December 31, 2009

Entri Terakhir 09

Ok, ini adalah entri terakhir bagi tahun 2009. Begitu cepat masa berlalu kan? Tanpa kita sedari, usia kita makin bertambah, usia dunia juga terus bertambah. Peristiwa manis mahupun pahit sudah tentu kita lalui hari demi hari. Semua inilah yang mematangkan dan mendewasakan kita sebenarnya.

Antara benda best tahun ni, dapat berkawan dengan bloggers yang cool & sporting. Seronok dapat berkongsi macam-macam dengan mereka. Dapat result exam yang agak baik. Dapat jumpa kawan lama yang sudah terpisah selama 9 tahun. Dapat CD Malique, siap ada autograf dia. Hehe. Dan banyak lagi. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan atas nikmat yang dikurniakan.

Benda yang tak best pula, disebabkan jarak dan masa yang tidak mengizinkan, hubungan persahabatan dengan beberapa orang kawan, makin lama makin longgar. Rasa kecewa memang ada, tapi kita sememangnya tidak berdaya untuk berbuat apa-apa.

Apa-apapun, tahun baru atau tahun yang sebelumnya, yang membezakan cumalah nombor. Saya mengharapkan agar kita semua dilindungi oleh Allah s.w.t dari sebarang anasir jahat. Moga-moga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

December 18, 2009

Kosong

Jika kau pisahkan dirimu dengan Tuhan, hidup ini jadi kosong

Janganlah kau terus menerus seperti dahulu

Berubahlah, dan kau akan merasai kemanisannya

Carilah dirimu yang sebenar

Semoga hijrah menjadi misimu ke akhirat

December 11, 2009

Terima Kasih Tuhan.

Result exam dah keluar. Alhamdulillah. Keputusan yang agak baik. Harap-harap semester depan akan lebih baik dimana saya perlu berusaha dengan lebih gigih. Saya sedar akan beberapa perkara yang akan membuatkan saya terleka. Saya nekad mahu berubah.

Hidup ini sememangnya penuh dengan persaingan. Terima kasih Tuhan atas segala-galanya!