Saya mendapat tahu dari seorang profesor bahawa terdapat 3 intipati utama yang ditekankan di dalam Al-Quran iaitu aqidah, pemakanan dan alam sekitar. Kita adalah khalifah yang diamanahkan untuk menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya. Maka apabila kita membuang sampah merata-rata atau melakukan apa-apa pencemaran yang merosakkan bumi ini, kita sebenarnya sudah melakukan satu kesalahan yang besar. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar ini. Demi kepentingan bersama, untuk kita dan masa yang akan datang.
i believe life is to be lived, not worked. enjoyed, not agonized. loved, not hated.
July 18, 2009
July 9, 2009
Saya Sudah Kembali!
Hari ini saya menginjak ke fasa baru. Persekitaran itu tetap sama. Tiada apa yang berubah. Cuma, saya dapat rasakan suatu kehilangan. Tapi saya sedar, sekuat mana pun kehilangan itu dirindukan, saya harus pandang ke depan. Ada lagi perjuangan yang belum selesai yang harus saya sudahkan. Saya telah memasang azam untuk lupakan waktu dahulu dan bangkit sebagai orang yang baru. Sakit, memang sakit. Tapi saya harus merasai kesakitan itu kalau saya mahu berjaya. Kata orang, no pains, no gains.
Pada mulanya, saya sebenarnya agak kurang bermotivasi. Entah bagaimana, saya bagaikan ditiup satu semangat. Saya menjadi berkobar-kobar dan tidak sabar-sabar untuk memulakan hari saya. Setiap hari adalah hari yang baru bagi saya. Saya tidak mahu ianya menjadi hari yang sama seperti kelmarin. Memang benar, setiap perkara ada hikmahnya dan saya sedang merasai hikmah itu. Saya mahu buktikan sesuatu dan saya ingin cari keberanian yang sudah lama menghilang itu. Iya, saya sudah kembali! Terima kasih Tuhan!

it ain't about how hard ya hit. it's about how hard you can get it and keep moving forward. how much you can take and keep moving forward. that's how winning is done! now if you know what you're worth then go out and get what you're worth.
- rocky balboa
- rocky balboa
July 4, 2009
Saya Ingin Mengubah Dunia!
Kebelakangan ini, saya seolah-olah mendapat idea untuk melakukan sesuatu. Saya terasa seperti hendak mengubah dunia ini. Angan-angan kosong saya ini memang suatu yang mustahil untuk direalisasikan. Anda mungkin ketawa terbahak-bahak mendengarnya. Tapi, siapa tau, cita-cita tinggi saya ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti. Mungkin anda lupa bagaimana orang mentertawakan impian Orville dan Wilbur Wright, tetapi akhirnya mereka terdiam dan kagum kerana impian itu betul-betul menjadi!
Saya rasa saya terpengaruh dengan beberapa filem yang saya tonton sepanjang cuti semester ini. Contohnya, Pay It Forward. Saya benar-benar tertarik dengan jalan ceritanya. Pay It Forward bermaksud apabila seseorang berbuat baik kepada anda, jangan balas balik kepada orang itu, tetapi Pay It Forward, iaitu berbuat baik kepada tiga orang yang lain dan mereka harus membalasnya dengan berbuat baik kepada tiga orang yang lain pula dan begitulah seterusnya sehingga kebaikan dapat disebarkan dan dunia dapat berubah.
Saya pernah terdengar satu ungkapan bahawa "everybody wants to change the world, but nobody thinks about changing himself". Maka dengan itu, untuk mengubah dunia, kita perlulah mengubah diri sendiri terlebih dahulu. Sebenarnya, secara tidak langsung, apabila kita membantu orang lain, kita juga turut membantu diri kita sendiri. Kita menjadi orang yang penuh dengan keikhlasan. Kita menjadi orang yang cintakan keamanan. Kita menjadi orang yang lebih baik. Bukankah suatu yang sangat indah jika semua orang bersifat sedemikian?
Saya benar-benar berhasrat untuk melakukan sesuatu yang mampu memberikan kesan positif kepada hidup seseorang. Mungkin ianya tidaklah sesuatu yang besar, hanya pertolongan kecil sahaja. Saya percaya "small miracles inspires living everyday". Tetapi sebelum itu, saya harus melalui proses-proses pembaikan diri. Hari ini, saya ingin menjadi lebih baik dari hari kelmarin agar hari esok saya mampu mengubah dunia ini. Doakan saya berjaya dalam proses ini dan sudah tentu, saya juga turut mendoakan anda semua. Apabila proses ini selesai, saya akan kembali dengan entri kejayaan saya. Mungkin proses ini hanya sekejap, mungkin juga memakan masa bertahun-tahun. Tetapi, selama mana pun proses itu, yang penting adalah hasilnya. Insya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)