Dan seorang remaja berkata, "bicaralah pada kami tentang persahabatan".
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “ya”.
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan; hanya menangkap yang tiada diharapkan.Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.- Khalil Gibran
i believe life is to be lived, not worked. enjoyed, not agonized. loved, not hated.
March 6, 2009
Persahabatan
Sentiasa Bersama Anda

Bukan Digi yang ingin saya promosikan di sini. Bukan juga kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya itu. Saya sebenarnya tertarik dengan slogan Digi iaitu "Sentiasa Bersama Anda". Iya, Digi akan sentiasa bersama anda apabila anda mempunyai kredit dan ada liputan. Sama jugalah dengan service providers yang lain. Tetapi dalam post kali ini, saya tidak ingin menyentuh mengenai mana-mana pengendali perkhidmatan. Saya ingin menulis tentang konteks yang lebih luas iaitu kawan. Menurut Kamus Pelajar, kawan adalah kumpulan binatang seperti kambing dan lembu. Kawan juga boleh didefinisikan sebagai sahabat, rakan dan teman. Selain itu, kawan bermaksud sesuatu yang dimakan dengan sesuatu sebagai pelengkap. Contohnya pinang dan gambir. Kawan juga ialah orang yang bersama-sama melakukan sesuatu.
Saya ingin menulis tentang definisi kawan yang kedua. Iya, kawan ialah sahabat, rakan dan teman kita. Kawan seharusnya sentiasa bersama-sama kita. Tidak kira kita ada kredit atau tidak, dan tidak kira sekiranya ada liputan atau tidak. Kawan harus bersama-sama dengan kita di waktu susah dan senang. Ada kawan yang hanya muncul ketika kita senang dan pergi apabila kita mendapat kesusahan. Namun, tidak dapat dinafikan, ada juga kawan yang mengerti kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh kawannya yang lain. Kawan seperti inilah yang harus dipuji kerana mereka menghargai persahabatan yang dijalin.
Mempunyai satu sahabat yang sejati lebih bernilai dan berharga dari seribu kawan yang mementingkan diri sendiri. Benarlah bahawa ketika kita di dalam kejayaan, kawan-kawan mengenali kita tetapi di dalam kesengsaraan dan kesusahan, kita mengenal kawan-kawan kita. Di dalam persahabatan sering sahaja terjadi masalah, dugaan dan perselisihan faham tetapi persahabatan yang sejati pasti mampu mengatasi dugaan itu dan bangkit bersama kerananya. Kita harus sedar bahawa kita adalah manusia biasa. Kita mempunya kelebihan dan juga kekurangan. Begitu juga dengan kawan-kawan kita yang lain. Seharusnya kita memahami bahawa tidak ada orang yang sempurna dan kesilapan yang dilakukan oleh kawan kita itu wajarlah kita maafkan. Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyarankan agar kita memaafkan dan melupakan kesilapan orang lain. Sekiranya saya tidak silap, baginda juga menuntut agar kita mencari 144 sebab untuk marah. Dan jika ada berlaku perselisihan faham atau ada kekusutan, eloklah sekiranya kita selidik dahulu betul-betul apa yang berlaku. Mungkinkah bukan kawan kita itu yang bersalah, tetapi diri kita sendiri. Manusia sering sahaja melakukan kesilapan tanpa disedari. Sekiranya kita semberono sahaja tanpa usul periksa, sudah tentu natijah buruk yang akan kita terima. Kekusutan itu harus dileraikan, bukan ditambah lagi.
Kepada kawan-kawan, teman-teman dan sesiapa sahaja, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang amat kerana menjadi rakan yang baik. Saya betul-betul menghargai persahabatan kita. Tanpa anda, saya tidak akan mengenal erti kehidupan ini dengan lebih baik. Sekiranya saya ada melakukan kesilapan yang membuatkan anda terguris, saya sangat-sangat memohon maaf. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan. Apa-apapun, terima kasih sekali lagi kerana menceriakan hari-hari saya!

March 1, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)