saya pernah tonton. Tony Shalhoub sebagai Mr. Adrian Monk memainkan watak dengan bersahaja tetapi memberi kesan yang mendalam. Dalam cerita ini, Monk mempunyai pelbagai fobia dan juga OCD. Namun begitu, dia masih seorang detektif yang hebat dan berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah.

Mungkin ini hanyalah sebuah siri TV show, tapi bagi peminat selama 8 season seperti saya, Monk sangat berlainan. Ini terbukti apabila Tony Shalhoub pernah memenangi 3 Emmys dan beberapa nominasi penting.

Saya merasakan sebahagian dari diri saya ada pada Monk. Mungkin kerana saya juga mempunyai OCD (tidaklah seteruk Monk) atau mungkin kerana kesan dari peranan Tony Shalhoub untuk mendekatkan kita dengan watak yang dipegangnya.

Apa-apapun, Monk sudah sampai kepada penghabisannya. Tidak ada lagi rancangan menarik yang boleh membuatkan saya merasai pelbagai perasaan pada masa yang sama. Yes Mr. Monk, I'm gonna miss you when you are gone.

May 24, 2010

Cuba Try

Dulu dah pernah cuba try twitter. Mula-mula macam best. Boleh tweet dengan artis.haha.Tapi tak lama lepas tu, memang bosan. Tmblr? Pun dah cuba. Ada yang cakap tmblr lagi best dan senang dari blogspot. Tapi entah kenapa, blogspot juga sentiasa di hati.

Sekarang ramai pula yang main formspring. Saya pun buat juga, mana boleh ketinggalan dengan trend terbaru ni.haha.Jadi apa lagi, jangan segan silu, kalau nak tanya apa-apa, ajukan terus ke formspring saya.hehe :)

May 22, 2010

Muallaf.

Dah lama cerita arwah Yasmin Ahmad ni, tapi saya baru saja berpeluang menontonnya. Ketika pembikinan filem ini saja, sudah banyak kontroversi timbul. Mungkin kerana filem ini menyentuh hal keagamaan, maka ia jadi sangat berat. Bagi saya, tak kisahlah apa kontroversi tu, yang penting kita amati mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah. Cukup disitu.

1. Bapa Rohana yang terlalu sosial; berdangdut dan minum arak. Tetapi sangat sinis, skeptikal dengan anjing.

2. Brian (ketika kecil) dibogelkan di khalayak orang ramai sebagai hukuman kerana membaca buku lucah. Brian membenci ibunya.

3. Rohana selalu menyebut beberapa kombinasi angka. Brother Anthony dan Brian cuba memahami kelakuan Rohana ini. Puan Siva pula pernah merotan Rohana kerana menganggap dia pelik dan tidak mengikut arahan.

4. Sifat ingin tahu yang tinggi mengenai agama dan perbandingannya tetapi tidak ada atau kurang institusi pendidikan tinggi yang menawarkan bidang ini. Kebanyakan hanya fokus kepada alam kerjaya, bukannya maksud ilmu itu sendiri.

5. Setiap malam sebelum tidur Rohana dan Rohani memaafkan kesalahan orang lain terhadap mereka. It is in forgiving that we are forgiven.