January 19, 2009

Sekurang-kurangnya...

Ketika pada zaman Nabi Ibrahim a.s dahulu, terdapat satu peristiwa di mana Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud yang zalim. Api itu amat besar dan sesiapa yang menghampiri api itu juga akan terasa sangat panas. Ramai orang hanya memerhatikan sahaja kerana takut akan Raja Namrud. Tiba-tiba, kelihatan seekor burung pipit kecil yang terbang berulang-alik dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Apabila dilihat dari dekat, rupa-rupanya burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu untuk memadam api yang menyala.

Haiwan lain menegur burung pipit itu, "Sememangnya engkau melakukan sesuatu yang sia-sia. Mana mungkin air yang engkau bawa itu dapat membantu memadamkan api yang besar itu?"

Lalu burung pipit itu menjawab, "Sekurang-kurangnya, bila aku mati nanti dan berhadapan dengan Allah s.w.t, aku boleh memberitahu ini usaha aku untuk membantu Nabi Ibrahim a.s. Air yang sedikit inilah akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini."

Apa yang kita mampu lakukan, kita lakukan. Ia lebih baik dari tidak berbuat apa-apa. Usaha itu mungkin nampak kecil, tapi sekiranya dilaksanakan secara berterusan, insya Allah memberi hasil. Sebagai contoh, peristiwa yang dialami rakyat Palestin sekarang. Selain dari memohon doa kepada Allah s.w.t, kita boleh melakukan beberapa perkara lain seperti memboikot barangan keluaran Israel dan U.S.A atau menderma kepada tabung amal yang sememangnya menyalurkan wang derma itu terus kepada Palestin.

Rasullah s.a.w bersabda "Sesiapa diantara kamu yang melihat perkara-perkara keji, perbetulkanlah dengan tangan; dan jika dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya, perbetulkanlah dengan lidahnya; dan jika dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya, dia haruslah membenci perkara itu dalam hatinya, dan itu adalah paling kecil keimanan." (Muslim)



January 8, 2009

Siapa Yang Paling Kejam?


Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar dari hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar. Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya, "akulah orang yang paling kejam"

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, mencabul, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata, "tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku"

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab, "akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku sendiri"

Perempuan itu adalah Palestin.

Lelaki pertama adalah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula adalah umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat.




January 1, 2009

Antara Bunga Api & Bom


Kedatangan 2009 baru-baru ini disambut dengan bunga api di seluruh dunia. Sudah tentu bunga api ini sangat cantik dan penuh berwarna-warni




Namun di bumi Palestin, sambutan tahun baru dihujani dengan ledakan peluru dan bom rejim Zionis




Anak-anak kecil ini amat gembira bermain bersama-sama. Tidak ada yang menganggu mereka. Mereka bebas untuk bermain-main dan pergi ke sekolah




Namun di bumi Palestin, kesedihan dan kesengsaraan jelas terpancar pada wajah mereka yang tidak berdosa ini